Sunday, August 2, 2009

Terjemahan KItab Lubabub Tasawwuf Sharhul Muntahi

LUBABUB TASAWWUF / SYARHUL MUNTAHI
Karya : Syeikh Ibrahim b. Hasan Al Kurani
Terjemahan Melayu oleh:
Syeikh Abdul Rauf b. Ali Al Fansuri


Bismillahirrahmanirrahim,

Kitab ini aku terjemahkan kepada rumi untuk memudahkan sahabat para pemabaca sekeliannya. Bahasanya akan dipermodenkan menurut bahasa melayu sekarang kerana mungkin ada yang todak faham denga lengguk bahasa melayu jawi. Penterjemahannya sudah siap cuma mengambil masa untuk menaip semula di sini. Harap dapat bersabar.

Ketahuilah oleh mu wahai Penuntut, bahawasanya maksud makrifat itu seperti yang di isyaratkan Nabi saw, dengan sabdanya "Barangsiapa mengenal akan dirinya maka
bhwasanya mengenallah ia akan tuhannya". Dan telah berkata segala para arif billah bhwasanya diri manusia terbahagi kpd 2:

1. Diri yang zahir
2. Diri yang bathin

Maka diri yang bathin itu iaitu tubuh yang hasir
(jismu lathif/halus)

Firman Allah Ta'ala:

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku. (Al Hijr:28)

Keterangan dlm Kitab:

Diambil biji(benih kejadian adam) dan dijadian insan itu beberapa dinding(dibalut jasad/daging) kemudian ditiupkan'arsalna' - utuskan) ruh/nyawa ('Ruhna' -Ruh Kami)


Maka Diri yang Zahir itu

Firman Allah Ta'ala:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (nutfah) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah (a'laqat), lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging (muzfati), dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

(Al Mu'minuun:12-14)

Keterangan dlm kitab:

Allah Ta'ala menjadikan daripada sitis mani (nutfah) kemudian menjadi 'darah' (a'laqat) kemudian menjadi 'daging' (muzfati). Kemudian nutfah, darah dan daging itu digerak-gerakkan akan dia dan dibalik-balikkan selama 40 hari.

Apabila sempurna 4 bulan 10 hari maka terciptalah yang zahir daripada anggota telunjuk daripada tangan kanan. Pada hari yang kedua zahirlah kepalanya, pada hari yang ketiga zahirlah tangannya dan kedua kakinya, hari yang keempat dijadikan Allah Ta'ala 360 tulang, 240 dan 28 segala sendi.Kemudian dijadikan Allah Ta'ala 366 urat yg sebahagiannya diam dan sebahagiannya gerak. Gerak dan diam itulah jadi berubahlah perangai kita.

Dan pada hari yang kelima ditambahkan Allah Ta'ala daging.
Dan pada hari keenam ditambahkan Allah Ta'ala kulit, rambut dan kuku.
Dan pada hari yang ketujuh zahirlah hidung dan mulutnya.
Dan pada hari yang ke lapan zahirlah lidahnya.
Dan pada hari yang ke sembilan zahirlah kedua telinganya dan segala rangkanya daripada mulut dan dua matanya dan tempat keluar segala makanannya.
Dan pada hari ke sepuluh ditiupkan Allah dalamnya nyawa.

Kemudian maka bergerak-geraklah anak itu dan diambilnya hati ibu (kabadan ummihi) akan kiblatnya dan sujud ia kepada Allah dengan kurnia tuhannya (Rabb). Berkata setengah ulamak bermula 'nutfah' itu menjadi 'tubuh' dan 'wadi' itu menjadi 'suara' dan 'madi' itu menjadi 'pendengar' dan 'mani' itu menjadi 'pencium' dan 'ma'nikam' iru menjadi 'cahaya'. Maka ada pun 'jauhar' itu apabila ada ia di 'alam kabir' (alam besar) itu namanya 'anfas' (Anfasin) dan apabila ia turun kepada bapa namanya 'nufus' (Nufusin) dan tatkala keluar (drp bapa) turun ia kedalam rahimibunya namanya 'tanapas' (Tanapas) dan tatkala zahir drp perut ibunya namanya 'nafas'
(Nafsu).

Sabda nabi saw, "Bermula Nafas itu ( Annafsu) adalah 'jauhar' yang masuk dan keluar daripada badan. Apabila kurang ilmu padanya dinamakan 'jahil'. Tidak dimuliakan oleh Allah Ta'ala pada hari kiamat, di dalam kubur dan di titian siratul mustaqim oleh kerana 'anfas' itu tiada masuk dalam tubuhnya dan 'tanapas' tiada keluar dari badannya.

Adalah 'nafas' itu yang masuk dan keluar dari badan. Sabda Nabi saw, "Hidup manusia di dalam dunia dengan 'nafas' (binnafsi) dan hidup segala manusia diakhirat dgn 'tanapas'

Sabda Nabi saw, "Allah Ta'ala telah menjadikan insan drp 14 perkara iaitu , 4 dari ibu , 4 dari bapa dan 6 dari perbehendaraan Allah Ta'ala "

4 dari ibu ialah darah, lemak , daging dan rambut.
4 dari bapa urat kecil , urat besar dan segala tulang.
6 dari perbendaharaan Allah Ta'ala ialah pendengaran, penglihatan, pencium, perasaan (zuuk) , akal dan Ruh atau nyawa.

Diri yang bathin itu ialah 'nyawa' (Ar ruh ). Ketahuilah bahawasanya Ruh itu masuk (dlm tubuh) di atas 4 wajah.

1. Ruhul Amin.

FirmanNYA, " telah Kami turunkan Ruhul Amin ke atas hati kamu"

2. Ruhul Quddus.

FirmanNYA, " Katakanlah oleh mu ya Muhammad, telah Kami turunkan baginya Ruhul Quddus drp Tuhan kami dengan sebenar2nya ...... bagi menetapkan hati segala
mukmin."








bersambung ...

2 comments:

  1. mencari tafsiran kitab "hujjatullah al-ballighah"

    ReplyDelete
  2. Maaf Tuan saya tak ada kitab tu ,kalau sesiapa yg ada tolong bagitau .Terima Kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...