Saturday, December 4, 2010

Dimanakah KEBENARAN itu ?

Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhamamadin Wa 'ala Aalihi At Thoiyyibin Wat Tohirin . Amma Ba'du.

 Wahai pembaca yang aku kasihi,


KEBENARAN , AL HAQ , DIA lah kebenaran , itulah yg perlu dicari. Dalam mencari KEBENARAN ini janganlah kita terperangkap di dalam HIJAB KETAKSUBAN . Aliran dan Fahaman boleh menjadi HIJAB, Perguruan dan guru-guru juga boleh menjadi HIJAB. Taklid dan ikut-ikutan juga menjadi hijab. Ilmu tanpa keihklasan juga menjadi hijab. Keegoaan dan kesombongaan diri menjaadi hijab paaling besar. Sikap TAKSUB inilah yang akan menghijabkan kamu dalam mencari KEBENARAN.

Fahamilah. Kita tidak perlu takut menjadi sesat kerana kebenaran itu tetap dari Allah bukan dari syaitan. Dari itu, janganlah anda merasa ragu-ragu. Inilah jaminan Allah menerusi firman-Nya:

الحَقُّ مِن ربِّكَ فلا تَكُونَنَّ مِنَ المُمتَرِين

"Sesungguhnya kebenaran itu dari Tuhanmu, dari itu janganlah sekali-kali kamu tergolong dalam kalangan orang-orang yang ragu-ragu" [al-Baqarah: 147]

Jika kebenaran itu dari Allah s.w.t, maka apakah lagi yang membuatkan anda takut demi mencari kebenaran? Apakah Allah akan menyesatkan hamba-hamba-Nya kerana mencari kebenaran? Tidak sama sekali! Bahkan Allah pasti akan menunjukkan jalan untuk sampai kepada-Nya selagi anda berazam mencari sebuah kebenaran. Firman Allah:

والذين جاهدوا فينا لنَهدِيَنَّهُم سُبُلَنا وانَّ اللهَ لمعَ المُحسِنِين

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari kebenaran dan keredhaan) Kami, Kami pasti akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat baik” [al-Ankabut: 69]

Yang pasti, umat manusia disarankan agar mengkaji setiap fakta yang didengarinya bagi menentukan ianya benar atau salah?! Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zumar: 18

فبَشِّرْعِبَادِ الذين يَستَمِعونَ القَولَ فَيَتَّّبِعون أحْسَنَه * أولئك الذين هَدَاهُمُ الله واولئك هُمْ اُولو الألبَاب


“Berilah khabar gembira (syurga) kepada hamba-hamba-Ku yang mereka (bersikap) mendengar dengan teliti akan kata-kata (khabar) lalu mengikut yang terbaik. Mereka itulah orang-orang yang menerima petunjuk Allah dan mereka juga pakar berfikir”

Allah s.w.t telah menguatkuasakan perintah agar kita membuat penyelidikan bagi setiap fakta yang diterima. Inilah yang dinamakan Taufiq atau persediaan diri. Dengan itu kita tergolong dalam kumpulan mereka yang bijak dalam penggunaan akal fikiran. Setelah itu, ikutlah yang haq kerana itulah yang dinamakan hidayah Allah. Hidayah Allah tidak akan diberi tanpa usaha dan persediaan diri sebagaimana perut tidak akan kenyang tanpa menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Memang tidak dinafikan semua orang takut sesat. Al-maklum, neraka siapa yang mahu? Meskipun begitu, semua itu bukanlah satu alasan konkrit untuk kita menerima secara membabi-buta apa sahaja ‘sogokan’ ustaz dan ustazah tanpa sebarang persoalan dan pemikiran. Apakah fakta-fakta mereka semuanya benar dari Allah dan Rasul? Jika benar apakah jaminannya? .


Pengalamanku ingin dikongsikan buat pembaca sekelian supaya kamu tidak terhenti dalam mencari KEBENARAN pada sesuatu PERGURUAN atau GURU , pada sesuatu ALIRAN atau FAHAMAN . PENCARIAN tidaklah merosakkan Aqidah dan keimanan yang telah sedia ada. Ramai yang takut mencari dalam aliran diluar fahamannya kerana takut akan hal ini Adakah mana-mana dalil yang melarang kita mencari KEBENARAN dalam semua aliran yg ada ?

Kalau ada mana-mana golongan mengatakan kamilah golongan yang BENAR, bermakna mereka telah cuba meletakkan KEBENARAN itu hanya pada golongan mereka ,maka timbullah fahaman pelampau di situ semua yg bukan golongannya adalah SALAH. KEBENARAN itu hanya pada ISLAM bukan pada mana-mana golongan dan firqah.

KEBENARAN sudah ditunjuki oleh Nabi Saw untuk diikuti , Ikutlah Al Quran dan Ihtrah Ahlul Bait , Al Quran dan Sunnah  yang ada kebenaran di dalamnya. KEBENARAN sentiasa di pandu dengan petunjuk dari Allah Swt. KEBENARAN hanya pada NABI Saw yang bersifat SIDDIQ dan mereka2 yang  mencapai makam AS SIDDIQ AL AKBAR .






Dana Jihad akhir Zaman .......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...