Tuesday, March 5, 2013

TENTANG ILMU

Assalamu 'alaikum wbth , Allahumma solli'ala Muhammad Wa 'ala Aalihi At Toiyibbin Watthohirin somma ila Ashaabihi Ajma'iin. 



Ilmu itu NUR

Pada menyatakan Bab Ilmu secara rengkas  . Apa itu 'ILMU ? Apakah ilmu itu 'tahu' hanya sanya kalau sekadar tahu sahaja apakah sudah sampai Allah Swt mengangkat para 'ulama ilmuan hingga ke beberapa darjat. Itu tidak memberi takrif yang tepat akan ilmu itu hanya tahu . 

Ilmu tanpa berguru ibarat pohon tidak bersiram , ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah , ilmu tanpa adab ibarat pohon liar, ilmu tanpa Nur ibarat pohon mati , ilmu tanpa iman ibarat pohon tercabut akarnya, ilmu tanpa rasa ibarat pohon yg buahnya pahit , ilmu tanpa Ruh ibarat pohon plastik, Bila ilmu itu beserta amal, nur, iman, rasa dan Ruh barulah dikatakan Allah meninggikan orang2 yg berilmu dengan beberapa darjat . Seandainya ilmu itu bersendiri jadilah ia ulamak yg jahat.

Ilmu itu ada zahir dan bathin , ilmu yg zahir pakaian Ahli Zahir manakala ilmu yg bathin pakaiaan Ahli Bathin. Ahli Zahir itu ialah mereka yg hanya mengambil syariaat tanpa hakikat .Ahli Bathin itu adalah mereka yg mengambil syariaat dan hakikat. Manakala mereka yg hanya mengaambil hakikat semata2 umpama tiada berpakaian , itulah Ahli Fasiq dan Zindiq . Tetapi jgn kita terpedaya dengan lakonan Ahli Zahir semata2 .

Ilmu itu Harta Yg Tersimpan Kukuh

Ilmu itu harta yang tersimpan kukuh , kata Say Ali ra , " ilmu itu lebih baik drp harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan.

Ilmu itu tahu apa perintah Allah Swt pada kita setiap masa dan keaadaan dan perjalanannya adalah sunnah Nabi Saw. Ilmu ibarat pelita yg menyuluh di dalam gelap gelita. Di zaman ini ibarat  spot light yg menyuluh hingga terang benderang .

Ilmu itu petunjuk apabila ia tahu akan AL QURAN yg mulia. Ilmu itu kekuatan apabila ia di bawa ke medaan jihad. Ilmu itu pendinding apabila ia memagar pengamalnya. Ilmu itu kenderaan di dalam solat sehingga membawa kepada mikraj mukmin. Ilmu itu tinggi apabila ia datang dari sisi Allah Ta'ala.


Carilah Ilmu Syariat, tarekat , hakikat dn makrifat , dan carilah  ilmu2 ini  pada satu guru yg padanya tehimpun keempatnya  ,  sebab dia telaah menguasai secara keseluruhannya dan tidak memisahkan tiap2 bahagiaan dari ilmu yg 4 ini. 

nabi itu kota ilmu dan Ali ra itu pintunya , jangan kamu memasuki kota tidak melalui pintunya. pastikan gurumu itu jugaa mendapat ilmu melalui pintu kotanya. Barulah sampai ke tempat nak dituju.

Ilmu menjadi api neraka kepada ulamak yg jahat. Jauhilah ilmu dari orng yg sedmikian kerana kamu jugaa akan sama2 terbakar dengannya .





TENTANG ISLAM SEJATI :: Nak cari islam yg sejati kena la cari hati yg murni ..... yg tulus ikhlas kepada Allah , yg zuhud thdp dunia tetapi menguasai dunia untuk Allah. Mencari jalan untuk kembali kapada Allah memulangkan kembali amanahNYA seperti asal . Kalau nak huraikan tak abis-abis hanya perlu mencari RASA yg sejati.

WAHDATUL UMMAT BAHAGIAN 1



HTML clipboard
Bismillahi walhamdulillahi wanasta'inuhu .......

Maksudnya:
"Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu."
(Surah Yunus(10) : ayat 19)

Petikan dari Tafsirannya:
Manusia pada mulanya hidup rukun, bersatu dalam satu agama, sebagai satu keluarga. Tetapi setelah mereka berkembang biak dan setelah kepentingan mereka berlain-lain, timbullah berbagai kepercayaan yang menimbulkan perpecahan. Oleh karena itu Allah mengutus rasul yang membawa wahyu dan untuk memberi petunjuk kepada mereka .Ketetapan Allah itu ialah bahwa, perselisihan manusia di dunia itu akan diputuskan di akhirat yakni manusia akan dibangkitkan di padang mahsyar menurut pegangan agama masing-masing kelak untuk diberi perhitungan.

Sila baca ayat 213 surat Al-Baqarah mengenai perkaranya sama.
Tafsiran ayat di atas menunjukkan bagaimana seluruh manusia itu yg berasal dari umat yang satu sehingga berpecah-belah menurut pegangan dan agama masing-masing.


Peringatan Allah agar tidak berlaku perpecahan sesama umat islam ....

Perkara ini bukan sahaja berlaku secara umum buat seluruh manusia tetapi kesan perselisihan itu juga berlaku khusus sesama umat islam. Sehingga kini kita dapat lihat terdapatnya perpecahan yang berlaku sesama kita.

HTML clipboard HTML clipboard








Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Surah Ali Imran(3) : ayat 103)

Perpecahan dikalangan umat islam hari ini ......
Siapakah Dalangnya ????

Agenda-Agenda percaturan Iblis melalui kuncu2nya dari golongaan Kuffar   memecah-belahkan Umat Islam ........

Kita telah lama dijajah dari segi pemikiran oleh Penjajah yang bergerak di bawah kumpulan Illuminati atau Freemason yang diketuai oleh Iblis Azazail laknatullah dan Kuncu utamanya Dajjal si pendusta atau penyelamat palsu.

Kita sekarang telah terperangkap di dalam satu sistem 'New world order' yang di kuasai oleh kerajaan Dajjal. Apakah rancangan2 dan agenda2 mereka sekian lama itu? Antaranya ialah memecah-belahkan umat islam khususnya dan seluruh manusia umumnya. Sudah sekian lama minda kita dijajah oleh mereka sehingga kita tidak sedari selama ini kita masih belum bebas walau pun kita sudah merdeka lebih 5o tahun.

Perpecahan di kalangan umat islam hari ini adalah merupakan satu penyakit dan wabak menular yang sudah mencapai tahap kronik dan membahayakan umat islam seluruhnya . Apabila sesuatu penyakit yang kronik seperti barah atau penyakit menular tersebar ianya hanya boleh diubati dengan memotong bahgian yang terkena barah atau menggunakan rawatan kemoterapi secara intensif dan mengasingkan pesakit2 tersebut supaya tidak berjangkit. Itu boleh dilakukan sekiranya bahagian yang kecil sahaja yang terjangkit. Sekiranya seluruh nahagian sudah terkena apa yang harus dilakukan?

Wabak yang menular ini akhirnya membawa kepada kematian. Kematian bagi hati2 umat islam hari ini sudah pun berlaku dan menular kepada seluruh umat seolah2 tidak dapat dibendung lagi. Marilah kita selidiki punca kepada penyakit perpecahan ini satu persatu . Punca penyakit perlu dikesan terlebih dahulu sebelum rawatan diberi. Semoga hati kita dihidupkan semula oleh Allah swt dengan kita berpegang semula kepada tali Allah.

HTML clipboard
Punca-punca utama perpecahan umat ......Agenda "Pecah dan Perintah"
Marilah kita melihat dan mencari siapakah yang menjadi dalanng yang membawa kepada perpecahan kita. Siapakah dalang disebalik timbulnya perpecahan ini sejak sekian lama? Sebelum itu kita cuba selidiki apakah jenis perpecahan yang berlaku di kalangan umat. Pelbagai perpecahan yang berlaku di antara umat islam hari ini antaranya ialah: Penjajahan keatas Negara Islam yang di Mastermind oleh golongan Elit Illuminati telah membawa kepada perpecahan Wilayah Islam kepada negeri-negeri kecil seperti hari ini.

Kesannya hingga ke hari ini kita lebih cenderung untuk bersorak "Malaysia Boleh" bukannya "Muslim Rules" sebab Ruh Daulah Islamiyyah telah lama berkubur dari jiwa umat Islam.. Kita merasakan 'Peta Geomatri' telah memisahkan kita kepada Negara-Negara kecil tersebut. Sudah tidak ada sistem Khalifah yang memimpin dan mengawal semua negara-negara islam ini. Semua ini akan terus berlaku dan menghantui jiwa kita sehinggalah kembalinya sistem kekhalifahan di bawah pimpinan Imam Mahdi tertegak di muka bumi Allah swt ini.

1. Perpecahan dari Daulah Islamiyyah kepada Negara2 yang kecil

Senarai khulafa Islam selepas wafatnya Nabi saw:-
Khulafa al-Rasyidin Di Madinah

Khilafah Bani Umayyah Di Damsyik

Khilafah Bani Abbasiyah di Baghdad (Iraq)

Khilafah Bani Abbasiyah di Kaherah

  • khalifah

Khilafah Turki Uthmaniyyah



Kejatuhan & penjajahan wilayah-wilayah Islam , agenda Iblis dan Kuncu2 nya .....
Dalam usaha untuk melemahkan keyakinan dan persatuan Umat Islam, British serta negara-negara Eropah di bawah agenda Illuminati telah memainkan peranan utama, bekerja sama menjajah wilayah-wilayah Islam melalui pecah dan perintah. Perancangan yang kompleks untuk tujuan ini pada asalnya ditubuhkan seperti menubuhkan mubaligh-mubaligh gereja untuk mempromosikan 'Agama Kristian' (1698), Gerakan Penyebaran Injil di Luar Negara (1701), Church Missionary Society (1799), British Foreign Bible Society (1804) dan pelbagai lagi.
Strategi awal Illuminati di era British bagi melenyapkan kerajaan Islam bermula dengan merencanakan pemberontakan terhadap Kerajaan Bani Uthmaniah. Rencana ini di susun secara rapi dengan pakatan bersama Raja Abdul Aziz Al-Saud dan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab Pada tahun 1902 dengan bantuan daripada Kerajaan British dan perisik British yang bersenjata dan membiayai pemberontakan menentang Empayar Uthmaniyyah.

Pembentukan kerajaan boneka British di Arab Saudi


Syeikh Abdul Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Abdul Wahab adalah kambing hitam Arab yang ditangkap British, kemudian ditutup matanya, kemudian diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilempar di tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.

Tetapi pergerakan Wahabi bergerak terlalu cepat seolah-olah diarah oleh sesuatu dari belakang. Syeikh Abd Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya Bidaah. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang amat menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas apabila tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.



Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saudi al-Faisal I. Pergerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi melakukan pemberontakan pada akhir kurun ke-19.

Selepas Perang Dunia 1, negara-negara kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada 1932. Satu tahun kemudian, dalam 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.

Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan anjing salakan yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.

Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila Britsh Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit di ubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatus pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi dikalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama’-ulama’ boneka Wahabi.


HTML clipboard Figure: Peta Wilayah Islam sebelum berlaku penjajahan "pecah dan perintah"


Figure: Peta Negara-Negara Umat Islam Moden setelah dipecah perintah


HTML clipboard
Pembentukan kerajaan boneka British di Turki ....

Detik-detik kejatuhan Khilafah Turki-Uthmaniyyah.
Walaupun Dunia Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti yang dijelaskan tadi, tetapi umat Islam masih meyakini bahawa syariah Islam adalah sebagai teras kehidupan, Khilafah ialah sistem negara Islam dan Khalifah sebagai ketua negara. Jadi, mereka mestilah mempertahankan Khilafah Islam sebagai negara mereka. Kejatuhan negara Islam ini berpunca daripada konspirasi Barat melalui agen-agennya yang beragama Islam tetapi berpegang teguh kepada pemikiran Sekular Barat. Pada akhir abad ke-19, sekitar 1870an, Midhat Pasha pada ketika itu sebagai ’Grand Vazier’ (seperti ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem Demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah Islam mesti diketepikan. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Sultan Abdul Hamed II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamed pada 1908 melalui konspirasi politik, ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama juga telah mengeluarkan fatwa memboleh menerima undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah bertambah lemah, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat bukan hukum-hukum Allah lagi. Walau bagaimanapun, institusi Khilafah masih wujud lagi pada ketika ini.
Kemudian, pada 1915, muncul nama Mustapha Kamal Beik (Mustapa Kamal Attarturk) di Turki. Kamal hanyalah merupakan pegawai tentera yang biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta pimpinannya, ketika itu dia merupakan Kolonel yang memimpin satu division ketenteraan, Turki sedang berperang dengan British iaitu sebuah kuasa tentera yang sangat besar.
Dalam senyap, Kamal telah berpakat dengan British, kemudian British telah mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situ pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya, Gerakan Turki Muda menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki. Sejak itu, Mustapa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi perjanjian damai dengan musuh Islam dibuatnya. Dan perjanjian-perjanjian tersebut hanya berpihak kepada musuh Islam misalnya Kamal telah mengundurkan tentera di Syria ketika berhadapan dengan British, selepas itu British menguasai Syria.
Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah Islam ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan negara Turki-Uthmaniyyah sebagai negara Islam dan meruntuhkan sistem Khilafah (dalam bahasa Inggeris : Caliphate). Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniup semangat patriotisme dan nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Turki-Uthmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan negara Islam. Negara Turki-Uthmaniyyah yang besar itu kemudian dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negera-negara kecil lain dan Barat memerintah ke atas negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah ’(divide and rule). Setelah kesatuan umat Islam sudah melemah, target seterusnya ialah Turki dan Institusi Khilafah. Selepas Perang Dunia Pertama, 1921, di mana Turki telah kalah, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki iaitu pusat pemerintahan Dunia Islam demi memusnahkan seluruhnya kerajaan Islam. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinanan General Harrington mengawal keadaan politik di Istanbul.

Mustapa Kamal Attartuk dan Gerakan Turki Muda dengan bantuan British telah mengadakan beberapa siri pemberontakan untuk memerdekakan Turki daripada Kerajaan Islam. General Harrington bekerjasama dengan Mustapa Kamal untuk menggulingkan Khalifah. Pada November 1922, Perhimpunan Kebangsaan atau National Assembly (seperti Majlis Syura’) di bawah pengaruh Mustapa Kamal pada mulanya cuba mengorak langkah untuk meruntuhkan Khilafah Islam. Mustapa Kamal memberi cadangan supaya memisahkan Sultan/Khalifah daripada Khilafah, dan kemudian memecat Khalifah. Perhimpunan Kebangsaan(PK) tidak memutuskan sendiri tetapi merujuk cadangan tersebut kepada sebuah suruhanjaya teryang diri daripada para peguam dan ulama’. Setelah suruhanjaya berbincang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka mendapati Khilafah tidak boleh diruntuhkan kerana ia merupakan pusat kehidupan umat Islam. Maka, suruhanjaya itu tidak setuju dengan cadangan Kamal dan menolaknya. Ketika itu, Kamal yang turut hadir pada perbincangan antara suruhanjaya dan Perhimpunan Kebangsaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus berdiri di atas kerusi seraya berkata ”…. Sultan mesti dipisahkan daripada Khilafah dan dipecat. Ini pasti akan berlaku pada kamu sama ada kamu suka atau tidak atau kepala-kepala kamu akan dipenggal!”. Kenyataan ini menakutkan ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan, ditambah lagi semua pengawal-pengawal yang mengiringi Kamal membawa senjata. Akhirnya PK perlu membuat keputusan melalui pengundian, tetapi Kamal telah menggunakan taktik kotor dan memutuskan bahawa PK telah bersetuju untuk memecat Khalifah, membubarkan sistem Khilafah, menjadikan Turki negara Republik dan dia sebagai Presidennya; walaupun hakikatnya majoriti tidak bersetuju. Ahli-ahli PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi Kamal tidak mempedulikannya. British telah membekalkan senjata kepada pengikut-pengikut Mustapa Kamal untuk menentang sesiapa yang masih setia kepada Khilafah. Semua ahli politik dan ulama’ diberi amaran untuk dibunuh jika cuba menyokong Khilafah.












Figure: Turkish Military Academy
Pada pagi 3 Mac 1924, Perhimpunan Agung Kebangsaan telah mengumumkan pembubaran Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal Attartuk telah memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majed hendaklah meninggalkan Turki sebelum subuh. Kamal bersama polis dan tentera berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan membawanya ke Switzerland. Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah tercapai. Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki. Pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki. Lord Curzon, Perdana Menteri British pada masa itu berkata, ”…Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah musnahkan kekuatan spiritualnya: Khilafah dan Islam. Begitulah secara ringkasnya bagaimana Khilafah Islam Turki-Uthmaniyyah diruntuhkan.

Bush's Plan for Iraq and the Middle East
Musharraf’s American plan

Saudi & America ...Slave & Master




Dokumentari ini menyoroti sejarah Arab Saudi yang ditubuhkan oleh Raja Abdul Aziz Al-Saud Pada tahun 1902 dengan bantuan daripada Kerajaan Inggeris dan mata-mata yang bersenjata dan membiayai pemberontakan menentang Empayar Uthmaniyyah. Video ini membahas hari ini urusan antara Saudi dan Amerika dan menyoroti bagaimana keluarga Al-Saud bergantung pada Amerika untuk mengendalikan negara. Video ini membuka mata kita. Apa yang akan kamu lakukan jika negara kita tiba-tiba diserang seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan ketika ini?
PS: AKu memohon maaf sekira terdapat keralatan dlm penterjemahan kerana menggunakan google translator. Penterjemahan dan penelitian semula akan dilakukan dari masa ke semasa.
Matlumat tambahan perihal perancangan Illuminati keatas Wilayah islam:
BERSAMBUNG ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...