Thursday, March 18, 2010

Catatan yang tak dikemaskini

Assalamualaikum dan Alhamdulillahi wanasta'inuhu

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca dan pengamal ilmu makrifat sekelian di atas ketidakhadiran aku di laman web ini. Adapun aku agak kesibukan di penghujung tahun yang lepas (2009) sehinggalah ke awal tahun baru ini (2010) dengan urusan-urusan peribadi dan hal ehwal duniawiku.

Untuk tahun ini aku akan cuba meneruskan usahaku agar dapat berkongsi segala pengalaman dan idea-idea dengan pembaca sekelian. Bagi mereka yang telah menghantar email kepadaku harap maaf juga kerana terlalu lambt untuk membalasnya. Dalam tempuh tersebut aku juga sudah lama tidak menulis di forum www.atasbawah.com

Memandangkan betapa pentingnya ilmu-ilmu makrifat ini aku akan cuba untuk melapangkan masaku buat menyambung coretan-coretanku in sekadar yang termampu olehku. Itu pun dengan pertolongan Allah swt aku memohon disertaklan dengan berkat baginda Nabi saw , juga ahlul bait yang suci dan guru-guru yang dicintai.

Coretan hari ni bermula dengan beberapa hal yang aku perlu teruskan iaitu mengemaskinikan laman blog ini agar terus mengalir lancar penulisan-penuilsan di masa-masa akan datang. Aku sudah terfikir untuk menyediakan 'Newsletter' khusus untuk para-para pembaca mendapatkan terus email-email pengajian secara 'subscription'. Harap lebih mudah buatku menyampaikan ilmu-ilmu penting ini secara lebih terperinci. Aku sudahkan siapkan 'alat-alat' yang diperlukan seperti autoresponder script dan 'webhost' . Ini pun semua aku ambil secara percuma.
Sebenarnya aku memang telah lama dalam bidang pemasaran internet jadi aku rasa kenapa tidak dipergunakan 'peralatan-peralatan' yang ada .

Jadi aku harap agar diberi masa dan tempuh dan sambutan agar segalanya dapat dilakukan secara sempurna dan semuanya aku berserah kepada pertolongan Allah swt.

Masa terlalu singkat di akhir zaman ini . Seorang demi seorang guru-guruku telah meninggalkan alam yang fana ini. Umat manusia sudah ketandusan dan dahagkan ilmu-ilmu yang bermanafaat aku rasa amat bersalah sekiranya aku tidak dapat menyampaikan kepada yang benar-benar berkehendak. Walau bagaimanapun aku nasihatkan agar merela-mereka yang benar-benar berminat pergi dan berusahalah mencari guru-guru di luar sana kerana masih ada sebenarnya cuma tidak dihebah secara umum. Lagipun ilmu makrifat ini bukanlah ilmu di tepi2 jalan dan di kedai-kedai kopi.

Semoga kita bertemu lagi di coretan seterusnya .

Wasalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...