Friday, July 31, 2009

Pemahaman Martabat 7

Di Alam Lahut
1)ZAT senata-mata belum tajalli nama Allah . ZAT MUTLAK < WAJIBAL UJUD> LAISAKAMISHLIHI SYAIUN. MAHA SUCI ZAT. WUJUD HAKIKI
( mertabat ketuhanan )

Di alam jabarut ( mertabat ketuhanan ) - Kenyataan Pertama ,
SIFAT BG ZATNYA juga dikenali :
1) Hakikat Muhammad/NUR Muhammad (bukan Nabi saw sbb belum zahir nabi di alam nyata)
2) Sifat tak bercerai dengan Zat.
3) A'yan Tsabitah .
(Martabat ketuhanan)

Di Alam malakut
ASMA" dan AF"AL bagi ZATNYA
1) hakikat Insan - kenytaan kedua .
(Martabat ketuhanan)

TIga martabat di atas belum ada masa, ruang , bentuk

____________________________________________________________

Di alam arwah...( mertabat kehambaan)
1) ruh quddus,rabbani(bg nabi saw ) Insan Kamil Wa Mukamil. bapak sekelian RUH.
2) Ruh Ammar Rabbi . Terbit sekelian Ruh para Nabi dan para mukmin
3) Tempat Tajalli 7 sifat maani dan 7 ma'nawiyyah Allah.
Jauhar - (perkara halus yang tidak boleh dikerat dan dibelah)
Perhimpunan segala Ruh belum ada perceraian.

Di alam misal
1) Alam warna - sini le mula pemecahan warna.. 7 warna
yang mana jadi manusia, yang mana jadi binatang,yang mana jadi jin , bla bla bla tu semua alam misalan, dimisalkan segala perkara
Mulanya perceraian tiap-tiap Ruh
Aradh (sifat makhluk yang baharu spt, kecil , putih , hitam, dll tidak boleh berdiri dengan sendirinya.

Di Alam Ajsam
1) dikumpulkan nafs nafs
2)Adam mula menamakan asma asma - Nama kita.
3)dan lahirlah zuriat zuriat bagi adam yang kemudiannya membuat lakon dimukabumi

Di Alam Insan
kemudian barulah dibalut dengan Hijab ke7, iaini alam Insan
Alam insan ni kita baruler pakai gene mak bapak kita
Tubuh Nabi Adam (bapak sekelian Tubuh)- Tanah Api Air Angin
Tubuh sekelian Nabi dan Aulia' (para wali)
Tubuh Nabi Muhammad yg zahir - keinsanan Muhammad. Zahir Muhammad
Tubuh anak cucu Adam/Tubuh kita - Wazi (benih dari ibu) Mani(benih dari bapa) Maknikam (jadi nutfah - embryo)
Juz'iyah (Sesuatu yg berhubung-hubung spt kaki, tangan dan lain2)


Keterangannya:

Bersambung ..

Wednesday, July 29, 2009

Baru mengaji ilmu hakikat dah jadi ahli hakikat ?

Sebelum hendak mengaji ilmu hakikat banyak perkara-perkara penting yang aku nak perjelaskan di sini. Aku bukanlah nak melarang mengaji ilmu hakikat tetapi silakan mengaji kalau dah cukup syaratnya .

Ulamak-ulamak terdahulu sangat melarang keras mengaji ilmu hakikat sebelum kemas diri dengan ilmu syariaat dan ilmu tarekat. Perkemaskan diri dengan ilmu fardhu ain , usul , fekah dan tasauf , kemudian mula melangkah ke pengajian tarekat. cari guru2 atau syeikh2 tarekat yang muktabar. Selepas itu barulah boleh mengaji ilmu hakikat.

Aku bukan nak mengajar ilmu hakikat di sini sebabnya dah terlalu banyak penerangan-penerangan tentang ilmu hakikat terdapat dalam blog di sana sini dan juga di dunia luar. Cuma aku nak bagi tips dan panduan kepada sesiapa yg dah belajar ilmu hakikat. Semua tip-tips ini akau dapat daripada pengalaman-penagalaman yg sebelum ini. Ada juga yang aku dapat dari perkongsian ilmu dan pengalaman dengan orang lain.

Hendaklah difahami betul-betul wahai pembaca sekelian , apabila kita sudah melangkah ke pengajian ilmu hakikat bukan bermakna kita telah tahkik dan duduk di dalam makam ahli hakikat. Ahli hakikat adalah mereka-mereka yang telah mencapai makam-makam tertentu setelah menjalani mujahaddah dan riadhah. Seorang yg Ahli Hakikat adalah tidak sama dengan seorang yg hanya belajar ilmu Hakikat. Sebab segala pembelajaran ilmu itu hanya kupasan dari rasa ilmu yang dirumuskan oleh para-para sufi terdahulu. Mereka menceritakan dalam bentuk ilmu dan kenyataan bertulis.


bersambung

Monday, July 27, 2009

Tiada jalan pintas "short cut"

Bismillahirrahmanirrahim , Washolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiya'i wal mursalin , wa a'la aalihi wasohbihi ajma'in. Amma Ba'du.

Wahai para pembaca yg aku kasihi,


Janganlah kita lari dari sunnahtullah dan sunnah nabi saw. Kaji dan selidikilah perjuanaan para-para Rasul , Para-para Anbia', Para-para Aulia' serta para-para sufi yang ariffin billahi was solehin dari smeua zaman hingga ke saat ini.

Betapa besarnya mujahhaddah serta pergorbanan mereka untuk agama Allah dan untuk seluruh umat. Tanpa pengorbanan mereka sudah tentu kita di akhir zaman tidak akan mencapai apa yang dikatakan nikmat Iman dan Islam.

Renungilah kalam-kalam Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Suci serta peninggalan daripada sunnah Nabi saw, kata-kata Imam ahlul bait serta para sahabatnya sekelian. TIada aku jumapai di dalamnya mana-mana kitab yg telah aku baca menceritakan ada jalan piintas dan mudah untuk sampai ke Hazrat Allah swt. Semuanya melalui liku-liku susah payah dan penuh dengan mujahaddah , berlapar dan dahaga, penumpahan darah serta aliran airmata yg berlinang di waktu malam , suara-suara yg terkedu-kedu memohon hidayah dan pertolongan Allah Swt. Semua ini tercatit di dalam warisan-warisan ilmu peninggalan mereka.

Aku bagi satu contoh saja di situ pun kamu sudah tak upaya melakukannya di akhir zaman ini. Sejauh mana kamu menjalani taubat dengan ertikata taubatan nasuha. Setiap kali kamu ungkapkan kata-kata istighfar maka setiap kali juga kamu mengulangi dosa yang sama. Setiap kali kamu menangis akan tetapi setiap kalai juga kamu ketawa. Setiap kali kamu berdiri malam maka setiap kali juga kamu berdiri di jalan maksiat yg batin. Itu beerti kalbumu masih belum tetap , tahkik dan benar2 suci dan ikhlaskan diri di ahadapan Allah swt. Kamu nilaikan lah diri kamu sendiri sebelum penilaian di buat di hadapan Allah.

Apakah kamu menyangka kamu bhw dengan beroleh sedikit ilmu tentang Ruh , kamu telah dapat samapai ke makam yg dicapai oleh Para-para aulia' . Jangan kamu panjangkan angan-angan kamu. Cukuplah setakat ini dan sebelum ini kamu berkhayal dan berangan-angan tinggi . Tingkah lakumu tak ubah seperti mat jenin di abad ke 21.
Hnetikan angan-angan tingi kamu itu , mulakan latian mujahaddah kamu. Tundukkan hawa nafsu kamu yang selama ini menjadi tuhanmu.

Kamu tidak akan dapat sampai melainkan kamu melaui proses-proses ini :
1. Menuntut ILMU
2. FAHAMAN yang Benar
3. AMAL yang bersungguh-sungguh
4. mendapat RASA dgn anugerah Allah.
5. Beroleh SAMPAI perjalanan kamu.

Kalau tak lengkap yg 5 tu sia2 saja sbb manusia tu terhijab sbb :

1. Malas beramal - Kata Abu Zar, " Barangsiapa ada baginya 'kasal' (malas) maka tiada diperolehi kebahagian di dunia & akhirat.
2. Lemah beribadat kern bimbangkan urusan dunianya.
3. Jemu dan merasa puas dgn ibadat yg ada kerena buat berulang2 padahal belum terhasil RASA dan makrifat.
4. Terhenti beramal bila dibukakan kasyaf , lalai melihat perhiasan dan keelokan ibadat sehingga lupa pada Allah.

Puncanya ialah kurang iman, lemah keyakinan, buta mata hati, menurut hawa nafsu.
Kalau ada siapa 2 kata senang nak tunduk nafsu , itulah pendusta yg besar dan pembid'aah yg zindik.


Kini kamu tahu di mana tahap diri kamu, kekurangan-kekurangan kamu . Ayuh mulakan segera.Syaitan terlalu suka membisikkan kata-kata, esok lah , nanti dulu , malaslah, dan bermacam-macam lagi yg kamu sendiri tahu tapi tak upaya menolaknya. Janji-janji manis bisikan mereka itu telah sebati di dalam diri kamu dan liang-liang urat darah kamu. Telah membuat perjanjian dengan nafsu kamu yang telah menguasai seluruh tubuhmu. Berusahalah melepaskan diri kamu dari penjara Raja Nafsu dan menteri syaitan itu.


Bersambung ...

Mencapai Makrifat Tanpa Usaha


Di zaman ini terlalu ramai yang ingin mempelajari ilmu hakikat dan makrifat . Bila aku berjalan ke sana sini bertemu kawan2 dan para guru aku dapati ramai yg mencari dan minat untuk belajar ilmu ketuhanan . Di forum-forum di luar forum sama sahaja keadaannya . Ini menunjukkan satu perkembangan yang menarik. Kumpulan tarekat pun telah berlembang di tanah air kita tidak seperti semasa aku di era zaman 70 an dan 80 an. Walaubagaimana pun tuduhan dan tohmahan terhadap ilmu-ilmu tarekat , hakikat dan makrifat itu masih juga berlaku bahkan berleluasa.

Pelik sungguh rasa di hati dan fikiran aku , kenapa dulu ulamak pondok di sanjung dan kebanyakan mereka membawa ilmu yang sama . Kalau ada tohmah pun bukan dari orang awam tetapi perdebatan di antara ualama-ualama besar spt yg berlaku kepada Syeikh Hamzah Al Fansuri dengan syeikh Nuruddin Al Raniri. Tetapi orang awam tidak berani campur urusan ulamak -ulamak besar. Kerana mereka tahu di mana tahap mereka ketika itu.

Kebanyakkan anak-anak murid di zaman sekarang banyak yang hangat-hangat tahi ayam . Mula-mula bersemangat nak belajar tapi akhirnya kecundang juga gugur di lembah peperangan hawa nafsu. Mereka tidak mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan kental. kemana perginya semangat-semangat bangsa melayu ya hebat-hebat seperti yang lampau-lampau.

Cita-cita tinggi nak jadi wali mulalah sembang seperti wali , guna perkataan wali . Dengar memang hebat tapi pada hakikatnya hampas, cuma seperti tin kosong yg tak berisi.

Ingin aku tegaskan di sini , TIDAK ADA dan TIDAK PERNAH aku lihat dan aku jumpa seseorang yang telah mencapai makrifat dengan hanya bercakap-cakap kosong , berangan-angan tinggi, berhujjah sana-sini dengan hanya menghafal ilmu-ilmu dari kitab. Dan tidak pernah berlaku di mana-mana zaman sekali pun . Kita dengar di zaman dulu wali tu hebat , wali ni hebat akan tetapi tahukah kita betapa susahnya mereka itu berjihad menundukkan hawa nafsu mereka . Tak kira siang dan malam seluruh hidup mereka di dalam perjuangan yg hebat.

Maka dengan anugerah Allah swt yg menilai kesucian dan keihklasan hati mereka mendapat kedudukan yg tinggi . Sedar lah saudaraku dan semua murid-murid janganlah menganggap makrifat itu suatu perkara yang mudah dicapai sambil berpeluk tubuh.

Bukan setakat 100 x sehari berzikir boleh menjadikan kamu makrifat. Dan yang berzikir 70.000 x sehari pun belum tentu mencapai makrifat inikan pula setakat zikir bubur kacang, atau kenduri tahlil. Makrifat itu anugerah Allah swt tetapi ia perlu diusahakan. Allah mahu menghukum kamu , mengampun dosa2 kamu , menguji kesabaran kamu , dan pelbagai lagi jalan-jalan yg kamu perlu tempuh sehingga kamu betul-betul bersedia untuk sampai ke hazratNYA.

Barangsiapa yang belum berjumpa Guru tidak akan berjumpa jalan taubat.
Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan taubat tidak akan berjumpa jalan ilmu.
Barang siapa yang tidak berjumpa jalan ilmu tidak akan berjump jalan beramal.
Brangsiapa tidak berjumpa jalan beramal tidak akan jumpa jalan usaha.
barangsiapa yang tidak berjumpa jalan usaha tidak akan jumpa jalan sabar.
Barangsiapa tidak berjumpa jalan sabar tidak akan jumpa jalan tawakkal .
Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan tawakkal tidak akan jumpa jalan fana.
Barang siapa yang ta berjumpa jalan fana tidak akan berjumpa jalan Baqo.
barangsiapa yang tidak berjumpa jalan baqo tidak akan berjumpa jalan hakikat.
Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan hakikat tidak akan berjumpa jalan makrifat.
Barangsiapa yang belum makrifat tidak akan bermula jalan agama.
Barangsiapa yang tidak beragama jadilah ia seperti bilis dan syaitan.

Ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya Makrifat itu adalah anugerah Allah Ta'ala kepadamu dan bukan suatu perkara yang mudah dicapai . Apabila kamu mula mendapat ilmu tentang ketuhananan , hasil dari belajar , makrifat itu hanya di peringkat ilmu , dengan kenyakinan kamu pada ilmu tersebut dinamakan ilmu yakin. Makrifat yang hakiki ialah kamu mengenal sesuatu secara hakiki bukan lagi berdasarkan ilmu dan dalil. Apabila sudah dibukakan hijab buat kamu nampak dengan pandangan bathinmu akan Hakikat Wujud barulah disebut Makrifat Apabila menerima pandangan bathin barulah dinamakan makrifat pada tahap ainul yakin. Maknanya Kamu yakin atas pandangan bathinmu tentang Hakikat sesuatu. Seterusnya kenyakinan sampai kepada peringkat yang hakiki, iaitu Haqqul Yakin maknanya kamu mengenal sesuatu itu secara hakiki , dalam pandangan bathin , ilmu dan rasa yang tak dapat di goyang lagi. Maka apabila ditanya kepada Nabi saw bagaimana kamu mengenal Tuhan ,dijawab aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku.

bersambung ...

Bab 4 Kenapa perlu kepada Imam

Segala puji tertentu bagi Allah swt yg telah menjadikan para Nabi dan para RasulNya buat menyampaikan wahyuNya yg agung. Rahmat Allah ke atas mereka semua sejak Nabi Adam as hinggalah kepada Nabi Muhammad Saw, seterusnya ke atas para-para aulia dan para-para Imam dan para ulamak yang memperjuangkan diri mereka demi meneruskan warisan Nabi saw agar tidak terbiar dan dipinggirkan sehingga ke hari kiamat.

Aku ingin memetik satu ayat suci yang sangat penting , sangat terang lagi bersuluh perihal menjelaskan betapa pentingnya peranan Imam pada setiap zaman di mana wahyu sudah terhenti dan sempurna selepas pemergian Nabi saw.

Maksudnya:

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmuImam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
(Al Baqarah:124)

Pelbagai ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s. diantaranya: membangun Ka'bah, membersihkan ka'bah dari kemusyrikan, mengorbankan anaknya Ismail, menghadapi raja Namrudz dan lain-lain.

Allah telah mengabulkan doa Nabi ibrahim a.s., karena banyak di antara rasul-rasul itu adalah keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan juga lahirlah Imam-Imam dari keturunan Ahlul Bait nabi saw.

Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

(Al Furqaan: 73-75)

Justeru itu janji Allah swt tetap akan berlaku sebagaimana firmanNYA, umat tidak akan terbiar tanpa petunjuk dari Allah swt. Hanyasanya umat itu sendiri yang melarikan dirinya dari petunjuk tersebut. Setiap 100 tahun Allah swt akan menzahirkan mutjaddidNYA untuk menguatkan semula agamaNYA di muka bumi ini. Apakah kita sangka Allah swt tidak membantu kita. FirmanNYA bermaksud, "Sekira kamu membantu agama Allah , Allah akan membantu kamu dan menegakkan kekuatan kamu dari musuhmu.." Itu janjiNYA dan berbaik sangkalah kamu kepada Allah swt.

Inilah zaman di mana Imam al Mahdi al Muntazar akan terzahir, telah terzahir segala tanda-tandanya dan diketahui umum. Cuma penzahirannya belum berlaku akan tetapi janganlah kita ingkari. Tak usahlah kita pertikaikan tentang soal khilaf samaada ia dari susur galur hassan as atau husin as sebab bukan itu yang menjadi agenda kita. Dari mana kah dia, siapa dan di manakah dia sekarang hanya Allah yang mengetahuinya. Dan pengetahuan ini akan diberi kepada orang-orang yang mempunyai peranan di akhir zaman. Perjuangannya bermula dari Timur dan di sinilah awal perjuangan yang akan di sangkal dan dihalang oleh orang2 Islam sendiri yang tidak diberi ilmu. Darah Bani Jawi /Melayu telah diperkuatkan dengan darah dari keturunan alhul bait. Kita semua berasal dari rumpun Nabi Ibrahim as. yang melahirkan 2 rumpun iaiatu Jawi, Yahudi dan Arab (Quraish) . Jangan lah kamu ragu akan perkara ini.

Apakah perjuangan yg dibawa oleh Imam Al Mahdi as kelak adalah sama seperti apa yang dibawa oleh baginda Nabi saw semasa di Makkah. Sunnah ini akan tetap berlaku. Apabila Nabi saw membawa perjuangan yg suci itu yang menghalang baginda adlah bapak saudaranya, pendita2 yang irihati dan kafir quraish. Perjuangan Imam Al Mahdi juga akan dihalang oleh umat2 islam itu sendiri kerana ketiadaan ilmu. Al Mahdi bukan datang untuk mengajar ilmu ketuhanan , atau untuk menjadi guru murshid. Ia datang untuk menyatukan semua aliran2 umat yang berkhilaf antara satu sama lain. Memimpin kepada satu perjuangan yang besar.
Saat itu pasti tiba , tidaklah terlalu jauh lagi , inilah zamannya saudara-saudaraku.

Bersambung ....






bersambung

Bab 3 Menjejaki Para Wali Allah

Bismillahirrohmanirrohim...

Salam dan Selawat keatas junjungan besar Nabi saw , Ahlul bait as & ihrah yg suci lagi dikasihi, para2 sahabat ra. yang setia di dalam perjuangan. Rahmat Allah Swt. keatas pembaca yang kumuliakan sekelian semoga Allah Ta'ala memuliakan kita semua dan dimasukkan ke dalam golongan hamba2nya yang solehin. Amin. Amma Ba'du

Alhamdulillah dapat aku mengemaskini isi perbincangan menurut tajuk di atas, dan menambah beberapa info tambahan yang aku dapati, memandangkan sebelum ini aku tak berkesempat memperdalamkan perbincangan. Kita semua sudah maklum dan sudah masyur di Tanah Nusantara ini perihal kisah-kisah para Wali Allah seperti wali 9 di Tanah Jawa dan Wali 7 di Tanah Jawi.

Maka marilah kita sama-sama memahami dan mendalami apa maksud istilah Wali Allah itu secara menyeluruh agar tidak menyimpang dari petunjuk Al Quran dan Al hadis Nabi saw , athar dan pandangan ulamak yang mengupas tentangnya.

Apakah erti Wali Allah ? Siapakah mereka dan bagaimana ciri yang ada pada mereka.? Sebelum kita mendalami perbincangan ini marilah kita bincang maksud istilah wali sebagaimana yang diperjelaskan di dalam Al Quran Nur Karim dan beberapa takrif yang diberikan oleh para ulama terdahulu.


Istilah Wali di dalam Al-Quran

Aku telah menemui beberapa info yang menjelaskan maksud perkataan Wali di dalam Al-Quran yang menunjukkan beberapa maksud secara terperinci. Kalimat Wali atau Aulia' oleh al-Quran lebih dari 71 tempat dan memiliki arti yang berbeza-beza. Perbezaan itu menurut keadaan sesuatu penggunaan kata Wali itu sendiri.

Wali bermakna penolong, terdapat istilah "Waliyyiu Wala Naseer"seperti yang terdapat dalam ayat 107 surah Al-Baqarah di mana Allah berfirman: "Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong"

Wali beerti pelindung, terdapat istilah "Waliyyiyallah" dalam firmanNYA, "Sesungguhnya pelindungku ialah Allah Yang telah menurunkan Al Kitab (Al Quran) dan Dia melindungi orang-orang yang saleh". (Surah Al-‘Araf: 196)

Beerti pelindung terdapat istilah "Maula" seperti firmanNYA "Yang demikian itu adalah kerana Allah itu adalah pelindung bagi orang-orang yang beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka". ( Surah Muhammad: 11)

Wali beerti ma’bud, erdapat istilah "waliyyullazhina aamanu" yaitu yang disembah , seperti ayat 256-257 surah Al-Baqarah, Allah berfirman: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (terjemahan tafsir) orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."

Wali bererti petunjuk dan pembimbing , terdapat istilah "Waliyyan Murshida" seperti dalam surah Al-Kahfi ayat ke 17 kita membaca: "Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. "

Wali beerti dengan pemimpin dan pemilik ikhtiar; berikut ini beberapa contoh dari ayat-ayat tersebut:

a. Dalam surah Syura ayat 28 (Waliyyul Hamid) kita membaca: "Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji. " Wali dalam ayat ini adalah pemimpin dan pemilik ikhtiar. Akan tetapi wilayah di dalam ayat yang mulia tadi adalah wilayah takwiniyah atau hak cipta.

b. Dalam surah Al-Isyra’ ayat ke 33 (liwaliyyihi Sulthanaa) yang membahas tentang wilayah tasyri’iyah disebutkan: Dan barang siapa terbunuh secara zalim maka kami memberikan hak bagi wali dan pengurusnya." Wali dalam ayat ini berarti pemilik ikhtiar dan pengurus; karena hak Qishas untuk teman orang yang terbunuh tidak pernah disebutkan akan tetapi itu adalah hak waris dan wali.

c. Dalam ayat al-Quran yang terpanjang ayat ke 182 surah Al-Baqarah di mana berkaitan dengan penulisan sanad saat melakukan transaksi pinjam meminjam, kita membaca : "jika orang yang memiliki tanggungan tidak memiliki kemampuan untuk menulis dan mengimlak maka wali dan pengurusnya (sebagai) penggantinya dengan menjunjung tinggi keadilan hendaknya menulis dan mengimlak." Dalam ayat yang mulia ini wali tersebut dengan makna pemimpin dan pemilik ikhtiar.

d. Dalam ayat ke 34 surah Al-Anfal (In Auliyauhu) kita membaca: "Dan mereka yang mencegah hamba-hamba yang bertauhid untuk beribadah di Masjid Haram pada dasarnya mereka bukan pemimpin dan wali, wali mereka adalah orang-orang yang bertakwa." Wali dalam ayat ini juga berarti pemimpin jika tidak telah jelas orang-orang kafir dan musyrik tidak memiliki persahabatan dan posisi yang sakral semacam itu.

e. Dalam ayat ke 5 surah Maryam (Mawaliya) kita juga membaca: "Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap pewarisku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera."Dari sini juga jelas warisan setelah kematian berarti wali dan pemimpin dan pewaris harta-hartanya bukan hanya teman dan penolong saja.

Konklusinya kata ini dalam ayat-ayat al-Quran dalam berbagai arti telah digunakan; akan tetapi majoritas kata ini dipakai dalam arti pemimpin dan pemilik ikhtiar.

Terdapat lagi ayat di dalam Al Quran cukup jelas menerangkan kalimat Wali di mana Wali bagi orang-orang Islam hanyalah Allah Swt, Rasulullah dan sesama orang-orang yang beriman.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
, "Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu Walinya (maka berjayalah dia) kerana sesungguhnya golongan Allah, itulah yang tetap menang. [al-Maidah 5:55-56]

Dari semua penjelasan di atas dapat kita lihat bahawa Allah Swt. disebut al Wali, orang mukmin kekasih Allah disebut wali, seorang yang dewasa yang diberi tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali. Demikian juga orang yang lemah yang tidak dapat mengurus harta-bendanya sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yang lain, maka keluarga tersebut itu juga dipanggil wali. Penguasa pemerintah yang diberi tanggung jawab pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yang berkuasa yang menikahkan anak perempuannya juga disebut wali.

Figure: Almarhum Tukku Paluh, salah seorang waliyullah tersohor di Tanah Jawi

Terdapat dua penjelasan tentang makna wali ini.
  • Penjelasan pertama, kata al-wali merupakan bentuk superlatif dari subyek (fa’il), seperti kata al-’alim bermakna yang sangat alim dan kata al-qadir bermakna yang sangat berkuasa. Maka kata al-wali bermakna orang yang sangat menjaga ketaatan kepada Allah tanpa tercederai oleh kemaksiatan atau memberi kesempatan pada dirinya untuk berbuat maksiat.
  • Penjelasan kedua, kata al-wali merupakan subjek bermakna objek, seperti kata al-qatil bermakna yang terbunuh dan al-jarih bermakna yang terluka. Maka kata al-wali bermakna orang yang dijaga dan dilindungi oleh Allah Swt, dijaga terus-menerus dari berbagai macam maksiat dan selamanya mendapat pertolongan Allah untuk selalu berbuat taat.
Dari segi etimologis, al-wali berarti yang dekat. Ketika seorang hamba dekat kepada Allah karena ketaatan dan keikhlasannya, maka Allah akan senantiasa dekat kepadanya, dengan limpahan rahmat, keutamaan, dan kebaikan, hingga mencapai jenjang al-wilayah (kewalian).

Keterangan-keterangan di atas adalah pandangan menurut dalil-dalil dari Al Quran dan pendapat-pendapat Salfussolehin berkenaan wali dan kewalian. Setelah kita lihat keterangan di atas jelaskan maksud istilah Wali itu secara lebih luas.

Perbincangan kita di sini adalah khusus kepada Wali sebagai kekasih Allah, penunjuk jalan kebenaran, pemimpin rohani mengikut kefahaman di dalam kitab-kitab tasawuf. Di dalam kitab lama yang aku lupa namanya pernah diberitahu oleh sahabat sepengajianku bahawa terdapat kata-kata berikut. "Lebih mudah kamu mengenal Allah swt daripada mengenal wali Allah"

Antara sebab2nya adalah kewalian itu rahsia bagi Allah dan anugerahNYA kepada seseorang hambaNYA. Sesiapa yang menjadi kekasih Allah sudah pasti tidak akan menceritakan kepada sesiapa pun. Terdapat wali2 Allah yang menutupi kewaliannya dengan mempamirkan sesuatu yang diluar penrimaan orang-orang awam akan kewaliannya. Terdapat juga para wali yang diketahui kewalian dan karamahnya selepas kematiannya.

Terdapat juga para wali yang memegang kekhalifahan dan diketahui umum dengan sebab ketinggian kedudukan kewaliannya , contohnya seperti Khulafa ar rasyidin, atau menjadi pemimpin rohani seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani rahmatullah alaih dan lain-lainnya. Jadi kedudukan martabat kewalian seseorang itu berbeza-beza di sisi Allah.


Takrif Wali Allah dalam konteks Surah Yunus

Wali adalah perkataan mufrad (singular) , kata jamaknya (plural) adalah auliya'. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna 'amat hampir'. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT.

Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah 'adaawah' yang beerti bermusuh.

Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar 'aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.

Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
"Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.

"Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).

Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan.

Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, "Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan." Itulah gambaran waliullah oleh Ali.

Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, 'ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

"Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, 'mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT." Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi.

Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, "Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).

Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.

Firman Allah (mafhumnya), " Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan."
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).

Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.

Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.

Kisah Karamah Para Sahabat Rasulullah


Terdapat banyak kisah-kisah karamah Para sahabat, disini aku paparkan beberapa kisah karamah sahabt2 yang utama. Untuk mengetahui kisah-kisah karamah Para-para sahabt yang lain sila lawati site link yang aku rujuk di bawah ini.
Karamah Para Sahabat Rasulullah

Karamah Say Abu Bakar as siddiq ra

'Abdurrahman bin Abu Bakar r.a. menceritakan bahwa ayahnya datang bersama tiga orang tamu hendak pergi makan malam dengan Nabi Saw. Kemudian mereka datang setelah lewat malam. Istri Abu Bakar bertanya, "Apa yang bisa kau suguhkan untuk tamumu?" Abu Bakar balik bertanya, "Apa yang kau miliki untuk menjamu makan malam mereka?" Sang istri menjawab, 'Aku telah bersiap-siap menunggu engkau datang." Abu Bakar berkata, "Demi Allah, aku tidak akan bisa menjamu mereka selamanya." Abu Bakar mempersilakan para tamunya makan. Salah seorang tamunya berujar, "Demi Allah, setiap kami mengambil sesuap makanan, makanan itu menjadi bertambah banyak. Kami merasa kenyang, tetapi makanan itu malah menjadi lebih banyak dari sebelumnya."

Abu Bakar melihat makanan itu tetap seperti semula, bahkan jadi lebih banyak, lalu dia bertanya kepada istrinya, "Hai ukhti Bani Firas, apa yang terjadi?" Sang istri menjawab, "Mataku tidak salah melihat, makanan ini menjadi tiga kali lebih banyak dari sebelumnya." Abu Bakar menyantap makanan itu, lalu berkata, "Ini pasti ulah setan." Akhirnya Abu Bakar membawa makanan itu kepada Rasulullah Saw dan meletakkannya di hadapan beliau. Pada waktu itu, sedang ada pertemuan antara katun muslimin dan satu kaum. Mereka dibagi menjadi 12 kelompok, hanya Allah Yang Maha Tahu berapa jumlah keseluruhan hadirin. Beliau menyuruh mereka menikmati makanan itu, dan mereka semua menikmati makanan yang dibawa Abu Bakar. (HR Bukhari dan Muslim)

Karamah Say Umar Al Khatab ra

Dalam kitab Riyadh al-Shalihin, Imam Nawawi mengemukakan bahwa Abdullah bin `Umar r.a. berkata, "Setiap kali `Umar mengatakan sesuatu yang menurut prasangkaku begini, pasti prasangkanya itu yang benar."

Saya tidak mengemukakan riwayat dari Ibnu `Umar tersebut dalam kitab Hujjatullah 'ala al-'Alamin. Kisah tentang Sariyah dan sungai Nil yang sangat terkenal juga disebutkan dalam kitab Thabaqat al-Munawi al-Kubra. Dalam kitab tersebut juga dikemukakan karamah 'Umar yang lainnya yaitu ketika ada orang yang bercerita dusta kepadanya, lalu `Umar menyuruh orang itu diam. Orang itu bercerita lagi kepada `Umar, lalu Umar menyuruhnya diam. Kemudian orang itu berkata, "Setiap kali aku berdusta kepadamu, niscaya engkau menyuruhku diam."

Karamah Say Usman b. Affan ra

Ibnu `Umar r.a. menceritakan bahwa Jahjah al-Ghifari mendekati 'Utsman r.a. yang sedang berada di atas mimbar. Jahjah merebut tongkat 'Utsman, lalu mematahkannya. Belum lewat setahun, Allah menimpakan penyakit yang menggerogoti tangan Jahjah, hingga merenggut kematiannya. (Riwayat Al-Barudi dan Ibnu Sakan)

Dalam riwayat lain dikisahkan bahwa Jahjah al-Ghifari mendekati `Utsman yang sedang berkhutbah, merebut tongkat dari tangan `Utsman, dan meletakkan di atas lututnya, lalu mematahkannya. Orang-orang menjerit. Allah lalu menimpakan penyakit pada lutut Jahjah dan tidak sampai setahun ia meninggal. (Riwayat Ibnu Sakan dari Falih bin Sulaiman yang saya kemukakan dalam kitab Hujjatullah `ala al-Alamin)

Karamah Imam 'Ali b. Abu Tholib kw

Sid bin Musayyab menceritakan bahwa ia dan para sahabat menziarahi makam-makam di Madinah bersama `Ali. All lalu berseru, "Wahai para penghuni kubur, semoga dan rahmat dari Allah senantiasa tercurah kepada kalian, beritahukanlah keadaan kalian kepada kami atau kami akan memberitahukan keadaan kami kepada kalian." Lalu terdengar jawaban, "Semoga keselamatan, rahmat, dan berkah dari Allah senantiasa tercurah untukmu, wahai amirul mukminin. Kabarkan kepada kami tentang hal-hal yang terjadi setelah kami." All berkata, "Istri-istri kalian sudah menikah lagi, kekayaan kalian sudah dibagi, anak-anak kalian berkumpul dalam kelompok anak-anak yatim, bangunan-bangunan yang kalian dirikan sudah ditempati musuh-musuh kalian. Inilah kabar dari kami, lalu bagaimana kabar kalian?" Salah satu mayat menjawab, "Kain kafan telah koyak, rambut telah rontok, kulit mengelupas, biji mata terlepas di atas pipi, hidung mengalirkan darah dan nanah. Kami mendapatkan pahala atas kebaikan yang kami lakukan dan mendapatkan kerugian atas kewajiban yang yang kami tinggalkan. Kami bertanggung jawab atas perbuatan kami." (Riwayat Al-Baihagi)

Ibu Sebagai wakil dan wali Allah

Di akhir zaman ini adalah lagi semakin sukar untuk mengenal wali Allah. Walau bagaimana pun atas pandangan salah seorang guruku aku bukakan satu petunjuk siapakah wali bagi diri kamu itu. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah sesungguhnya masih berkesempatan buat mengenal siapa wali kamu. Bagi seorang muslimah ayah kamu itulah wali kamu yang paling hampir. Bagi seseorang muslim sesungguhnya ibu kamu itulah wali bagimu.

Perhatikan bagaimana kamu perlakukan terhadap ibumu, sebab ibumu yang mengetahui rahsia dirimu dan asal terjadinya kamu. Ibumu lah yang mula2 memegang amanah dirimu semasa kamu masih didalam kandungan rahimnya. Itulah alam asal tubuhmu di atas muka bumi ini. Dan itulah tempat permulaan pengembaraanmu ke alam basyariah. Itulah tempat permulaan ditiupkan ruhmu dan permulaan kamu bergerak dan diam. Permulaan di azankan kamu , permulaan solat menangisnya kamu, permulaan menerima rezeki di atas muka bumi alam insan . Apakah mungkin kamu menderhakai ibumu itu? Ibumu yang mula-mula menjadi guru zahirmu. Ibumu juga yang mula mengajar kamu tentang kasih sayang.

Figure: Syurga di bawah tapak kaki ibu, juga sebagai wakil Allah

Jangan kamu mencari wali yang kamu tidak kenal tanpa mengenali ibumu sebagai wali dan wakil Allah di atas muka bumi ini. " Wakafa billahiwakiila ..." Dan Cukuplah Allah sebagai wakil bagimu dan DIA telah melantik ibumu sebagai wakilNYA di alam insan. Ketahuilah rahsia kewalian ibumu. Jangan kamu menderhakai dan mengingkari akan hal ini. Kelak kamu akan tersesat dari jalan kembali.

Figure: Bayi yg dilahirkakn adalah suci seperti wali Allah

Setinggi2 martabat Nabi dan Rasul , setinggi martabat wali dan seluruh aulia mereka tetap meletakkan martabat seorang ibu melebihi martabat mereka sendiri. Allah tidak menjadikan wanita sebagai Nabi dan Rasul akan tetapi Allah sendiri telah meletakkan martabat seorang ibu dengan kedudukan yang sangat tinggi.

BAB 2 - Menuntut Ilmu Ketuhanan Yang Tulen

Figure: Tanda terbesar kebesaran Allah adalah Al Quran , yakni kalamNYA yg tersurat dan tersirat. Kalam Allah swt tiada berhuruf dan bersuara.


Bismillahirahmanirrahim,

Salam dan selawat kepada junjungan Nabi saw dan Ahlul bait dan keturunan yang suci dan dikasihi, Para Sahabat Radiyallahuanhum yang setia dalam perjuangan, serta rahmat Allah swt keatas seluruh umat muslimin muslimat, dan mukminin mukminat.


Ilmu Ketuhanan adalah ilmu yang membicarakan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi keesaan ZatNYA, SifatNYA, Asma'NYA dan Af'alNYA. Ia juga dikenali sebagai Ilmu Tauhid, (ilmu mengesakan Allah ) Ilmu Usuluddin (Ilmu Dasar Agama) , ilmu Makrifat (Ilmu Mengenal) ilmu Kalam, (Ilmu Permahasan) ilmu Hakikat (Ilmu Haq/kebnaran) ,Ilmu Tahkik (Ilmu Penetap), Ilmu Aqa'id (Ilmu Simpulan Iman)dan sebagainya.

Figure: Menuntut ilmu ketuhanan itu hukumnya wajib, termasuk di dalam ilmu fardhu ain

Orang-orang awam sering kali terkeliru apabila menyebut Ilmu Makrifat sebagai ilmu yang sudah terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh mereka-mereka yang di tahap awam. Pendapat itu salah. Sebab hukum mempelajari ilmu ketuhanan itu wajib bukannya sunat . Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap fardhu ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap fardhu kifayah.


Ilmu Makrifat ditahap fardhu ain membicarakan sifat-sifat yg wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala serta sifat-sifat yg wajib , yang mustahil dan yang harus bagi Rasul. Ilmu Makrifat di tahap fardhu kifayah termasuklah pembahasan ilmu kalam yang dapat menghujjah kaum-kaum ahli bid'ah dan golongan-golongan atheis dan penentang ilmu ketuhanan. Ilmu Makrifat di tahap para-para Sufi dan Aulia'-Aulia' Allah ianya mengesakan Allah Ta'ala dalam fana baqobillah. Maka perlu diketahui had-had ilmu itu dan dituntut secara berperingkat-peringkat menurut kadar kemampuan seseorang. Allah swt tidak membebankan hambaNYA dengan perkara-perkara yang kita tidak berkemampuan.


Ilmu Makrifatullah adalah intipati dari kalimah Laailahailallah. Pengajian sifat 20 adalah asas kepada mengenal Allah dan tidak dapat tidak, kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam ilmu fardhu ain bukan fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, "Menuntut ilmu itu fardhu bagi tiap2 muslimin dan muslimat." dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah 3 ilmu yang asas iaitu usul , feqah dan tasawuf. Maka barangsiapa meninggalkan tuntutan menuntut ilmu yang fardhu ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang berdosa meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan beramal tanpa ilmu menjadikan amalannya sia-sia. Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia , berilmu tanpa amal juga sia-sia.

"Awwaluddin Makrifatullah" , Ahli hadis tidak menyebutnya sbg hadis sohih akan tetapi Imam Ali as pernah menyebut kata-kata ini di dalam ucapannya yg terkumpul dalam "Nahjul Balaghah". Walau apa pun itu lah isyarat paling penting di mana permulaan daripada mempelajari agama adalah dengan mengenal Allah Ta'ala. Pengenalan kepada Allah Ta'ala adalah berbeza-beza mengikut tingkatan kefahaman masing-masing. Kita tidak boleh menyamakan kefahaman orang awam dengan kefahaman para nabi dan para wali.

HTML clipboard
-->Mempelajari ilmu Tauhid ini termasuk di dalam ilmu fardhu ain di samping ilmu feqah dan tasawuf. Setelah selesai mempelajari ilmu ini baru disusuli dengan ilmu-ilmu yang lain. Inilah kaedah yang diikuti para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf maupun khalaf dalam mempelajari agama ini. Tradisi semacam ini sudah ada dari masa Rasulullah, sebagaimana dikatakan sahabat Ibn 'Umar dan sahabat Jundub:

“Kami -selagi remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka bertambahlah keimanan kami". (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz al-Bushiri).


Mengenal Allah Ta'ala adalah awal permulaan kita beragama, apakah mungkin kita membawa kehidupan beragama tanpa mengenal Allah? Akan tetapi kita telah lupa akan pesanan Nabi dan Imam Ali as yang sangat penting ini. Apabila ada manusia yang cuba membuka persoalan mengenal Allah atau makrifatullah orang-orang kebanyakan sering memandang sebagai ianya tidak penting. Manusia Islam kebanyakannya mengenepikan ilmu-ilmu tentang makrifatullah ini sedangkan itulah ilmu asas yang menjadi asas pengajian pondok di masa silam.

Figure: Bolehkah wujud bayang tanpa empunya bayang-bayang ?

Orang awam yang belum mencapai tahap wali seringkali membuat kesilapan besar mengambil kata-kata dan kalam-kalam sufi perihal Ketuhanan. Apabila bahasa-bahasa sufi ini difahami secara zahir dan cara kefahaman awam maka seringkali berlaku kesalahan fahaman yg bahaya dari segi aqidah.

Ajaran Wahdatul ujud atau dikenali di Nusantara sebagai martabat 7 bukan mudah untuk difahami secara baca kitab atau mengaji ilmu hakikat. Martabat 7 adalah sebenarnya intipati rasa atau zauk para wali di tahap tertinggi dan hakikatnya adalah berbeza dan bukan sperti yang difahami dengan melalui tulisan dan kata-kata . Jadi tak perlu aku menerangkan apa itu Martabat 7 di sini sebab tak siapa dapat memahaminya kecuali sudah merasainya.

Mereka yang tidak memahami wahdatul ujud akan menolak bulat-bulat kononnya tidak ada nas dari Al quran. sedangkan mereka lupa tentang ilmu laduni dan ilmu mukasyaffah yang diterangkan kewujudannya di dalam Al Quran. Tidakkan mereka mengambil iktibar dari kisah Musa as dan nabi allah Khidir as ??? Maka janganlah kita ikuti dakyah mereka-mereka yg jahil murakkab ini , yakni berhimpun dua jahil, jahil akan dirinya dan jahil akan tuhannya.

Sedih sekali mereka-mereka yang belajar ilmu hakikat merasakan yang mereka sudah memahami sedangkan pepatah sufi mengatakan " Lam ya zuuk , wa lam ya'rif" Barangsiapa tidak merasai zauk tidak akan mengetahunya. Itu isyarat dari para sufi dan wali Allah kenapa tidak kita pegang. Banyak guru yang belum sampai ke maqam tersebut cuba mengajar anak muridnya , kalau seorang guru yang arifbillah dia tahu had pembelajaran yang sepatutnya
diberi kepada anak muridnya. Tapi ini bukan alasan buat kamu untuk menolak mencari guru !!!!

Figure: Selain dari Allah adalah Alam

Komen aku ini mungkin menyentuh hati sesiapa yang berkenaan tetapi ini lah realiti yang sedang berlaku kepada perguruan-perguruan yang ujud di zaman sekarang, tidak di zaman dahulu. Setiap kali matinya orang alim setiap kalilah ilmu itu diangkat sedikit-demi sedikit sehiggalah ada guru yang mengajar tak faham , murid-murid lagilah tak faham. Kita ketandusan para-para alim yang mahir di dalam bidang ilmu ketuhanan ini dan kita ibarat si buta kehilangan tongkat. Walau bagaimana pun masih terdapat guru-guru mursyid dalam bidang ini dalam bilangan yang sedikit dan mereka bukan golongan yang suka menonjolkan diri. Hanya jauhari yang dapat mengenak manikam. Carilah mereka dan kamu akan mendapatkannya dan jangan mempersia-siakan mereka.



Figure: Seandainya kamu dijemput oelh Si Raja ke Istananya adakah kamu akan menolak pelawaannya, kenapa Mesjid yakni Rumah Allah diabaikan manusia? Qalbu mukminin Baitullah. jangan dibiarkan Qalbu mu kosong tanpa di isi dengan zikrullah.

Yang sebenar-benar tuhan itu adalah Zat Laisakamishlihi syaiun. Maka untuk mengenal zat Allah Ta'ala ialah dengan kita mengenal sifatNYA melaui jalan sifat, yakni sifat bagi Zat Allah Ta'ala. Sifat itu adalah Sifat bagi Zat Allah Ta'ala yang berdiri bagi Zat , tidak bercerai dengan ZatNya.

Alam yang baharu ini sebagai tanda dan dalil wujudnya Zat Allah Ta'ala. Zat itu tidak boleh dikaji sebab aqal kita terbatas dan tidak mampu untuk mengkaji Zat , sebab itu hanya kajian Zat diharamkan dan dilarang keras oleh Nabi saw. Kajian Sifat tidak dilarang oleh Nabi saw maka mengapa kita pula yang melarang orang-orang yang mahu mengenal Allah. Buktinya terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan tentang sifat bagi Zat Allah swt.


Peringkat-peringkat mengenal Allah itu berbeza-beza menurut tahap seseorang . Ada yang dapat mengenal Allah Ta'ala dengan aqal semata-mata bagi orang awam. Dan ada yang dapat mengenal Allah dengan hati, jiwa, perasaan , ruh, dan sirr. Peringkat tertinggi adalah bagi Nabi saw diikuti oleh para2 Aulia' Allah sepertimana kisah , Zunnun al Misri rth. pernah ditanya tentang bagaimana memperoleh makrifat itu, beliau berkata :” ariftu rabbi bi rabbi” yang artinya aku mengenal Tuhanku dengan Tuhan. Karena mengenal Allah tidak akan bisa dengan logik dan akal, melainkan dengan hati sanubari yang bersih dan selalu diisi dengan Ismul 'Adzham (Asma' Agung Allah Ta'ala)

Beliau mengatakan bahwa akhlak seorang arif billah adalah Allah Ta'ala dan orang yang arif billah akan bersifat seperti Akhlak Allah Ta'ala dan selalu menjaga perilakunya agar tidak terjebak dalam kenistaan dunia yang menghanyutkan dan menghinakan orang yang dekat kepada Allah. Jangan salah faham kenyatan ini sebab Nabi saw apabila ditanya kepada Saydatina Ummul Mukminin tentang akhlak Nabi saw , Aisyah ra menjawab , " Akhlak Nabi saw adalah Al Quran" . Maksud nya di sini mempunyai makna yang sama dengan Akhlak Allah kerana Al Quran itu Kalamullah.

Golongan anti tasawwuf yang tidak mengerti akan senang wenang menuduh kaum sufi sesat , sebenarnya mereka yang tidak faham.
Kalau mereka mengkaji kitab-kitab tauhid dan tasawwuf pun mereka tidak akan faham kerana hati mereka telah dibutakan oleh Allah swt. nauzubillahiminzaalik.


Makna "Ariftu Rabbi bi Rabbi" itu "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku" ialah mengenal Allah Ta'ala dengan pengenalan terus daripada Allah Ta'ala yakni dengan ilmu Allah. Ta'ala. Saat paling sempurna semasa hayat Nabi mengenal Allah Ta'ala adalah semata mikraj Nabi saw. Dan saat paling sempurna baginya adalah sejak azali awal kejadian Hakikat Muhammadiah dan juga selepas wafat Nabi saw. Ia adalah satu pusingan makrifat yang sempurna dari awal hingga ke akhir hayat Nabi saw. Nabi telah menyempurnakan pusingan makrifatnya dengan Allah Ta'ala secara mantap berdasarkan ayat "Innalillahi wainna ilahirojiunn"
. Makna ini aku sesuaikan dengan kefahaman orang awam. Makna hakikinya hanya mereka yang mengalaminya yang akan memahaminya.

Apakah kita telah menyempurnakan pusingan makrifat kita dengan Allah Ta'ala ? Tanyalah diri masing-masing dan kamu tentu sudah tahu jawapan nya di mana kedudukan kamu. di sisi Allah Ta'ala. Adakah ilmu yang aku bicarakan ini sesat ??? Atau manusia kebanyakkan yang telah jauh tersesat dari landasan makrifatullah . Atau adalah manusia takut untuk mengenal Allah Ta'ala kerana tidak sanggup berjumpa dengan Allah membawa segunung dosa dan melupakan perjanjian dengan Allah di alam Nur dan alam Ruh?

Figure: Kita memandang kebesaran Allah swt. dari sudut pandangan yang berbeza-beza , apa yang kita nampak itulah yang kita faham. Kita keliru bila berbeza-beza pandangan sesama kita.
Figure: Apabila kita memandang kebesaran Allah swt dari sudut pandangan yang lain pula, apa yang kita nampak tetap kebesaranNYA tiada yang lain.
Figure: Memandang kebesaran Allah swt dari sudut pandangan yang lebih luas akan meluaskan akal dan pemikiran kita.

Kalau kamu ingin tahu bagaimana ajaran tauhid yang tulen dan benar kembalilah kepada Allah Ta'ala dengan melalui jalan dan kaedah pengajian orang 2 yang terdahulu. Bacalah kisah Aulia' dan solefussolhin tentang keesaan Tauhid semuanya sangat jelas di dalam Ar Risalah Al Qusyairiah dan didalam Kitab-Kitab Usul dan Tassawuf Muntahi yang muktabar. Tidak ada yang terlepas dari ikatan Al Quran dan Sunnah rasul saw. Cuma manusia kebanyakan yang sengaja berlepas dari ikatan ini. dan tidak mencari sanad ilmu ketuhanan

Maka barangsiapa yang tidak menurut jalan Allah dan Rasul serta orang2 soleh adalah mustahil dapat menemui jalan tauhid ini. Ini lah siratul mustaqim yakni jalan makrifatullah , jalan yang lurus meluruskan kita kepada makrifatulah. Awaluddin makrifatullah, akhir agama dengan kalimah Laailahaillallah . Apakah kita mampu untuk mengucapkannya????
Waktu kita hidup di dunia ini cuma di antara waktu azan serta iqamah dan menunggu waktu disembahyangkan.

Figure: Jangan biarkan pohon tauhid anda umpama pohon yang sudah kering dan tidak berbuah.

Figure: Mampukah anda menyelamatkan pohon tauhid anda diwaktu puting beliung sakratul maut melanda ???

Berusahalah mencari guru-guru ilmu tauhid dan mendalami selagi nyawa dikandung badan. Semoga anda semua mendapat menafaat dari perbincangan yang sedikit ini , insyaallah. Mohonlah petunjuk dari Allah Swt , diperlihatkan jalan untuk menghampirinya. Amin






Dana Jihad akhir Zaman .......

Sunday, July 26, 2009

BAB 1- Coretanku yang terawal

PENGENALAN

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Bismillahi wa billahi walhamdulillah , Salam serta selawat ke atas Rasul junjungan khotaman nabbiyyin Muhammad saw serta seluruh ahli keluarganya yg suci serta para sahabatnya dan pengikutnya yang setia hingga ke akhir zaman.

Tergerak hatiku untuk memulakan kisah ini memandangkan ianya terlalu penting dikongsi bersama. Setelah sekelian lama aku menjelajah ke seluruh semenanjung Tanah Jawi ini untuk mencari tanpa mengetahui apa yg perlu dicari. Dalam pencarianku tanpa panduan dan pedoman sehinggalah aku bertemu permulaan jalan untuk menuntut ilmu. Dari situ aku mengetahui betapa pentingnya berguru kerana daripada berguru itulah baru aku dapat segala panduan ilmu yang sebenar.

Dalam pencarian ku sebelum ini ramai aku dapati mereka-mereka yang seperti aku , tiada punca , tiada panduan , tiada pembimbing maka ramai yang mengaji tanpa berguru dan akibatnya terlalu mudah disesatkan oleh iblis dan syaitan laknatullah yang tidak jemu-jemu bekerja siang dan malam .
Aku bermula dengan menjalani pengajian fardhu ain, belajar Al quran dan syariaat melalui ibuku yg tercinta, serta menjalani tarekat kholwatiyyah sammaniah warisan dari guruku Almarhum Tuh Paduka Hj Muhammad Saman kati , namun aku dapati ada kekurangan di dalam diriku dari segi rasa. Namun pun aku teruskan pengajianku mengikut adab-adab di dalam tarekat . Di samping itu aku mencari lagi mana-mana perguruan yang aku dengar dari mulut kawan-kawan di sana sini.

Kemudian aku mula melangkah ke pengajian hakikat, berjumpa beberapa guru hakikat dan aku cuba menghayati segala pengajaran-pengajaran di dalamnya. Di situ aku dapati kebanyakan perguruan itu hanya cenderung kepada ilmiah cuma sedikit ilmu rasa yang tak mencukupi buatku. Sebab apa yang diterangkan guru atau pun di dalam kitab ilmu hakikat tidak selari dengan apa yang di fahami dan di rasai oleh murid-murid. Amatlah berbeza di antara mereka yang mengaji ilmu hakikat dengan mereka yang telah berada di makam hakikat. Akan aku perjelaskan nanti di satu bab yang lain. Masaalah yang aku hadapi ialah bagaimana untuk membezakan sesuatu pengalaman rohani yg haq dan yg batil. Selain dari Allah itu semuanya alam. Adakah kita nak berpegang dengan Allah atau Alam ? Insyaallah aku akan kupaskan kemudian.

Di samping berguru dan mengaji ilmu hakikat aku berkesempatan mentelaah kitab-kitab lama peninggalan arwah datuk ku dan juga kitab-kitab ilmu hakikat yg didapati dari guruku dan kawan-kawan yg seperjuangan denganku. Namun segala pengajian di dalamnya ada juga yang tak menepati dengan jiwa dan perasaanku. Yang aku faham aku pegang dan yang tidak sesuai dengan 'kebenaran' aku biarkan hanya sebagai matlumat yg masih boleh di perbetulkan kelak.

Aku dapati kebanyakan kitab-kitab Nusantara ini dikarang oleh para Ulama pondok di usia mudanya dan isi kandunganya sudah tentu di atas fahamannya sewaktu usia muda . Apabila mereka sudah matang dalam ilmu dan menempuh perjalanan kerohanian yang lebih tinggi kebanyakan mereka sudah tidak mengarang lagi kitab. Sayang sekali ilmu dan pengalaman kerohanian yg tinggi itu tidak kita dapati di dalam kitab-kitab. Mahu atau tidak ilmu-ilmu ini perlulah didapatkan melalui sanad perguruan mereka.

Walau bagaimana pun aku masih teruskan mencari perguruan yang mampu menyelesaikan permasaalahan dari segi kerohanianku dan mendapatkan bimbingan dan panduan yang lebih menyakinkan diriku.


Setelah sekian lama aku teruskan pencarian guru yang benar-benar dapat membimbingku akhirnya dengan pertolongan Allah swt aku dapat bertemu dengan guru yang benar-benar menyakinkan aku tentang jalan ilmu ketuhanan yang sebenar.dari sanad dan sumber pengajian dari ahlul bait , keturunan Nabi saw.

Dari situ aku terus mengkaji susur galur ilmu ketuhanan yg asal dan tulin ini. alhamduliilah banyak yang aku temui kebenaran di dalamnya. Ingin aku tegaskan di sini Pengajian Syiah Ali ini bukan lah satu aliran yang sama dengan aliran-aliran syiah pelampau seperti Syiah Imamiah 12, syiah Rafidi dan syiah ghulat. Ilmu yang diwarsisi dari keturunan guruku ini adalah ilmu ketuhanan yang tulen sebagaimana di bawa oleh Syiah Ali yg asal seperti Salman Al Farsi ra , Abu Zar ra, Ammar bin Yassir ra dan sahabat-sahabat yg bersama dengan Imam Ali sebelum dan sesudah wafatnya Nabi saw. Dan ilmu ketuhanan ini lah yg telah melahirkan ramai para2 wali di Nusantara ini seperti wali 9 di tanah jawa dan wali 7 melayu di tanah jawi.

SANAD PENGAJIANKU

Di sini aku catitkan Sanad Pengajianku hanya sebagai perkongsian agar diketahui asal sanad pengajianku dari mana ambilan segala ilmu-ilmuku. Itu pun kerana di atas permintaan sahabat-sahabat yg ingin tahu, bukan untuk dibangga cuma untuk mengeaskan betapa pentingnya mengambil ilmu yang bersanad.

Aku rasa tak perlulah nak bagi secara terperinci sanad pengajianku di sini sebab pada kebiasaanya sanad pengajian cuma dititik berat didalam disiplin tarekat sahaja. Yang ini aku bagi adalah secara umum. Sedangkan Sanad-sanad dalam ilmu hadis pun masih boleh dipertikaikan ini kan pulak sanad dalam tarekat mana-mana. Mana-mana ilmu itu sebenarnya boleh diuji akan kebenarannya melalui perlbagai cara, selain drp penelitian sanad.

Almarhum WaliyullahTuk Kenali Al Fatani

Sanad pengajian ilmu syariat mengambil dari ibuku yang mengambil dari datukku (Tuan Cholan Batu Gajah) yang mengambil dari Tuk Kenali yang mengambil dari Sheikh Ahmad al Fatann >>>>> bersambung sanad tarekat Ahmadiah >>>> Nabi saw. (Sila rujuk kpd Sanad tarekat Ahmad Ahmadiah)
Almarhum Datukku Al Allama Tuan Cholan Batu Gajah

Sanad pengajian ilmu Tarekat mengambil dari guruku Tn Guru Hj Mat Saman Kati (kuala kangsar) mengmbil dari Tn guru cik dol (pondok kedah) mengambil dari Syeikh Daud Al Patani mengambil dari Syeikh Muhammad Abdul Karim Assammani >>> melalui sanad Tarekat Kholwatiyyah As Sammaniah >>>> Nabi saw. ( sila rujuk kpd Sanad Tarekat Sammaniah )
Figure: Alharmarhom Toh Paduka Hj Muhammad Saman b. Muhammad Ash Syatariah, Al Kholwatiyyah As Samaniah. Sahabat kepada Datukku dan beliau juga adalah anak murid kepada Tuan Che Dol dan Tuk kenali

Sanad Pangajian Ilmu Tasauf pengajian kitab ihya >>> mengambil dari guruku Tn Guru Hj Mat Saman Kati >>>>> Imam al ghazali >> Imam Haramain >>> Nabi saw. (Sanad terperincinya ada didalam kitab tasauf karangan guruku)

Sanad Pengajian ilmu hakikat mengambil dari guruku (Muhammad Abu ) mengambil dari Kiai Salleh Panglima Johor mengambil dari Syeikh Fadhil Bentan >>>> Tarekat Naqsyabandi Wa Qodiriah >> sampai kpd Nabi saw. ( Sila Rujuk kpd Sanad Tarekat Naqshabandi wa Qodiriah )

Sanad Pengajian Ilmu Ketuhanan Syiah Ali iaitu pengikut Imam Ali as beraliran Imam Shafie , mengambil dari guruku dari keturunan Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri ( Tuk Syiah Kuala) >>> sampai kpd Imam Hasan as >> Imam Ali >> Nabi saw.



















Figure: Dari Kiri ke kanan: Syeikh Fadhil Bentan, Kiai Salleh, Pak Abu Darsan






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...