Sunday, July 26, 2009

BAB 1- Coretanku yang terawal

PENGENALAN

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Bismillahi wa billahi walhamdulillah , Salam serta selawat ke atas Rasul junjungan khotaman nabbiyyin Muhammad saw serta seluruh ahli keluarganya yg suci serta para sahabatnya dan pengikutnya yang setia hingga ke akhir zaman.

Tergerak hatiku untuk memulakan kisah ini memandangkan ianya terlalu penting dikongsi bersama. Setelah sekelian lama aku menjelajah ke seluruh semenanjung Tanah Jawi ini untuk mencari tanpa mengetahui apa yg perlu dicari. Dalam pencarianku tanpa panduan dan pedoman sehinggalah aku bertemu permulaan jalan untuk menuntut ilmu. Dari situ aku mengetahui betapa pentingnya berguru kerana daripada berguru itulah baru aku dapat segala panduan ilmu yang sebenar.

Dalam pencarian ku sebelum ini ramai aku dapati mereka-mereka yang seperti aku , tiada punca , tiada panduan , tiada pembimbing maka ramai yang mengaji tanpa berguru dan akibatnya terlalu mudah disesatkan oleh iblis dan syaitan laknatullah yang tidak jemu-jemu bekerja siang dan malam .
Aku bermula dengan menjalani pengajian fardhu ain, belajar Al quran dan syariaat melalui ibuku yg tercinta, serta menjalani tarekat kholwatiyyah sammaniah warisan dari guruku Almarhum Tuh Paduka Hj Muhammad Saman kati , namun aku dapati ada kekurangan di dalam diriku dari segi rasa. Namun pun aku teruskan pengajianku mengikut adab-adab di dalam tarekat . Di samping itu aku mencari lagi mana-mana perguruan yang aku dengar dari mulut kawan-kawan di sana sini.

Kemudian aku mula melangkah ke pengajian hakikat, berjumpa beberapa guru hakikat dan aku cuba menghayati segala pengajaran-pengajaran di dalamnya. Di situ aku dapati kebanyakan perguruan itu hanya cenderung kepada ilmiah cuma sedikit ilmu rasa yang tak mencukupi buatku. Sebab apa yang diterangkan guru atau pun di dalam kitab ilmu hakikat tidak selari dengan apa yang di fahami dan di rasai oleh murid-murid. Amatlah berbeza di antara mereka yang mengaji ilmu hakikat dengan mereka yang telah berada di makam hakikat. Akan aku perjelaskan nanti di satu bab yang lain. Masaalah yang aku hadapi ialah bagaimana untuk membezakan sesuatu pengalaman rohani yg haq dan yg batil. Selain dari Allah itu semuanya alam. Adakah kita nak berpegang dengan Allah atau Alam ? Insyaallah aku akan kupaskan kemudian.

Di samping berguru dan mengaji ilmu hakikat aku berkesempatan mentelaah kitab-kitab lama peninggalan arwah datuk ku dan juga kitab-kitab ilmu hakikat yg didapati dari guruku dan kawan-kawan yg seperjuangan denganku. Namun segala pengajian di dalamnya ada juga yang tak menepati dengan jiwa dan perasaanku. Yang aku faham aku pegang dan yang tidak sesuai dengan 'kebenaran' aku biarkan hanya sebagai matlumat yg masih boleh di perbetulkan kelak.

Aku dapati kebanyakan kitab-kitab Nusantara ini dikarang oleh para Ulama pondok di usia mudanya dan isi kandunganya sudah tentu di atas fahamannya sewaktu usia muda . Apabila mereka sudah matang dalam ilmu dan menempuh perjalanan kerohanian yang lebih tinggi kebanyakan mereka sudah tidak mengarang lagi kitab. Sayang sekali ilmu dan pengalaman kerohanian yg tinggi itu tidak kita dapati di dalam kitab-kitab. Mahu atau tidak ilmu-ilmu ini perlulah didapatkan melalui sanad perguruan mereka.

Walau bagaimana pun aku masih teruskan mencari perguruan yang mampu menyelesaikan permasaalahan dari segi kerohanianku dan mendapatkan bimbingan dan panduan yang lebih menyakinkan diriku.


Setelah sekian lama aku teruskan pencarian guru yang benar-benar dapat membimbingku akhirnya dengan pertolongan Allah swt aku dapat bertemu dengan guru yang benar-benar menyakinkan aku tentang jalan ilmu ketuhanan yang sebenar.dari sanad dan sumber pengajian dari ahlul bait , keturunan Nabi saw.

Dari situ aku terus mengkaji susur galur ilmu ketuhanan yg asal dan tulin ini. alhamduliilah banyak yang aku temui kebenaran di dalamnya. Ingin aku tegaskan di sini Pengajian Syiah Ali ini bukan lah satu aliran yang sama dengan aliran-aliran syiah pelampau seperti Syiah Imamiah 12, syiah Rafidi dan syiah ghulat. Ilmu yang diwarsisi dari keturunan guruku ini adalah ilmu ketuhanan yang tulen sebagaimana di bawa oleh Syiah Ali yg asal seperti Salman Al Farsi ra , Abu Zar ra, Ammar bin Yassir ra dan sahabat-sahabat yg bersama dengan Imam Ali sebelum dan sesudah wafatnya Nabi saw. Dan ilmu ketuhanan ini lah yg telah melahirkan ramai para2 wali di Nusantara ini seperti wali 9 di tanah jawa dan wali 7 melayu di tanah jawi.

SANAD PENGAJIANKU

Di sini aku catitkan Sanad Pengajianku hanya sebagai perkongsian agar diketahui asal sanad pengajianku dari mana ambilan segala ilmu-ilmuku. Itu pun kerana di atas permintaan sahabat-sahabat yg ingin tahu, bukan untuk dibangga cuma untuk mengeaskan betapa pentingnya mengambil ilmu yang bersanad.

Aku rasa tak perlulah nak bagi secara terperinci sanad pengajianku di sini sebab pada kebiasaanya sanad pengajian cuma dititik berat didalam disiplin tarekat sahaja. Yang ini aku bagi adalah secara umum. Sedangkan Sanad-sanad dalam ilmu hadis pun masih boleh dipertikaikan ini kan pulak sanad dalam tarekat mana-mana. Mana-mana ilmu itu sebenarnya boleh diuji akan kebenarannya melalui perlbagai cara, selain drp penelitian sanad.

Almarhum WaliyullahTuk Kenali Al Fatani

Sanad pengajian ilmu syariat mengambil dari ibuku yang mengambil dari datukku (Tuan Cholan Batu Gajah) yang mengambil dari Tuk Kenali yang mengambil dari Sheikh Ahmad al Fatann >>>>> bersambung sanad tarekat Ahmadiah >>>> Nabi saw. (Sila rujuk kpd Sanad tarekat Ahmad Ahmadiah)
Almarhum Datukku Al Allama Tuan Cholan Batu Gajah

Sanad pengajian ilmu Tarekat mengambil dari guruku Tn Guru Hj Mat Saman Kati (kuala kangsar) mengmbil dari Tn guru cik dol (pondok kedah) mengambil dari Syeikh Daud Al Patani mengambil dari Syeikh Muhammad Abdul Karim Assammani >>> melalui sanad Tarekat Kholwatiyyah As Sammaniah >>>> Nabi saw. ( sila rujuk kpd Sanad Tarekat Sammaniah )
Figure: Alharmarhom Toh Paduka Hj Muhammad Saman b. Muhammad Ash Syatariah, Al Kholwatiyyah As Samaniah. Sahabat kepada Datukku dan beliau juga adalah anak murid kepada Tuan Che Dol dan Tuk kenali

Sanad Pangajian Ilmu Tasauf pengajian kitab ihya >>> mengambil dari guruku Tn Guru Hj Mat Saman Kati >>>>> Imam al ghazali >> Imam Haramain >>> Nabi saw. (Sanad terperincinya ada didalam kitab tasauf karangan guruku)

Sanad Pengajian ilmu hakikat mengambil dari guruku (Muhammad Abu ) mengambil dari Kiai Salleh Panglima Johor mengambil dari Syeikh Fadhil Bentan >>>> Tarekat Naqsyabandi Wa Qodiriah >> sampai kpd Nabi saw. ( Sila Rujuk kpd Sanad Tarekat Naqshabandi wa Qodiriah )

Sanad Pengajian Ilmu Ketuhanan Syiah Ali iaitu pengikut Imam Ali as beraliran Imam Shafie , mengambil dari guruku dari keturunan Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri ( Tuk Syiah Kuala) >>> sampai kpd Imam Hasan as >> Imam Ali >> Nabi saw.



















Figure: Dari Kiri ke kanan: Syeikh Fadhil Bentan, Kiai Salleh, Pak Abu Darsan






91 comments:

  1. Salam, boleh sy tumpang bertaya. boleh kamu tulihkan silsilah Tarekat Naqshabandi wa qodirah kerana sy ingin tahu adakah sanad kamu melalui Sheikh Ahmad Khatib Syambasi Abdl Ghoffar.

    ReplyDelete
  2. saya berminat berkenaan guru hakikat saudara, apakah pak abu bin darsan, saya tak pernah menemui beliau, hanya mendengar kisah nya saja. bolehkah saudara menceritakan dgn lebih terperinci..&berkenaan pengajian makrifat ghaib pun saya ingin mendalami juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila email pd saya alamsufisma@gmail.com bg no hop bila free boleh jumpa area kl .

      Delete
  3. Ini saya petik dari laman web berkenaan Syeikh Fadhil Bentan mufti Johor yg pertama oleh Allahyarham Ustad Wan Mohd Soghir.

    Selain mendapat pendidikan dari kalangan keluarga sendiri, Syeikh Fadhil Bentan juga memasuki pelbagai pondok pengajian di Banten.
    Sekitar usia tiga puluhan, barulah beliau melanjutkan pendidikannya di Mekah.
    Sewaktu masih berada di Banten lagi, Fadhil telah mengenal beberapa thariqat
    yang berada di Banten, antaranya ialah Thariqat Qadiriyah (Naqshabandi wa qodiriah) yang tersebar di seluruh Jawa yang dibawa oleh murid-murid Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas (lahir 1217 Hijrah/ 1802 Masihi, wafat 1289 Hijrah/1872 Masihi). Salah seorang khalifahnya yang paling terkenal, yang berasal dari Banten ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani (wafat 18 Safar 1315 Hijrah/19 Julai 1897 Masihi). Thariqat Naqsyabandiyah yang tersebar di Banten juga berasal daripada ulama Sambas tersebut melalui Syeikh Abdul Karim al-Bantani. Oleh itu dipercayai bahawa Fadhil telah ditawajjuh dengan kedua-dua thariqat tersebut oleh Syeikh Abdul Karim al-Bantani, ulama Banten yang sangat terkenal itu. Setelah berada di Mekah, Fadhil menerima pula Thariqat Tijaniyah, walau bagaimana pun tidak jelas daripada siapa beliau menerima thariqat itu.

    Kesimpulannya Pengajian Syeikh Fadhil Bentan sampai kepada Syeikh kathib Sambasi melalui Syeikh Abdul Karim al-Bentani.

    Harap saudara boleh semak dan rujuk dengan mana2 pengajian Sheikh Fadhil Bentan di johor seperti Jamaah khatam khujagan

    Kesimpulan sanad nya spt berikut:
    salasilah Tarekat Naqshabandi wa qodiriah sampai kpd
    Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas
    sampai kepada
    Syeikh Abdul Karim al-Bantani
    sampai kepada
    Syeikh Fadhil Bentan Mufti Johor 1
    sampai kepada
    Kiai salleh panglima johor
    sampai kepada
    Muhammad abu bin darsan (Pak Abu Kuantan)
    sampai kepada saya

    Sekian

    ReplyDelete
  4. Maaf , Saya tak dapat nak menceritakan riwayat Pak Abu Darsan secara detail .

    Pengajian makrifat ghaib juga tak daoat diterangkan secara online sebab ia memerlukan pengalaman suluk dan khalwat. Semua pelajar2 mana2 pengajian tasauf pun maklum akan hal ini. Saya nasihatkan eloklah saudara cari guru murshid yang terdekat.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt..
    Maafkan saya ingin bertanya,
    Adakah saudara menuntut ilmu Makrifat terus dari arwah Pak Abu Darsan?saudara berasal dari mana?siapakah kemudiannya dilantik utk mengajar selepas Pak Abu?
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam , saya menuntut ilmu hakikat terus dengan arwah pak abu darsan di kuantan. Selepas pak abu meninggal wakil pegganti yg sah hanya Cik mei jengka, pahang dan ayahman endau,rompin. Saya menetap di Ipoh buat masa ini. Saya mengambil pengajian makrifat melalui guru dari keturunan Tuk syiah kuala
    Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pengetahuan untuk rujukan,pak long che me skrg berada di jengka 15 pahang..kesihatan nya pun dh menurun..sementara beliau masih ada lg skrg,untuk mengenal beliau,atau mahu mendalami ilmu beliau,maka teruskan niat saudara..moga sedikit maklumat ini,dpt membawa saudara kepada beliau

      Delete
    2. Assalamualaikum, tuan ada no henpon che me?

      Delete
  7. asalamualaikum syiah ali, saya skrng ni tengah mencari anak2 murid bapak abu bin darsan. sila hubungi saya di 013-5906200. saya di tlk intan skrng ni.

    ReplyDelete
  8. Assalam... saya ambil tarekat naksyahbandiah daripada arwah Pakcik Karim bin Mat Dahan, anak murid Pak Abu. Arwah tinggal di kg New Zealand, Kuantan.

    ReplyDelete
  9. Tuan Ahmadnajat Alhamdulillah dapat bertemu dengan tuan semuanya atas rahmat dan petunjuk dari Allah Ta'ala. Alhamdulillah Tuan dah pergi jumpa dengan ayahman (Hj man) Endau dah telah mengambil talkin,bagaimana keadaan Tuan sekarang ni ...

    ReplyDelete
  10. syukur alhamdulillah,sekarang ni saya teruskan dgn amalan yg diajar oleh ayahnda man sampi akhir hayat saya insyaallah... "Saya sgt terperanjak" sbb walaupun umur ayah man hampir 95 tahun tapi masih steady dan tak berganjak berceloteh hampir2 2jam stgh.. Terima kasih tk terhingga pd tuan sbb musabab saya dpt berjumpa dgn ayahnda hj man di endau rompin.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah , semoga Allah limpahkan rahmatnya keatas kita semua dan memipin ke jalanNYA

    ReplyDelete
  12. kalau nak cari anak murid terakhir abu darsan(pak) dan original sila datang ke bagan ajam pulau pinang..
    nma x boleh bgi taw...hanya berkehendak akan bertemu..

    ReplyDelete
  13. arwah pak abu da tinggai 3 orang yg bleh mengajaq, ayah pin penang, ayah chik ngan pak berahim mersing......menda ni ayah ana sniri p tnya trus kat pak abu darsan....pak abu gtaw kalaw selain dari 3 orang tu bukan dh...ajaran len laa tu...ayah chik dh arwah........ayah pin penang pun dh arwah......pak berahim ana x taw......tp belah ayah pin penang skarang abang ali pekan darat penang lak diberi kuasa mengajaq.......belah ayah chik ngan pak berahim ana x taw......

    ReplyDelete
  14. siapa nama ayah tuan ,tinggai kat mana , dia amik talkin ngan sapa tahun bila tu ,, terima kasih .

    ReplyDelete
  15. Tuan boleh pi jumpa ayah hj man endau ,murid pak abu paling tua umoq dah 80 lebih kalau nak tahu perkara sebenagnya. Che' Mei jengka dah kurang talkin buat masa ni tatau la yg terkini berita ttg dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk penengetahuan ayah lang(admin)pak long che me berada di jengka 15 pahang..C 100 Felda semarak jengka 15 Bandar pusat jengka..kesihatan beliau kini agak menurun sikit..moga info yg sedikit ini membantu

      Delete
  16. salam tuan nasri apa khabar? Cmna dah jumpa ke dgn cik mei

    ReplyDelete
  17. salam tuan syiah ali apa khabar? Kelmarin ada orang jengka nak jumpa cikmei,taktau dh jumpak ke belum lg?

    ReplyDelete
  18. memang beribu2 murid pak tapi ingat berapa ramai jugak yang guru dah tolak...
    dalam mencari guru biaqlah yang original jangan main redah..
    macam ayah pin guru dah tolak allah pon x dak muhammad pon x dak..
    2 kena pikiaq balek noh..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum wbt....

      Kenapa sampai buat fitnah macam tuh? Ayah Ariffin bin Ali.(ayah pin) dilantik oleh Tuan Guru Abu bin Darsan setelah bermunajat dan bermohon kpd Allah...2 thn sblm dia dilantik...namanya telah muncul dlm munajat Pak Abu....dan ini telah diceritakan oleh Pak Abu sendiri kepada saksi.....Banyak sungguh jasa ayah pin sampai ke akhir hayatnya....mcm mana bole fitnah kata ayah pin ditolak guru?dan kata Allah pun xdak muhammad pun xdak....ada bukti ka?ada saksi ka?anak muridnya ramai.....jgn tohmah sebarangan tanpa bukti dn saksi....takutlah pada Al Haq.....sekarang ni pimpinan di utara di amanahkan kepada Tuan Guru Ali saifuddin(yg dilantik oleh Ayah Pin)...selain Ayah Man di jengka(yg dilantik oleh pak abu).....ramai sgt dizaman skrg bernafsu iblis dan ramai nak jadi guru dan mengaku guru....padahal semuanya ciplak/fotostat...bkn original pun....tambah pesong akidah org yg mencari ketuhanan adalah.....jadi klu xtau sejarah jgn ckp sebarangan.....saksi ramai di sini....yg tahu cerita sebenar.....jgn nak bagi org lain konpius.....jgn jadi iblis yg menghalang org lain mencari Tuhan.... Wasalam...-.Pembela Kebenaran -

      Delete
    2. Sekarang dah sampai mana abg punya maklipat?huhu

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  19. Alhamdulillah sihat , siapa yg nak jumpa ngan Ayah hj man atau che mei jengka kena tanya kat Azman atau abot sebab diaorg yg selalu bawak orang gi sana ,Saya memang tak bawak orang cuma sembang2 kat blog ni saje.

    ReplyDelete
  20. Ilmu ketuhanan ni sebenarnya hak Allah Ta'ala bab guru atau peganti guru tu hanya menentukan sanad ilmu yang sah sebab mengambil keberkatan dan pertolongan dari Allah Ta'ala. Jadi saya tak mahu komen banyak2 siapa dan dakwaan si pulan 2 adalah peganti sah atau lain2 . Cuma setahu saya hanya Che Mei dan Ayah Hj Man yg bolej bagi talkin . Yg lain tu masing2 punya hal. Saya tak mahu masuk campur bab politik perguruan . Jgn jadi macam golongan Syiah Pelampau yg sampai sekarang ni pun masih dok sibuk pasal hak Khalifah pada Say Ali sedangkan perkara tu dah setel berzaman2

    ReplyDelete
  21. Salam kpd Al-Khattab...pada hemat saya dari 18 june 1976 belum ada anak murib beliau melepasi ijazah besar (zikir zat dan sifat 89ribuX selama 100 mlm seperti yg diamanahkan).....cuma dgn wabarakatu shiekh terdapat dua atau tiga anak murid yg boleh bercerita tntg asas pengajian...paling tinggi makam fana...kesimpulannya bukan guru tapi amalan yg boleh meneruskan terekat beliau...sesiapa pun boleh mengajar termasuk saudara....wasalam W9 KTN.

    ReplyDelete
  22. ayah saya amek talkin kat arwah pak abu sendiri.......tapi lepaih pak abu arwah dia smbung amek kat ayah pin penang......masa pak abu sakit2 dulu ayah saya pi tanya trus pak abu sapa plak dia bg utk trus mengajaq...........yg 2 la pak abu gtaw......3 org 2......lain dari 2 bkn dah......ayah saya nama azhar.....reja kat penang......rumah kat sungai petani......dia amek dlm taun apa saya x taw......sebelum 1990 kot.....sebelum saya lahir pasai ayah saya rajin p kuantan time 2....mak saya gtaw........

    ReplyDelete
  23. Kalau ayah tuan dah amik talkin terus dari pak abu apa masaalah lagi . pengajian mana2 pun lebih kurang sama sebab saya sendiri bnyk ambil bab pengajian kat pak ucu kuala pilah lepas pak abu meninggal. Perlu diingat amalan2 dlam aliran pak abu dan kiai salleh lebih bnyk menjurus kepada ilmu kependekaran dan perubatan dan tak sama dengan aliran ketuhanan . Bab ketuhanan dalam aliran Pak abu cuma bab2 asas sahaja .Aliran ketuhanan yang tulen hanya di warisi melalui ahlul bait nabi saw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....

      mcm mana bole kata bab2 ketuhanan dalam aliran pak abu hanya bab2 asas saja?....adalah tidak benar sama sekali statement anda yg berbunyi..... "amalan2 dlam aliran pak abu dan kiai salleh lebih bnyk menjurus kepada ilmu kependekaran dan perubatan dan tak sama dengan aliran ketuhanan".....seolah2 anda ni xpernah bertalkin dgn pengajian ni...atau kalau anda dah bertalkin....mungkin anda xfaham......sedangkan Pak Abu mengajar tentang hakikat diri....Diri sebenar diri.....supaya kenal siapa itu Allah....baik dari segi zat,sifat,asma dan af'al.....barulah wujud pengabdian kepada Al Haq yg sebenar.......bkn semata-mata nak jadi pendekar dan ahli perubatan shj....itu adalah anugerah Al-Haq.....ikut Dia lah nak bagi atau tidak......-Pembela Kebenaran-

      Delete
    2. kalau nak tau samaada asas atau tidaknya rujuklah kpd perguruan 2 asal di Nusantara ni kedtangan awal islam di Nusantara , Barus Sumatera utara iaitu perguruan jaluran Ihtrah Ahlul Bait Imam hasan as , perguruan tuk kenali dan tukku paluh. Ini perguruan ketuhanan INDUK dan ilmu tua Nusantara .

      Delete
  24. Salam..
    Seminggu yang lepas (07/01/11) saya dan rakan2 baru pulang dari Jengka dan khabar terkini Che Me, Alhamdulillah..

    Ada kenduri cukur jambul cucu kpd Che Me, majlis pun berjalan dgn lancar =)

    ReplyDelete
  25. Tuan Fake tinggal mana ? Saya tak pernah jumpa che Me dan ayah hj man endau . Dulu ambil talkin ngan Pak Abu.

    ReplyDelete
  26. salam...
    perlukah di pertanyakan siapa2 yg berhak mengajaq? setahu saya setelah pak abu adalah ayah pin( ARIFIN BIN ALI) dan sekarang bang ali. maaf, ILMU ini hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk pamer? nama saya adi dari aceh ( indonesia )

    ReplyDelete
  27. Sanad pengajian adalah perkara yang penting tuan ,untuk menjamin tidak berlaku putus sanad sampai ke nabi saw. Sama juga seperti sanad ilmu hadis dan mana2 ilmu dalam agama islam . Kalau agama di pelajari tanpa sanad sesiapa saja boleh berkata sesuka hati masing2 . Inikan pula dalam bab ilmu ketuhanan sudah pasti sanad itu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.....
      Pengajian Ilmu Makrifat dari Tuan Guru Ariffin bin Ali....dan kini dipegang oleh Tuan Guru Ali Saifuddin...ada wasilah sampai bersambung terus kepada Nabi Muhammad s.a.w.....jadi pengajian ini bukan pengajian yg boleh dipandang enteng....dan bukanlah perkara yg boleh dibuat main2....kelak bala akan memakan diri.....benar kata adi....ilmu ini adalah ilmu rahsia....khas untuk diri masing2 shj....
      -Pembela Kebenaran-

      Delete
    2. Mana sanad yg bersambung boleh buktikan ?

      Delete
  28. Saya dari Damansara, selalu ke Jengka dgn sahabat2 dari Kota Damansara, Klang & Puchong. Kami semua tak sempat berjumpa Tok Abu..
    Hj Man pun kami belum pernah jumpa..

    ReplyDelete
  29. Ye ke saudara Fake , boleh tak tinggalkan no hp atau emailkan kat saya alamsufisma@gmail.com , bila saya turun kl boleh la kita berjumpa ,kenal berbual panjang .Terima Kasih

    ReplyDelete
  30. insyAllah sy akan email no contact saya..
    Che Me sekarang berada di damansara untuk beberapa hari..

    ReplyDelete
  31. salam ...
    almarhum ayahda saya anak murid almarhum pak abu juga rakan che me sama2 belaja gan pak abu..che me masih di Jengka wakil pak abu yang sah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cucu pak abu..pak abu yg besar kan saya..mak dan ayah saya ada lagi..mereka anak dan menantu pak abu sendiri..lagi mengenali pak abu dari mana2 anak murid yg lain..sekian..

      Delete
  32. salam
    al-marhum ayahda saya dalah anak murid pak abu darsan, che me adalah rakan almarhum ayahda sama2 duduk jengka.. Che Me masih di jengka..beliau adalah wakil pak abu yang sah..

    ReplyDelete
  33. salam 2121 semua,saya rasa agak terkilan dengan kepelbagaian komen para sufi modenni.keliru dengan marifah 1/4 masak.lain yang guru ajar lain pulak yang ditalkin.kalau dah payah terus je tanya pd yg haq dari didera atau kena pau dgn manusia

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum...sy berminat nk blajar...blh sy tau azman dan abot tu siapa?sy dok kat ipoh...

    ReplyDelete
  35. ah,hu,allah,lailahaillah.............bleh abg2 ku huraikan apa maksud di sebalik ayat yg tertera........

    ReplyDelete
    Replies
    1. apahal dengan kau ni kamil mukamil!

      Delete
    2. Baghal,apahal nak rahsia kalau bende tu kebenaran,bende betul kene sebarkan,apa hal nak rahsia2

      Delete
  36. Assalamualaikum
    Saudara saya dari Patani Thailand saya mau kenal saudara semua.

    ReplyDelete
  37. askum.sy suka nak mengenal allah....sebelom mati...0135936717

    ReplyDelete
  38. adik kamil mukamil dapat mana zikir ni dik....astaqrirullahalazim...sapa punya qheja ni...ni lah masalah yg dok ada, bapak dgn ayah dah larang...semua nak jadi hebat...bagitau tapi tak mau terang...kan boleh jadi fitnah..kesian kat orang yang bertanya...sapa punya qheja tolonglah selesaikan..kalau tak esok hampa menjawablah dgn allah.wslm.

    ReplyDelete
  39. salam kamil mukamil kalau nak tau mai penang.........

    ReplyDelete
  40. Kalau Pak Abu lantik penggantinya, ianya sudah jadi tarekat sedangkan Pak Abu adalah guru hakikat bukan tariqat.Urusan penganti guru hakikat adalah urusan ketuhanan sebab itulah susah untuk mengenal penganti kepada guru hakikat atau pengganti kepada pak Abu.
    Murid-murid Pak Abu berurusan dgn tuhan melalui guru tetapi pengganti Pak Abu berurusan terus dgn tuhan sebagaimana Rasullallah dalam peristiwa Israk Mikraj,cumanya bagi aulia ianya dipanggil ladunni.
    Guru hakikat tidak akan sekali-kali melantik penggantinya kerana murid yang menggantinya itu adalah sebenarnya khalifah penganti Allah diatas muka bumi sebagaimana Rasullalah,seandainya murid tersebut tidak bertaraf begitu,beliau hanyalah sebagai wakil sahaja bukan pengganti.

    ReplyDelete
  41. salam...blh tanya kat jengka mana che me tinggal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ..kepada yang bertanya.. CHE ME wakil pak abu yang sah tinggal di Jengka 15.. semoga ketemu

      Delete
  42. salam untuk yang bertanya che me tinggal Felda Semarak Jengka 15..

    ReplyDelete
  43. salam.kepada yang bertanya.. Che Me wakil pak abu tinggal di Felda Semarak Jengka 15.

    ReplyDelete
  44. salam.kepada yang bertanya... Che Me wakil pak Abu yang sah tinggal di Felda Semarak Jengka 15.. semoga ketemu...

    ReplyDelete
  45. kepada yang bertanya.. Che ME adalah wakil pak Abu yang sah tinggal di jengka 15

    ReplyDelete
    Replies
    1. salamun alaika...adakah che mei masih Hidup dan ada di felda semarak jengka 15

      Delete
  46. kepada yang bertanya.. Che ME adalah wakil pak Abu yang sah tinggal di jengka 15

    ReplyDelete
  47. kepada yang bertanya.. Che ME adalah wakil pak Abu yang sah tinggal di jengka 15

    ReplyDelete
  48. Salam , harap sesiapa yg memberi komen secara terbuka memperkenalkan diri dgn profile google yg sebenar buat menunjukkan kejujuran masing2 insyaallah .

    ReplyDelete
  49. ni yg jadi masalah bila guru mati..main lantik guru berdasarkan ilmu org tu..ajaran hakikat mcm pak abu xdak pengganti..al awwal al akhir..dia yg awal dia yang akhir..lepas dia mengajar dia lagi akan mengajar..saya anak murid ayah chik..dia pernah cakap mengenai Aku dan kamu adalah satu..bagi yg paham,paham la..bg yg xpaham,cari la guru..

    ReplyDelete
  50. hj man endau beguru dgn pak abu , pak abu beguru dgn kiai salleh hj man kata nk tau org tu seguru ke x kne tnye deer kiai saleh tu namanye ape kejenye ape cakapnye ape klau btl mknenye staraf x yah lh gaduh2 sape smpai sape x

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah saya tak sempat jumpa arwah kiyai salleh tuan , tak bnyk yg pak abu cerita ttg kiyai salleh , cumaa dia selalu bahasakan kiyai salleh tu "guru kite" . Dia tak sebut guru dia ... Nama penuh ada tercatit dlm kertas catitan amalan zikir 12 boleh check sendiri . nak tau detail boleh email kat saya . Tlg kirim salam pada ayah man walaupun saya tak pernah jumpa . Sampai tak sampai tu bukan kita nak jadi jurunilainya.... semuaa ada tanda2 yg tau , tau la

      Delete
  51. saya berminat nak belajar dgn bang li penang..sebab saya area utara..mcmna nk berhubung dan berjumpa dgn beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Tuan Guru Ali Saifuddin ada kat Pekan Darat,Butterworth Penang....dan juga rumah barunya di Ulu Paip....mai la....insya'Allah....klu niat yg benar akan dipermudahkan Al Haq...
      -Pembela Kebenaran-

      Delete
  52. Pak abu melantik ...anak murid yg terakhir sekali untuk wakil pulau pinang.bukan ayah arifin..seperti kalian tahu.pak abu sudah menolak ..pak arifin...,hanya ada 1 saja yg sah.sebagai wakil pak abu di pulau pinang.yang lain semua hancur...,banyak yg lantik diri sendiri hendak jadi guru.ingat hanya seorang saja...di pulau pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.....

      awat la hang dok buat ghaplah Pak Anonymous oiii........memang ramai nak jadi guru sekarang nih.....entah2...anda nak bgtau yg anda guru kot....atau teringin nak jadi guru.....kami ada ramai saksi dan bukti di sini....mai la secara berdepan.....bkn hanya berani di alam internet shj.....-Pembela Kebenaran-

      Delete
    2. Ya betul..blh tanya pak gani..nan botak..saksi atas rumah hj moin..buat ape nak aib guru lain..saidin ayam pon ada..yg sudah tu tutup buku...harap kita jumpa jln pulang..saya pon ank murid terakhir..abdul ghani bin adam...bagan dalam..dpt ilmu dgn ujian..

      Delete
    3. Pak ghani pon dah arwah 4tahun lepas..kebumi di kubang buaya..lani kami muzakarah dgn nan botak..lan pek pun d lan perai...lani dia dok kuantan pahang..

      Delete
  53. Assalamualaikum, Alhamdulillah,jumpa akhirnya blog yg menceritakan tntg pengajaran ilmu yg diambil dari Arwah Pak Abu. Ketika saya masih kanak2 selalu pergi ke rumah arwah di kampong sepayang rompin. Beliau dan ayah saya sama bertugas di JKR rompin.Arwah ayah sempat mengambil ijazah darinya dan mengamal ilmu yg di berikan.Ada sesiapa tahu di mana Hj Man tinggal sekarang. Kampung saya di rompin pahang menetap di seremban. Wassallam.

    ReplyDelete
  54. Waalaikum salam , alhamdulillah Hj Man sekarang menetap di Endau Rompin. Harap Maaf tuan , saya dah jarang berhubung dgn mana2 murid2 lain sejak Pak Abu meninggal

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum..Saya cuma nak berkongsi maklumat or pengetahuan aje.buat semua saudara2ku yang pernah belajar langsung dgn pak abu or dapat dari anak buahnya x perlulah bertelagah sesama sendiri & keliru sape wakil guru & sebagainya,yang penting dpt ilmu betul dari langsung pak abu or ank buahnya maka beramallah sehingga kita pula sampai dirahmati ALLAH dengan menjadi insan kamil.Saya mizi tinggal diKg Sepayang Kuala Rompin,Pahang sekampung dengan arwah Pak Abu.anak2nya seperti anak beranak kami masih tinggal sekampung dengan saya.manakala Pak Man yang di sebut2 tu tinggal di kg semanyir endau johor utk saudara2 kita yg ingin menziarahinya.saya adalah ank buah/ank murid lasung pak abu untk jenerasi ke 3 dan terakhir di kg sepayang tahun 1985 sebelum pak abu berhijrah ke Kuantan.saya anak murid paling muda or bongsu sejarah pengajaran di kg sepayang ketika itu umur 18 thn dan kini 47thn.hampir 29thn saya mengamalkan dgn masa bujang leh bawa zikir 100000 dari 11 zikir semalam.kini dah keluarga dan sejak tu temampu bawa 18000 setiap hari krn kesibukan berusan 0r mendidik 300-400 org sehari kecuali sabtu &ahad.Jadi saya menyeru sahabat2 or saudara kita sepeguruan x kisah belajar lasung dari pak abu or yg belajar dari anak buahnya teruskan kita sama2 tingkatkan amalan zikir dan solat yg di ajar INSYA ALLAH...ALLAH akan rahmati kita dengan pelbagai cara yg kita x sangka or jangka..tak pelulah kita petikai dan keliru or celaru dengan itu ini.Bimbang keliru ni tel sy 013-9854959 .jika tel 2x x jwp maka mesej aje insya Allah malam saya akan tengok dan baca.Ok di doa semua dapat beramal dengan bersungguh2 & iklas moga dapat rahmatNYA.Satu tip kongsi bersama.Buat & tunjuk iklas kpd manusia mudah TAPI nak buat dan tunjuk iklas pada ALLAH sukar mendapatnya jika x kene caranya..sekian wassalm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat yg berguna tuan , semoga pembaca2 semua ambil pengajaran , siapa bawa dia yg akan rasa dan faham , itu saja yg saya boleh kongsi kat sini . Selebihnya itu cuma pengajian2 umum saja sekadar menimbulkan minat dlm bab ni .

      Delete
  56. Assalamualaikum.percubaan ank buah P.A generasi ke 3 kg sepayang kuala rompin pahang.

    ReplyDelete
  57. https://www.youtube.com/watch?v=oCJypV2CCqc

    Pengajian Sifat 20 Hasil Huraian Tuan Guru Abu Darasan

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum.. Alhamdullillah, dapat juga saya mencari dan berkenal2 anak2 murid Pak Abu walaupun di alam maya ini. Saya Din dari Melaka pernah berguru dengan allahyarham Ayah Arifin Butterworth dan allahyarham Ayah Ibrahim (ayah chik) Sri Damai Kuantan dan pernah bertemu dengan allahyarham Pak Abu di Kuantan pada tahun 1990. Semoga dapat mengenali rakan2 seperguruan di dalam group ni dengan lebih dekat lagi.

    ReplyDelete
  59. Dimana boleh saya jumpa tuan ?

    ReplyDelete
  60. Bukankah ajaran abu darsan itu telah difatwakn sesat pd tahun 1988?

    ReplyDelete
  61. Mengaji dulu baru sesat...lepas tu baru jumpa jln sebenar...kalong berlian takkan nak letak dileher babi kot..kena letak pda tempat yg baik...ilmu jgn dijual beli..jgn aniaya ank murid..muzakarah itu penting...utk kefahaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  62. Assalamualaikum, Ayah Lang.

    Boleh saya tahu tentang perguruan jaluran Ihtrah Ahlul Bait Imam hasan as? Dan juga Pengajian Ilmu Ketuhanan Syiah Ali? Kalau tuan sudi, boleh ke kita berjumpa utk sembang lebih lanjut?

    ReplyDelete
  63. Fadhil banten dr johor.
    Kiyai salleh dr johor.
    Pak abu pun asalnya dr johor.
    Macam mana pewarisnya boleh sampai ke pahang dan pineng ye..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...