Showing posts with label Wasilah. Show all posts
Showing posts with label Wasilah. Show all posts

Monday, October 9, 2017

Larangan mengambil ilmu dari Ahli Bid'ah


LARANGAN MENGAMBIL ILMU DARI AHLI BID'AH

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim 

Alhamdulillahi Robbil 'Alamin Wassolatu Wassalamun A'la Asyrafil Anbiayai Wal Mursalin , Wa'alaa Aalihi Attoyyibin Wat Thohirin Ila Yaumil Qiamah . Amma Ba'du . 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Swt yang melimpahkan ilmu dan petunjukNYA buat aku meneruskan perkongsian buat pembaca-pembaca yang dikasihi sekelian . Aku telah meneliti kembali tajuk di atas dan rasanya perlu membuat sedikit tambahan dan kupasan yang lebih terperinci untuk mendekatkan lagi kefahaman sesuai dengan kepentingan urusan akhir zaman.

DAKWAAN OLEH SETIAP PELOPOR DAN PENGIKUT ALIRAN 

Kita seringkali terdengar laungan dari semua "aliran" yang mendakwa memperjuangkan Sunnah Rasul saw dan menolak segala bentuk bid'ah. 

Sememangnya untuk menegakkan Sunnah Rasul saw di akhir zaman ini umpama menggenggam bara api. Namun begitu perlulah di titik beratkan siapakah yang sebenar-benarnya yang mewarisi Sunnah rasul saw setelah wafatnya baginda . Kerana itulah sumber asli asal usul segala ilmu dari nabi saw .

SIAPA PENERUS SUNNAH NABI SAW ?

Tentunya tidak lain tidak bukan Ahlul Baitnya yg khusus Sayyidina Ali ibn Abi talib karamullahu wajjah ra . Beliaulah menjadi rujukan Ummah dan khalifah di zamannya dalam hal-hal yang sulit persoalan-persolan ilmu-ilmu yg khusus. Ilmu di sini saya tetapkan pada ilmu yg khusus atau ilmu ketuhanan orang-orang yg ahli kahawasul khawas . Sebab inilah pati dan ibu segala yang menjadi hati dan jantung segala jenis ilmu islam. 

Nabi saw sendiri dah perjelaskan , "Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya , maka masukilah kota mengikut pintunya" . Maka tiada syak lagi kecuali mereka2 yang munafik .


Justeru itulah Nabi saw kerapkali berpesan agar kita berpegang kepada AlQuran dan Ithrah AhlulBaitnya kerana Ahlul Baitnya lah yang merupakan penjaga amanah AlQuran dan penerus sunnah secara menyeluruh.  \

Say Abu Bakar ra dan Say Umar ra sendiri seringkali merujuk kepada Sayyidina Ali ra dan dia diberi julukan Imamul Muhtadin.  Gelaran Imam tidak dipernah diberikan kepada sahabat-sahabat utama yang lain. Kedudukan Imam adalah pemimpin bagi umat dan juga khalifah itu sendiri. 

Namun begitu tetap ada musuh-musuh yang irihati dengan anugerah Allah ke atas Ahlul Bait Nabi saw sehingga tercetus pelbagai peristiwa yang mencorakkan sumber keagamaan kita sehinggalah sekarang ini . 

Oleh itu berhati-hatilah dengan sumber-sumber ilmu kamu kerana sekiranya kamu tidak mengambil dari Ahlinya yang hak kamu akan secara tidak langsung akan mengambil dari sumber musuh-musuh Ahlul Bait yang menjadi penerus aliran Bid'ah dan aliran Dajjal ....

Imam Ali as/ra berkata :

اُنْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ هَذَا الْعِلْمَ فَإِنَّمَا هُوَ دِينٌ

“Perhatikanlah dari siapa kamu mengambil ilmu ini, karena sesungguhnya ia adalah agama” 
(Riwayat al Khaththib al Baghdadi di dalam al Kifayah, hlm. 121 . Diriwayatkan dari sejumlah Salafush Shalih, seperti Muhammad bin Siirin, adh Dhahhak bin Muzahim, dan lain-lain . 

Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata, "Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Maka lihatlah dari siapa engkau mengambil agamamu!" [HR Muslim dalam Muqaddimah Shahiihnya (1/14) ].

Diriwayatkan dari Salman al-Farisi radhiyallahu 'anhu, ia berkata: "Manusia senantiasa berada dalam kebaikan selama generasi pertama masih tersisa dan generasi berikut menimba ilmu dari mereka. Jika generasi pertama telah berlalu sebelum generasi berikut menimba ilmu dari mereka, maka manusia akan binasa." [Diriwayatkan oleh ad-Darimi (I/78-79) dan Ahmad dalam kitab az-Zuhd (hal. 189) melalui dua jalur dari Salman.

Abdullah bin Mas’ud ra berkata :
لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا أَتَاهُمُ الْعِلْمُ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَ مِنْ أَكَابِرِهِمْ , فَإِذَا أَتَاهُمُ الْعِلْمُ مِنْ قِبَلِ أَصَاغِرِهِمْ , وَ تَفَرَّقَتْ أَهْوَاءُهُمْ , هَلَكُوْا

“Manusia akan selalu berada di atas kebaikan, selama ilmu mereka datang dari para sahabat Nabi Muhammad  dan dari orang-orang besar (tua) mereka. Jika ilmu datang dari arah orang-orang kecil (ahli bid’ah) mereka, dan hawa-nafsu mereka bercerai-berai, mereka pasti binasa” 
( Riwayat Imam Ibnul Mubarak di dalam az Zuhud, hlm. 281, hadits 815 )

BAHAYA AKHIR ZAMAN , MENGAMBIL ILMU DARI AHLI BID'AH

Diriwayatkan dari Abu Umayyah al-Jumahi radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:"Sesungguhnya salah satu tanda dekatnya hari Kiamat adalah ilmu diambil dari kaum as shaaghir (ahli bid'ah).”
* Ibnul Mubarak berkata dalam kitab az-Zuhd (hal. 21 dan 281): "Yang dimaksud kaum as shaaghir adalah ahli bid'ah."


SARANAN BUAT PENUNTUT ILMU 

Para penuntut ilmu harus mengambil ilmu dari orang-orang yang bertakwa, shalih dan mengikuti Salafush Shalih. 

Sebab, keberkatan selalu bersama mereka. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits 'Abdullah bin 'Abbas radhiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Keberkahan selalu bersama kaum ak kaabir (ahli ilmu) kalian."
[HR Ibnu Hibban (955), al-Qadha’i dalam Musnad asy-Syihab (36-37), al-Hakim (I/62), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (VIII/171-172), al-Khathib al-Baghdadi dalam Taarikh Baghdaad (XI/165)

Carilah guru-guru yang arif , selidikilah sanad ambilan ilmu-ilmu mereka agar tidak menyalahi daripada Al Quran dan Sunnah . 

Sunday, July 26, 2009

BAB 1- Coretanku yang terawal

PENGENALAN

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Bismillahi wa billahi walhamdulillah , Salam serta selawat ke atas Rasul junjungan khotaman nabbiyyin Muhammad saw serta seluruh ahli keluarganya yg suci serta para sahabatnya dan pengikutnya yang setia hingga ke akhir zaman.

Tergerak hatiku untuk memulakan kisah ini memandangkan ianya terlalu penting dikongsi bersama. Setelah sekelian lama aku menjelajah ke seluruh semenanjung Tanah Jawi ini untuk mencari tanpa mengetahui apa yg perlu dicari. Dalam pencarianku tanpa panduan dan pedoman sehinggalah aku bertemu permulaan jalan untuk menuntut ilmu. Dari situ aku mengetahui betapa pentingnya berguru kerana daripada berguru itulah baru aku dapat segala panduan ilmu yang sebenar.

Dalam pencarian ku sebelum ini ramai aku dapati mereka-mereka yang seperti aku , tiada punca , tiada panduan , tiada pembimbing maka ramai yang mengaji tanpa berguru dan akibatnya terlalu mudah disesatkan oleh iblis dan syaitan laknatullah yang tidak jemu-jemu bekerja siang dan malam .
Aku bermula dengan menjalani pengajian fardhu ain, belajar Al quran dan syariaat melalui ibuku yg tercinta, serta menjalani tarekat kholwatiyyah sammaniah warisan dari guruku Almarhum Tuh Paduka Hj Muhammad Saman kati , namun aku dapati ada kekurangan di dalam diriku dari segi rasa. Namun pun aku teruskan pengajianku mengikut adab-adab di dalam tarekat . Di samping itu aku mencari lagi mana-mana perguruan yang aku dengar dari mulut kawan-kawan di sana sini.

Kemudian aku mula melangkah ke pengajian hakikat, berjumpa beberapa guru hakikat dan aku cuba menghayati segala pengajaran-pengajaran di dalamnya. Di situ aku dapati kebanyakan perguruan itu hanya cenderung kepada ilmiah cuma sedikit ilmu rasa yang tak mencukupi buatku. Sebab apa yang diterangkan guru atau pun di dalam kitab ilmu hakikat tidak selari dengan apa yang di fahami dan di rasai oleh murid-murid. Amatlah berbeza di antara mereka yang mengaji ilmu hakikat dengan mereka yang telah berada di makam hakikat. Akan aku perjelaskan nanti di satu bab yang lain. Masaalah yang aku hadapi ialah bagaimana untuk membezakan sesuatu pengalaman rohani yg haq dan yg batil. Selain dari Allah itu semuanya alam. Adakah kita nak berpegang dengan Allah atau Alam ? Insyaallah aku akan kupaskan kemudian.

Di samping berguru dan mengaji ilmu hakikat aku berkesempatan mentelaah kitab-kitab lama peninggalan arwah datuk ku dan juga kitab-kitab ilmu hakikat yg didapati dari guruku dan kawan-kawan yg seperjuangan denganku. Namun segala pengajian di dalamnya ada juga yang tak menepati dengan jiwa dan perasaanku. Yang aku faham aku pegang dan yang tidak sesuai dengan 'kebenaran' aku biarkan hanya sebagai matlumat yg masih boleh di perbetulkan kelak.

Aku dapati kebanyakan kitab-kitab Nusantara ini dikarang oleh para Ulama pondok di usia mudanya dan isi kandunganya sudah tentu di atas fahamannya sewaktu usia muda . Apabila mereka sudah matang dalam ilmu dan menempuh perjalanan kerohanian yang lebih tinggi kebanyakan mereka sudah tidak mengarang lagi kitab. Sayang sekali ilmu dan pengalaman kerohanian yg tinggi itu tidak kita dapati di dalam kitab-kitab. Mahu atau tidak ilmu-ilmu ini perlulah didapatkan melalui sanad perguruan mereka.

Walau bagaimana pun aku masih teruskan mencari perguruan yang mampu menyelesaikan permasaalahan dari segi kerohanianku dan mendapatkan bimbingan dan panduan yang lebih menyakinkan diriku.


Setelah sekian lama aku teruskan pencarian guru yang benar-benar dapat membimbingku akhirnya dengan pertolongan Allah swt aku dapat bertemu dengan guru yang benar-benar menyakinkan aku tentang jalan ilmu ketuhanan yang sebenar.dari sanad dan sumber pengajian dari ahlul bait , keturunan Nabi saw.

Dari situ aku terus mengkaji susur galur ilmu ketuhanan yg asal dan tulin ini. alhamduliilah banyak yang aku temui kebenaran di dalamnya. Ingin aku tegaskan di sini Pengajian Syiah Ali ini bukan lah satu aliran yang sama dengan aliran-aliran syiah pelampau seperti Syiah Imamiah 12, syiah Rafidi dan syiah ghulat. Ilmu yang diwarsisi dari keturunan guruku ini adalah ilmu ketuhanan yang tulen sebagaimana di bawa oleh Syiah Ali yg asal seperti Salman Al Farsi ra , Abu Zar ra, Ammar bin Yassir ra dan sahabat-sahabat yg bersama dengan Imam Ali sebelum dan sesudah wafatnya Nabi saw. Dan ilmu ketuhanan ini lah yg telah melahirkan ramai para2 wali di Nusantara ini seperti wali 9 di tanah jawa dan wali 7 melayu di tanah jawi.

SANAD PENGAJIANKU

Di sini aku catitkan Sanad Pengajianku hanya sebagai perkongsian agar diketahui asal sanad pengajianku dari mana ambilan segala ilmu-ilmuku. Itu pun kerana di atas permintaan sahabat-sahabat yg ingin tahu, bukan untuk dibangga cuma untuk mengeaskan betapa pentingnya mengambil ilmu yang bersanad.

Aku rasa tak perlulah nak bagi secara terperinci sanad pengajianku di sini sebab pada kebiasaanya sanad pengajian cuma dititik berat didalam disiplin tarekat sahaja. Yang ini aku bagi adalah secara umum. Sedangkan Sanad-sanad dalam ilmu hadis pun masih boleh dipertikaikan ini kan pulak sanad dalam tarekat mana-mana. Mana-mana ilmu itu sebenarnya boleh diuji akan kebenarannya melalui perlbagai cara, selain drp penelitian sanad.

Almarhum WaliyullahTuk Kenali Al Fatani

Sanad pengajian ilmu syariat mengambil dari ibuku yang mengambil dari datukku (Tuan Cholan Batu Gajah) yang mengambil dari Tuk Kenali yang mengambil dari Sheikh Ahmad al Fatann >>>>> bersambung sanad tarekat Ahmadiah >>>> Nabi saw. (Sila rujuk kpd Sanad tarekat Ahmad Ahmadiah)
Almarhum Datukku Al Allama Tuan Cholan Batu Gajah

Sanad pengajian ilmu Tarekat mengambil dari guruku Tn Guru Hj Mat Saman Kati (kuala kangsar) mengmbil dari Tn guru cik dol (pondok kedah) mengambil dari Syeikh Daud Al Patani mengambil dari Syeikh Muhammad Abdul Karim Assammani >>> melalui sanad Tarekat Kholwatiyyah As Sammaniah >>>> Nabi saw. ( sila rujuk kpd Sanad Tarekat Sammaniah )
Figure: Alharmarhom Toh Paduka Hj Muhammad Saman b. Muhammad Ash Syatariah, Al Kholwatiyyah As Samaniah. Sahabat kepada Datukku dan beliau juga adalah anak murid kepada Tuan Che Dol dan Tuk kenali

Sanad Pangajian Ilmu Tasauf pengajian kitab ihya >>> mengambil dari guruku Tn Guru Hj Mat Saman Kati >>>>> Imam al ghazali >> Imam Haramain >>> Nabi saw. (Sanad terperincinya ada didalam kitab tasauf karangan guruku)

Sanad Pengajian ilmu hakikat mengambil dari guruku (Muhammad Abu ) mengambil dari Kiai Salleh Panglima Johor mengambil dari Syeikh Fadhil Bentan >>>> Tarekat Naqsyabandi Wa Qodiriah >> sampai kpd Nabi saw. ( Sila Rujuk kpd Sanad Tarekat Naqshabandi wa Qodiriah )

Sanad Pengajian Ilmu Ketuhanan Syiah Ali iaitu pengikut Imam Ali as beraliran Imam Shafie , mengambil dari guruku dari keturunan Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri ( Tuk Syiah Kuala) >>> sampai kpd Imam Hasan as >> Imam Ali >> Nabi saw.



















Figure: Dari Kiri ke kanan: Syeikh Fadhil Bentan, Kiai Salleh, Pak Abu Darsan






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...