Wednesday, February 17, 2016

Bagaimana Kamu Memahami Aqidah dan Agama

Bismillahirrahmanirrahim ...

Salam serta salawat keatas Nabi Muhammad saw Penutup Segala Nabi serta Imam Ahlul Bait as dan Ummul Mukminin dan Ithrahnya, juga Para Sahabat Radiallahu anhum yang setia dalam perjuangan mereka.

Tajuk posting ini telah aku tukar kepada "Bagaimana Kamu Memahami Aqidah dan Agama" buat menjelaskan beberapa perkara tentang Aliran dan Fahaman yang berhubungkait dengan Aqidah dan Agama menurut Sunnah. Semoga pembaca semua mendapat gambaran yang jelas bagaimana sesatu Aliran Fahaman itu terjadi dan menjadi ikutan sepanjang zaman.

Tak perlulah aku jelaskan secara terperinci apa itu Aqidah atau Agama kerana aku mengaggap semua para pembaca sudah mengetahuinya sebab ianya adalah perkara asas. Cuma cara kita memahami kedua-dua perkara itu yang berbeza dan berlaiaan . Sebab itu timbul berbagai Aliran Fahaman samaada bertepatan dengan As Sunnah atau pun Fahaman yang Bid'ah.

Aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak di pengaruh i mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang. Agama adalah 'Addin;' atau cara kehidupan kita dengan mengikuti Sunnah Nabi Saw.

Di zaman Nabi saw semuanya agak mudah sebab Nabi saw sendiri yang menerangkan tentang Aqidah dan Agama dan para Sahabat semua memahaminya. Sekiranya mereka tidak faham mereka akan bertanyakan kepadaNabi saw. Jadi tidak timbul pelbagai Fahaman tentan Aqidah dan Agama.

Kamu semua perlu tahu bahwa, Aqidah dan Fahaman adalah sesuatu yang berbeza. Aqidah adalah suatu kepercayaan yang sebenar tentang tauhid . Dalam Islam asasnya Aqidah kita adalah daripada ayat Qulhuallahu Ahad yakni mentauhidkan Allah Ta'ala tidak mensyirikkan dengan sesuatu yang lain. Fahaman adalah bagaimana yang kamu faham tentang Aqidah dan Agama. Fahaman keatas sesuatu kepercayaan Aqidah itu menjadi Aliran. Terbentuk banyak Aliran dalam memahami tentang ketuhanan setelah muktazilah menarik diri dari majlis Imam Hasan Al Basri rah. Selepas itu muktazilah berpecah menjadi beberapa Aliran Fahaman. Aliran Fahaman Imam Abu Hassan Al Asyaari dan Al Maturidi disusun semula adalah untuk membenteras Fahaman Muktazilah yang sudah menjadi Aliran Pelampau .

Bukan maksudnya Fahaman Asyaariah itulah Fahaman seperti yang dibawa oleh Nabi saw, Imam Ahlul Bait as dan Para Sahabat ra. Fahaman seseorang itu tidak sama , dan Fahaman itu berdasarkan ilmu , apa yang ia tahu . Bermula dari ilmu itu membentuk satu kenyakinan dan kuat dan di fahami di pegangi . Jadi inilah yang dikatakan Fahaman seseorang tentang Aqidah dan Agama. Fahaman ini akan mempengaruhi segala aspek kehidupan dan perilaku seseorang .

Jadi janganlah kita samakan Fahaman Nabi saw dan Fahaman Imam Ahlul Bait as tentang Ketuhanan dan Agama dengan Fahaman orang2 kebanyakan . Selagi Fahaman itu tidak bercanggah dengan asas Aqidah kita boleh terima dan pakai tapi tak semestinya Fahaman kita itu sama .

Untuk pengetahuan kita semua Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah kesinambungan dari Aqidah yang diperjuangkan oleh Nabi saw , Ahlul Bait dan para sahabat , tabiin , tabiit tabiin sehingga hari ini mengikut Fahaman Imam Al Asyaari dan Al Maturidi.. Para Ulamak majoriti telah bersepakat di atas pengabsahan aqidah ASWJ ini sejak diperkemaskan semula oleh Imam Al Asyaari dan Al Maturidi dan Ulama selepas itu juga mengesahkan kebenaran Fahaman AWSJ ini .

Fahaman ASWJ telah melalui pelbagai halangan dari golongan-golongan ahli Bid'ah pada setiap zaman. Walau sebesar mana rintangannya namun ASWJ tetap terus menjadi dasar aqidah seluruh umat islam di seluruh dunia. Namun sebagai manusia biasa tak terlepas dari Fahaman-Fahaman yang melampau ,jadi di sini kita perlu sentiasa memeriksa dan mengambil jalan sederhana . Jangan terlalu condong kekiri atau ke kanan dan melampau.

Apa maksudnya mereka yang tidak berada di dalam golongan ASWJ ? Nabi saw sendiri sudah memberitahu bahawa umat akan berpecah dan yang akan selamat adalah Ahlus sunnah Wal Jamaah, dengan itu golongan 2 yang terkeluar dari aqidah ini adalah golongan Ahli Bid'ah yg terpecah kepada 72 golongan Ahli Bid'ah. Jadi sudah jelas di sini betapa pentingnya berpegang kepada Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, justeru itu marilah kita mendalami intipati-intipati yang menjadi dasarkepada Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Aqidah (العقيدة) dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab (عَقَدَ) yang bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu.

REINKARNASI SUATU FAHAMAN SESAT

Artikel ini aku petik daripada kepasan aku di FORUM FAB mungkin dapat menyedarkan golongan yang masih kurang jelas tentang kedudukan Reinkarnasi dalam islam.

Reinkarnasi adalah proses kelahiran semula, dimana dipercaya seseorang yang meninggal itu hanya jasadnya dan bukan ruhnya. Ruh orang tersebut akan menitis kembali ke jasad baru samaada jasad manusia, haiwan atau tumbuhan untuk melanjutkan perjalanan hidupnya.Kepercayaan akan reinkarnasi dipercaya berasal dari India sejak 7000 tahun lalu. Kebudayaan kuno selain India, yaitu Mesir, Latin, Yunani pun mempercayai konsep kelahiran semula ini.

"Doctrine of the rebirth of the soul in one or more successive existences, which may be human, animal, or vegetable. Belief in reincarnation is characteristic of Asian religions, especially Hinduism, Jainism, Buddhism, and Sikhism. All hold to the doctrine of karma, the belief that actions in this life will have their effect in the next. In Hinduism, a person may be freed from the cycle of birth and rebirth only by reaching a state of enlightenment. Likewise in Buddhism, discipline and meditation may enable a seeker to reach nirvana and escape the wheel of birth and rebirth. Manichaeism and Gnosticism accepted the concept of reincarnation, as do such modern spiritual movements as Theosophy." ( Petikan : Wikipedia)

Bagaimana proses reinkarnasi?

Pada awalnya, ruh berpisah dari sumber ruh, setelah mendapatkan jasad, ruh akan memulai pembelajaran hidupnya. Jika karena satu dan lain hal ruh tersebut tidak lulus/tidak dapat kembali ke sumber ruh, maka ruh tersebut akan diberikan kesempatan untuk mempelajari kehidupan kembali. Dan akan terus berulang sampai ruh tersebut “lulus”. Dalam kepercayaan sebahagian ajaran hakikat maksud lulus itu sehingga dia telah dapat mengenal Allah ta'ala (makrifat). Ada yg berfahaman berulang hingga 7 kali sehingga bertemu makrifat.

REINKARNASI BUKAN DARI AJARAN AL QURAN

FirmanNYA:
Bagaimana mungkin engkau kafir terhadap Allah, padahal kamu dalam keadaan matii, maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?
(Al Baqarah:28),

Keterangan ayat:
bagaimana mungkin engkau kafir terhadap Allah;padahal kamu dalam keadaan mati, belum (berjasad - alam arwah);maka kamu dihidupkan, ( janin dihidupkan dengan ditiupkan ruh -alam rahim, lahir ke dunia- alam syahadah);kemudian kamu dimatikan ( jasad hancur menjadi tanah, jiwa digenggam Allah, dan ruh pindah ke alam barzakh);dan dihidupkan NYA kembali ( . jiwa dan ruh menempati jasad baru yang kekal-bukan dari tanah lagi. lalu bangkit (qa-ma, qiya-mun berdiri, berbangkit). di hari kebangkitan yaumil qiamah.

Inilah yang disebut yaumul qiamah, hari berbangkit. Bila tibanya hari berbangkit, atau hari kiamat itu? Itu rahasia Allah SWT. Namun secara isyarat ialah apabila semua arwah di alam arwah sudah pindah ke alam syahadah menjadi manusia, dan semua manusia itu sudah menjalani kehidupan di alam syahadah, semua arwah sudah pindah ke alam barzakh, maka itulah saatnya yaumul qiamah, hari kiamat.

Kemudian kepadaNya kamu dikembalikan. Setelah hari kiamat, atau hari berbangkit, kemudian semuanya dikembalikan kepadaNya untuk mempertanggung-jawabkan segala amal baik dan buruk sewaktu masih hidup di dunia. Dikumpulkan di Padang Mahsyar untuk diadili, inilah yang disebut dengan yawmud di-n, hari pengadilan, ini selalu kita baca pada waktu shalat: Ma(-)liki yawmid di-n, Allah adalah Raja atau Pemilik Hari Pengadilan. Sesudah diadili yang selamat masuk surga, yang tidak selamat masuk neraka, itulah Hari Akhirat yang kekal.

Jadi, manusia diciptakan Allah SWT bermula sebagai ruh; inilah pengembaraan manusia menurut Al Quran: "dari alam arwah, ke alam rahim, ke alam syahadah, ke alam barzakh, berakhir di alam akhirat."Fahaman tentang pengembaraan manusia yang mirip-mirip reinkarnasi, tidak dapat dijustifikasi dengan ayat [Al baqarah,2:28]

Ada setengah guru-guru hakikat yang mengatakan iaitu apabila seseorang meninggal dunia tanpa mengenal Tuhan RUH nya akan di pindahkan kedalam jasad baru selama 7 kali sehinggalah dalam pusingan yg 7 itu RUH itu dapat mengenal Tuhan. Pendapat ini juga terang-terang dan jelas menyalahi ayat di bawah ini.Ayat ini menerangkan manusia yang engkar apabila dibangkitkan semula hanyalah untuk dihukum oleh Tuhan yakni dibangkitbersama syaitan , kerana mereka ini golongan syaitan. Jadi masa bilakah pula dia akan dihidupkan smeula selama 7 kali konon nya sampai dapat mengenal Tuhan.Kalau dia dapat mengenal Tuhan di masa kehidupan yg ke 7 kenapa dia pula menjadi golongan syiatan dan di hukum ke neraka jahannam.

Dan berkata manusia: "Betulkah apabila aku telah mati, bahwa aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?" Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, sedang ia tidak ada sama sekali? Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami datangkan mereka ke sekeliling Jahannam dengan berlutut.
(Maryam, 19:66-68)

bersambung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...