Tuesday, December 4, 2012

Wahdatul Af'al catatan di kemas kini

Bab Pada Menyatakan Beberapa Fahaman Atas Wahdatul Af'al


Click to Enlarge
Petikan dari Kitab Durun Nafis

 بسم الله الرحم الرحيمن
الحمد لله الذي خصّ علماءَ أهل السنة بحمل راية التوحيد وعقيدة
 الإسلام ووفقهم لردّ كل شبهة وضلالة يذيعها المبتدعة بين العوام
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد مَن كشف الله به

 الدجى ومحا الظلام
 أما بعد


Alhamdulillah berkesempatan aku menterjemahkan ke tulisan rumi sedikit petikan dari kitab Durun Nafis pada bab membicarakan Wahdatul Af'al atau sampai kepada Tauhid Af'al / mentauhidkan Af'al  Allah Swt. Semoga menjadi menafaat buat kita semua . Insyaallah. Tulisan bold di bawah adalah teks asal seperti dalam kitab yg di scan manakala tulisan normal selepasnya adalah penjelasan-penjelasan agar lebih mudah faham bagi mereka yang kurang mahir dengan lengguk bahasa melayu lama. Aku akan cuba menterjemahkan lagi beberapa bab yang penting seperti bab Wahdatul Zat, Wahdatul Sifat dan Wahdatul Asma' insyaallah .  Pada Versi tambahan/update  aku tambahkan tarikh editnya sekali .

(Tarikh: 4 Dis 2012)
Ini adalah versi update dari posting yg terdahulu , aku sedang mengemaskini posting2 lama dari masa ke semasa agar lebih jelas penerangannya memandangkan terdapat beberapa golongan yg kurang mengerti atas hal Wahdatul Af'al lalu mereka memperkatakan di grup2 facebook perkara yg mereka tidak faham sehingga menjurus kepada fahaman ahli bid'ah spt Jabariah . Hendaklah dimaklumi Wahdatul Af'al ini adalah suatu maqam bg ariffinbilah bukanlah boleh difahamkan secara mudah oleh orang2 awam . Ini hanya sekadar diilmiahkan sahaja oleh pengarang asal kitab ini dan dipetik dari kitab2 arab terdahulu jua. Tidak dapat difahami oleh mereka yg tidak berguru dan tidak bermujahaddah di dalam suluk dan khalwat. Jgn anggap remeh dan mudah bagi mendapatkannya.

Terjemahan:
(Bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif dalam dunia ini hanyasanya baharu setengah daripada barang yang disediakan oleh Allah Ta'ala kepada mereka itu di dalam akhirat kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini.)
 
Penjelasan:
Terbukanya hijab yg hak oleh Allah Ta'ala ke atas hati orang-orang arifin billah di dunia ini lagi sebelum mati adalah sebagai satu tanda Allah Ta'ala memuliakan mereka di dunia lagi dan ianya hanyalah sebahagian/sedikit dari kurniaan yang Allah Ta'ala berikan disamping pemberianNYA di alam akhirat. Ini menunjukkan betapa besar anugerahNYA keatas mereka itu. Maksud terbuka hijab di sini adalah pembukaan hijab yang 'Hak' bukannya pembukaan hijab yang disandarkan kepada keupayaan jin (kasyaf jin) atau makhluk (iblis & syaitan) selain Allah Ta'ala seumpama melihat alam-alam ghaib oleh bomoh yang bathil. 

Keupayaan dan pemberian yang bathil ini dikenali sebagai istidraj yang mana ianya bukan anugerah Allah Ta'ala ke atas Aulia'-Aulia'NYA tetapi pemberian yang menjauhkan diri dari Jalan Kebenaran. Amat Jauh Berbeza sekali berbanding dengan anugerah Allah Ta'ala ke atas para-para Ariffin billah dan Aulia'-Aulia'NYA. Dengan panduan guru mursyid sesorang murid salikin akan dipimpin dan memahami antara Kasyaf Hak dan Kasyaf Bathil)
Wallahu A'lam . Intaha.

Terjemahan:
(Hai saudaraku takut oleh mu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang Wahdatul Af'al yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang keelokkan yang wajibal wujud . Dan takut oleh mu daripada bahawa bangsakan pada mengadakan satu perbuatan ada ia.)
 
Penjelasan:
Takutilah/risaulah/waspadalah wahai pembaca sekelian jangan sampai kamu lupa memandang Wahdatul Af'al apabila sampai tajjalliNYA yang akan menyampaikan kepada keelokkkan/keindahaan Allah yg wajibal ujud. Bagaimana nak memandang Wahdatul Af'al ?

Walaupun kamu memandang segala perbuatan diri mu ini PADA HAAKIKATnya terbit daripada perbuatan/Af'al  Allah Ta'ala ini disebabkan DIA yg menjadikan kamu AKAN TETAPI jgn kamu lupa, kamu  ada usaha dan ikhtiar/pilihan bagimu. 

Yang dikatakan Perbuatan/Af'al Allah ialah hakikat perbuatanNYA semata-mata tidak berserta dengan mana2 perbuatan hamba. Itulaah hal kelaakuan zat yg Maha Suci. Suci drp segala haal perbuatan yg baharu. 

Perbuatan makhluk  adalah baharu atau muhaddas . Sekiranya kamu tidak sampai kepada maqam Wahdaatul Af'al adalah haram bg  mu berpegang perbuataan kamu itu perbuatan Allah Swt. Yg qadim tetap qadim dan qadimlah juga Af'alNYA sedangkan yang baharu/muhaddas tetap baharu dan baharu jualah perbuatannya. 

Dan perbuatan mu itu jangan sampai menyalahi oleh syarak kerana kamu membuat pilihan yg tidak betul menggunakan amanah kudrat ke arah perbuatan yang diharamkan oleh Allah Swt. Bermaknanya  kamu tidak menyelaraskan perbuatan mu menurut kehendak Allah Swt beerti kamu membangsakan pada mengerjakan satu perbuatan yg menyalahi hukum  Allah Swt.

Akan mereka yg telah dianugerahkan tajalli Af'alNYA dan sampai tauhidnya Tauhid Wahdatul Af'al akan sampai lah kepada memandang /syuhud akan zat Allah Ta'ala yang wajib ujudNYA dengan pandangan  yg bathin seperti kata Say Ali ra aku tidak menyembah Tuhan yg aku tidak nampak , IA dapat dilihat dgn pendangan mata hati/mata bathin.

Sebenarnya adalah lupamu kepada memandang tajalli Af'al Allah Ta'ala itu semata-mata kerana memandang segala perbuatanmu itu adalah terbit dari perbuatan dirimu sendiri dan justeru itu kamu memperbuatkan segala perbuatan yg menyalahi syarak dan menutup hijab pandangan mata hati.

Apabila Allah Ta'ala belum menghendaki terbuka hijab kamu memandang akan Af'al NYA kamu terus dilupakan dan dilalaikan memandangnya. Walau pun kamu berusaha untuk mengingatnya , tetapi apabila Allah Ta'ala menghendaki terbukanya hijab itu IA akan mempermudahkan jalan bagimu . 

Carilah Wasilah atau Jalan Tawasul melalui keberkatan yang Allah Ta'ala limpahkan ke atas guru yang memimpin rohanimu itu. Barakallahu fikum .


Semoga bertemu lagi di catatan yang akan datang ...... 






Dana Jihad akhir Zaman .......

Monday, December 3, 2012

Dana Jihad Akhir Zaman

Bismillahirrohmanirrohim,  Allahummasolli 'ala Muhammad Wa 'ala Aalihi At Taiyyibin Watthohirin , sommaa ila aashabihi ajma'in , wa ila assodiqin wassolehin minal aulia' ila yaumiddin.


Pembaca-pembaca budiman yang di muliakan oleh Allah Swt ,  sudah agak terlalu lama aku tidak menulis di sini kerana kesibukan duniawi dan tanggungjawab yang tak dapat dielakkan.  Hari ini aku cuba lapangkan sedikit waktu dan cuba untuk berkongsi sedikit pandangan di atas topik yang  teramat penting iaitu Jihad Akhir Zaman. Jangan syak lagi tuan2 yang budiman kita kini sudah menempuh era Akhir Zaman yang penuh dengan onak duri dan fitnah dari kuncu2 Dajjal dan sekutunya. Peperangan sudah berlaku dan akan terus berlaku, arus huru-hara yang mendatang, perselisihan sesama islam seolah2 tidak akan ada reda dan berkurangan. Umat islam kini sudah mula keliru mana satu perperangan yg hak dan mana satu yang bathil , mana di pihak yang benar dan mana di pihak yang bathil . Semuanya hanya akan dapat di pandang secara tembus oleh mata2 hati yang benar mendapat petunjuk oleh Allah Swt. 

Berdoalah untuk keselamatan mereka ,itu selemah2 bantuan demi Ukhwah Islamiyyah.

Sekutu2 Dajjal kini telah hampir menyiapkan "pasukan Sufianinya" di sekitar Tanah Timur Tengah  dan inilah yang dianggap oleh umat2 yang keliru sebagai suatu kebangkitan islam sedang Nabi saw sudah memberitahu kita yang islam akan kembali "asing"  dan akan "bangkit dari Timur" yakni "Khurasan" (Garden of the East) itulah wilayah Nusantara tempat jatuhnya benih-benih keturunan Nabi Saw yang akan memulakan  Jihad Akhir Zaman.  

Kebangkitan islam tidak akan bangkit melalui pemberontakkan, sistem2 yang sedia ada dan amat menyalahi Sunnah Para Rasul apatah lagi Sunnah Nabi Saw.  Sekiranya Tuan2 masih keliru dalam hal ini jelaslah Tuan2 sudah diseleweng oleh fahaman2 pemberontakkan dan percaturan Dajjal dan sekutunya beserta Pasukan2 As Sufiani.  Tanya pada diri masing2 dan fikirlah siapakah yg telah menaja dan memberi bantuan ketenteraan dan senjata kepada kaum2 pemberontak di Timur Tengah ? Ikhwan Muslimin kini  sudah bukan seperti di zaman Hassan al Bana tetapi kini dipengaruhi oleh ajaran2 Wahhabi , ajaran tempat terbitnya  Dajjal dari Nadj. Bukan sahaja Ikhwan Muslimin , kebanyakan jamaah dan gerakan islam telah mula di racuni dengan kemasukan ajaran wahhabi. Aku tidaaaklah ingin mengupas tentang ajaran2 Dajjal ini di sini , mungkin di dalam posting-posting akan datang. Itulah realitinya  apa yang telah berlaku sekarang ini !!!

Bangkitlah Umat Bani Jawi , mengapa kamu masih berselimut ? Bangkitlaah !!!

Justeru itu kitalah yang akan memulakannya yakni umat bani jawi perlu bersedia memegang tanggung-jawab ini , kit perlu bersama-sama , bersatu dan janganlah berpaling dari Imam yang dinanti2kan . Walaupun Rahsia  Imam masih di "selubungi oleh Kelambu Kaabah" namun ajaran2nya sudah lama tersemai dijiwa2 mereka yang mempunyai sanad perguruan tua Nusantaara yang dibawa oleh Datuk Neneknya dari sumber yang sama yakni Nabi saw dan Ihtrahnya yang disucikan oleh Allah Swt.

Di sini semuanya akan bermula ......... Baru-baru ini aku telah menemui beberapa sahabat-sahabat lama dalaam pengajian ini. Hasil dari cetusan sahabat2 karib  dan individu2 para mujahid, pendakwah bebas dari beberapa wilayah, kami semua membuat rumusan  mengambil satu langkah permulaaan. Aku harap Tuan 2 semua bersetuju dan sudi menyokong sama2 agar dikumpulkan Dana Jihad Akhir Zaman. Memandangkan nasib-nasib mangsa2 peperangan Akahir Zaman yang masih perlu dibela walaupun sudah ada badan2 resmi yang menyalurkan bantuan. Dana ini adalah Dana umum umat islam secara perseorangan dan menerima bantuaan dari diri2 perseorangan atas nama umat Akhir Zaman. 

Saya menyeru kepada Tuan2 yang mulia agar sama2 bangun dan bersatu keaarah mengumpul Dana Jihad akhir Zaman. Ke mana Dana ini disalurkan ??  Antaranya akan disalurkan kepada Badan2 yang terlibat bagi Bantuan pelarian palestin, pelarian Rohingnya. Termasuk juga  Golongan asnab yg 8 , Badan2 Amal Jaariah , Dana Qurban Tahunan , Jamaah Jihad Individu misi Dakwah ke  Serata Dunia dan juga persediaan Jihad Akhir Zaman. Semog ini menjadi suatu usaha yg diberkati oleh Allah Swt , aku cuma dapat menyatakan di sini , "masanya adalah terlalu hampir " ......

Tuan-Tuan yang di muliakan oleh Allah Swt , marilah kita renungkan firman dan sabdaan Nabi saw di atas dan bertindaklah membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik . Tidak mustahil perkara yang sama akan menimpa ke atas kita semoga dengan bantuan yang sedikit ini dapat meringankan beban dan kesusahan yang menimpa mereka. saya menyeru kepada Tuan-Tuan agar dapat menggerakkan Dana semoga segala usaha kita ini di terima dan berkati oleh Allah Swt.

"Perumpamaan  orang-orang yang menafkahkan hartanya 
di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir 
seratus biji. Allah melipat gandakan bagi 
siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah 
Maha Luas lagi Maha Mengetahui. 
Orang-orang yang menafkahkan 
hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak 
mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan 
menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak 
menyakiti , mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan 
mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan 
tidak mereka bersedih hati."
(Al Baqarah:261-262)

“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli umat Islam yang lain, dia bukan dari golonganku” [H.R At-Tabrani]


Kejadian seperti ini tidak mustahil boleh berlaku di mana2. Apakah kita masih mahu tunggu dan lihat?
Bagaimanakah Caranya ? Wang Anda yang disalurkan melalui PAYPAL secara Online akan dikumpul ke Dana Jihad Akhir Zaman dan akan  terus di salurkan ke mereka yang memerlukan. Aku akan pantau dari masa ke semasa dan update jumlah2 yang terkumpul .Berbelanja di atas Jalan Allah Swt seberapa yang mampu,  tidak ditentukan jumlah walupun sekadar minima RM1, itu  lebih bernilai atas keihklasan masing2.



Beginilah nasib saudara2 kitaa di Rohingya .

Tuan-tuan bolehlah  mulakan menyumbang ke DANA JIHAD AKHIR ZAMAN melalui PAYPAL . Kalau masih belum berdaftar dengaan akaun PAYPAL sila daftar di sini  http://www.paypal.com . Ya , saya ingin menyumbang kepada DANA JIHAD AKHIR ZAMAN dan segala matlumaat akan di rahsiakan !!!




Terima Kasih , semoga kita bertemu lagi .


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...