Bab Pada Menyatakan Beberapa Fahaman Atas Wahdatul Af'al
Click to Enlarge
Petikan dari Kitab Durun Nafis
بسم الله الرحم الرحيمن
الحمد لله الذي خصّ علماءَ أهل السنة بحمل راية التوحيد وعقيدة
الإسلام ووفقهم لردّ كل شبهة وضلالة يذيعها المبتدعة بين العوام
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد مَن كشف الله به
الدجى ومحا الظلام
أما بعد
الإسلام ووفقهم لردّ كل شبهة وضلالة يذيعها المبتدعة بين العوام
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد مَن كشف الله به
الدجى ومحا الظلام
أما بعد
Alhamdulillah berkesempatan aku menterjemahkan
ke tulisan rumi sedikit petikan dari kitab Durun Nafis pada bab
membicarakan Wahdatul Af'al atau sampai kepada Tauhid Af'al /
mentauhidkan Af'al Allah Swt. Semoga menjadi menafaat buat kita semua .
Insyaallah. Tulisan bold di bawah adalah teks asal seperti dalam kitab
yg di scan manakala tulisan normal selepasnya adalah
penjelasan-penjelasan agar lebih mudah faham bagi mereka yang kurang
mahir dengan lengguk bahasa melayu lama. Aku akan cuba
menterjemahkan lagi beberapa bab yang penting seperti bab Wahdatul Zat,
Wahdatul Sifat dan Wahdatul Asma' insyaallah . Pada Versi
tambahan/update aku tambahkan tarikh editnya sekali .
(Tarikh: 4 Dis 2012)
Ini
adalah versi update dari posting yg terdahulu , aku sedang mengemaskini
posting2 lama dari masa ke semasa agar lebih jelas penerangannya
memandangkan terdapat beberapa golongan yg kurang mengerti atas hal
Wahdatul Af'al lalu mereka memperkatakan di grup2 facebook perkara yg
mereka tidak faham sehingga menjurus kepada fahaman ahli bid'ah spt
Jabariah . Hendaklah dimaklumi Wahdatul Af'al ini adalah suatu maqam bg
ariffinbilah bukanlah boleh difahamkan secara mudah oleh orang2 awam .
Ini hanya sekadar diilmiahkan sahaja oleh pengarang asal kitab ini dan
dipetik dari kitab2 arab terdahulu jua. Tidak dapat difahami oleh mereka
yg tidak berguru dan tidak bermujahaddah di dalam suluk dan khalwat.
Jgn anggap remeh dan mudah bagi mendapatkannya.
Terjemahan:
(Bahawasanya
barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif dalam dunia ini
hanyasanya baharu setengah daripada barang yang disediakan oleh Allah
Ta'ala kepada mereka itu di dalam akhirat kerana memuliakan mereka itu
di dalam dunia ini.)
Penjelasan:
Terbukanya
hijab yg hak oleh Allah Ta'ala ke atas hati orang-orang arifin billah
di dunia ini lagi sebelum mati adalah sebagai satu tanda Allah Ta'ala
memuliakan mereka di dunia lagi dan ianya hanyalah sebahagian/sedikit
dari kurniaan yang Allah Ta'ala berikan disamping pemberianNYA di alam
akhirat. Ini menunjukkan betapa besar anugerahNYA keatas mereka itu.
Maksud terbuka hijab di sini adalah pembukaan hijab yang 'Hak' bukannya
pembukaan hijab yang disandarkan kepada keupayaan jin (kasyaf jin) atau
makhluk (iblis & syaitan) selain Allah Ta'ala seumpama melihat
alam-alam ghaib oleh bomoh yang bathil.
Keupayaan
dan pemberian yang bathil ini dikenali sebagai istidraj yang mana ianya
bukan anugerah Allah Ta'ala ke atas Aulia'-Aulia'NYA tetapi pemberian
yang menjauhkan diri dari Jalan Kebenaran. Amat Jauh Berbeza sekali
berbanding dengan anugerah Allah Ta'ala ke atas para-para Ariffin billah
dan Aulia'-Aulia'NYA. Dengan panduan guru mursyid sesorang murid
salikin akan dipimpin dan memahami antara Kasyaf Hak dan Kasyaf Bathil)
Wallahu A'lam . Intaha.
Wallahu A'lam . Intaha.
Terjemahan:
(Hai
saudaraku takut oleh mu daripada bahawasanya lupa engkau daripada
memandang Wahdatul Af'al yang ia menyampaikan akan dikau kepada
memandang keelokkan yang wajibal wujud . Dan takut oleh mu daripada
bahawa bangsakan pada mengadakan satu perbuatan ada ia.)
Penjelasan:
Takutilah/risaulah/waspadalah
wahai pembaca sekelian jangan sampai kamu lupa memandang Wahdatul Af'al
apabila sampai tajjalliNYA yang akan menyampaikan kepada
keelokkkan/keindahaan Allah yg wajibal ujud. Bagaimana nak memandang
Wahdatul Af'al ?
Walaupun kamu memandang segala perbuatan diri mu ini PADA HAAKIKATnya terbit daripada perbuatan/Af'al Allah Ta'ala ini disebabkan DIA yg menjadikan kamu AKAN TETAPI jgn kamu lupa, kamu ada usaha dan ikhtiar/pilihan bagimu.
Yang
dikatakan Perbuatan/Af'al Allah ialah hakikat perbuatanNYA semata-mata
tidak berserta dengan mana2 perbuatan hamba. Itulaah hal kelaakuan zat
yg Maha Suci. Suci drp segala haal perbuatan yg baharu.
Perbuatan
makhluk adalah baharu atau muhaddas . Sekiranya kamu tidak sampai
kepada maqam Wahdaatul Af'al adalah haram bg mu berpegang perbuataan
kamu itu perbuatan Allah Swt. Yg qadim tetap qadim dan qadimlah juga
Af'alNYA sedangkan yang baharu/muhaddas tetap baharu dan baharu jualah
perbuatannya.
Dan
perbuatan mu itu jangan sampai menyalahi oleh syarak kerana kamu
membuat pilihan yg tidak betul menggunakan amanah kudrat ke arah
perbuatan yang diharamkan oleh Allah Swt. Bermaknanya kamu tidak
menyelaraskan perbuatan mu menurut kehendak Allah Swt beerti kamu
membangsakan pada mengerjakan satu perbuatan yg menyalahi hukum Allah
Swt.
Akan mereka
yg telah dianugerahkan tajalli Af'alNYA dan sampai tauhidnya Tauhid
Wahdatul Af'al akan sampai lah kepada memandang /syuhud akan zat Allah
Ta'ala yang wajib ujudNYA dengan pandangan yg bathin seperti kata Say
Ali ra aku tidak menyembah Tuhan yg aku tidak nampak , IA dapat dilihat
dgn pendangan mata hati/mata bathin.
Sebenarnya
adalah lupamu kepada memandang tajalli Af'al Allah Ta'ala itu
semata-mata kerana memandang segala perbuatanmu itu adalah terbit dari
perbuatan dirimu sendiri dan justeru itu kamu memperbuatkan segala
perbuatan yg menyalahi syarak dan menutup hijab pandangan mata hati.
Apabila Allah Ta'ala belum menghendaki terbuka hijab kamu memandang akan Af'al NYA kamu terus dilupakan dan dilalaikan memandangnya. Walau pun kamu berusaha untuk mengingatnya , tetapi apabila Allah Ta'ala menghendaki terbukanya hijab itu IA akan mempermudahkan jalan bagimu .
Carilah
Wasilah atau Jalan Tawasul melalui keberkatan yang Allah Ta'ala
limpahkan ke atas guru yang memimpin rohanimu itu. Barakallahu fikum .
Semoga bertemu lagi di catatan yang akan datang ......
Dana Jihad akhir Zaman .......