Monday, July 5, 2010

CIRI-CIRI GURU YANG MURSHID


Figure: Bangunan makam habib Nuh tersergam indah dipelihara sebagai bahan sejarah dan pelancungan Singapura setelah usaha untuk merobohnya tidak berjaya dengan izin Allah Ta'ala.

Bismillahirrahmanirrahim .Salam serta selawat keatas Nabi Muhammad saw serta ahlul bait, para sahabat ra , para-para solehin hingga ke hari kiamat.

Terlebih dahjulu aku mohon maaf , buat masa ini tak berkesempatan menghabiskan siri wahdatul ummat untuk perkongsian kita di sini. Insyaallah semoga diberi kelapangan menyudahkannya di dalam masa-masa yang terdekat ini.

Hari ini aku nak berkongsi kepada pembaca sekelian apa yang aku dapat dalam beberapa hari ini di atas pertemuan dengan seorang sahabatku. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita jadikan pedoman sesuai dengan tajuk diatas.


Figure: Bangunan tempat letaknya Makam habib Nuh di Kota Singapura.

Mencari guru yang murshid di zaman ini bukanlah sesuatu yang mudah. Zaman tuk wali sebenarnya belum berlalu sebab Allah swt sentiasa menjaga agamanya di setiap zaman , setiap 100 tahun akan ada Mujaddid Agama. Mujaddid di zaman ini sudah tentulah Imam Mahdi as memang tidak diragui lagi kecualilah mereka-mereka yang sememangnya mengingkari jalan tassawuf.

Alhamdulillah , kelmarin sempat aku berjumpa dengan seorang murid dari pengajian Habib Nuh rh Singapura . Siapa yang tak kenal dengan Habib Nuh rh waliyullah yang makamnya tersohor di Singapura. Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah berkenaan ciri-ciri guru yang murshid yang dia kongsikan denganku.

Dalam mencari guru murshid sememangnya sukar untuk mengenal guru murshid di masa hidupnya dari mengenal guru murshid selepas kematinnya. Tetapi inilah hakikat kejadian yang sahabat aku itu ceritakan perihal gurunya yang telah bersama-sama keluarganya berguru dengan Habib Nuh rh. sejak kecil. Allahyarham gurunya meninggal di Jerlun , Kuala Kangsar , Perak sekitar tahun 2006. Salah seorang dari guru kepada allahyarham guru sahabatku ini adalah Allahyarham Tuk Fakih Fahim penang. Tuk Fakih fahim juga pernah berguru dengan habib Nuh rh ketika usia muda bersama-sama dengan keluraga guru sahabtku ini. Jadi guru sahabatku ini menyambung pengajian dengan Tuk Fakih Fahim juga setelah Habib Nuh rh meninggal.

Diberitakan sahabatku ini dapat mengadap gurunya semats nak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Beberapa tanda 'mati cantik' seperti yang ditulis dalam kitab-kitab lama ternyata berlaku kepada gurunya. Antaranya jenazah seperti tidur, telah berjam2 meninggal malam dikebumikan keesokan hari diwaktu zohornya ketika mandikan jenazah tubuh gurunya itu lembut , terkulai2 tangan gurunya macam org baru pensan diangkat. Tubuh pun masih panas macam orang baru mati sedangkan kalau orang biasa yang mati beberapa jam tubuh mula sejuk, mengeras.


Figure: Gambar Tuk kenali dengan ulamak2, pelajar2 dan pembesar2 tempatan di Kelantan


Begitulah kisah-kisah seperti itu kalau diceritakan di zaman ini ada yang sukar untuk mempercayaainya. tetapi kalau kita baca kembali riwayat wafatnya Nabi saw barulah kita nampak mengapa Say Umar sampai mengancam sesiapa yang kata "Muhammad" telah mati . Sebabnya ialah jenazah Nabi saw itu sebiji macam orang sedang tidur. Sehinggalah bila Abu Bakar ra mengingatkan ayat " kullu nafsin zzaa iqatul mautt" barulah diterima kewafatan nabi saw dengan hati redha dan sedih oleh Say Umar ra.

Kejadian-kejadian 'mati cantik' seperti di atas tadi bukan saja berlaku pada guru sahaaatku itu tetapi turut berlaku pada kerabatnya yang lain. Salah satunya saudara gurunya masa nak meninggal boleh lagi mengerat kuku, mengikat kakinya sendiri (ikatan ujung ibu jari kaki yg biasa diikat pada jenazah) kemudian bergurau dengan isterinya sambil memberitahu" ni nyawa dah naik atas drp pusat kaki ni dah tak rasa apa2 kalau garu keluar darah pun dah tak rasa apa"
lepas tu angkat takbir terus meniggal.

Kejadian anih 'mati cantik' pernah juga diceritakan di dalam kitab mengenal ruh iaitu kisah "tuk mat licin" kuala kangsar apabila nak meninggal dia panggil semua anak cucunya berhimpun dan bagi tau , "tuk dah nak balik ni" . begitulah kisah-kisah yg zaman ini dianggap pelik dan tak logik tetapi ianya satu kejadian yang biasa-biasa bagi orang dulu-dulu yang membawa jalan makrifat.

Kalau kita lihat riwayat para-para sahabat ketika menghampiri ajal mati syahid pun pernah berlaku banyak kejadian yg anih dan tak diterima oleh akal orang awam.

Itu di antara tanda-tanda guru murshid diwaktu kematiannya yang aku cuba paparkan untuk renungan bersama. Mencari guru yg murshid ini sangat penting , kita tak perlu mendengar kisah2 taksub anak murid, atau kisah-kisah sumber yang kita ragu-ragu tapi bila kita berhadapan dengan seorang guru murshid yang benar-benar dapat memimpin rohani kita , secara langsung kita dapat tahu melalui naluri kita. Jgn lah naluri kita itu dicemari dengan taksub dan ragu-ragu kerana naluri , fitrah kita tak akan menipu kita.

Guru murshid sudah mestilah sudah sampai, apa itu sampai ? Macam-macam takrif dan andaian berkenaan maksud 'sudah sampai' ini. Apa yg sampai ? Sampai kemana ? Semua persoalan itu akan terjawab kalau kita tujukan soalan itu kepada guru yang murshid. Apa yang kita dengar sana sini pasal ketuhanan adalah kisah-kisah dan cerita-cerita orang , cerita di atas cerita dan sebagainya. Cerita orang yg bercerita di atas cerita tidak akan sama dengan ceruta orang yang dah sampai.

Guru yang murshid tidak akan mengaku dirinya guru pun. Dengan sifat rendah dirinya apa yg dia cerita adalah , guru saya dulu camni camni. Dia sukar nak bagi pendapat sendiri pun. Kata-katanya rengkas tapi padat, panjang tapi tak membosankan. Dia takkan menunjuk-nunjuk karamahnya di depan orang. Cuma orang yang dapat melihat apabila Allah sendiri nak tunjukan karamahNYA pada guru tersebut.

Guru Murshid di akhir zaman ini tidak punyai ramai murid. Kalau aku cakap macam ni ada orang tak suka lebih2 lagi murid yang gurunya nampak hebat , beribu2 murid diseluruh dunia. Tapi inilah realitinya terutama di akhir zaman ini. kadang2 guru murshid itu anak muridnya boleh dibilang 2 , 3 orang saja. Sebab dia bukan nak cari pengaruh dan nak buang masa selain dari sibukkan diri dengan Allah swt.

Walau macam mana pun bukanlah aku bermaksud jangan ikut guru pengajian tarekat yg hebat2 , murid ramai, ikutlah tapi jangan taksub sebab guru yang baik dia tidak akan sembunyikan potensi anak muridnya, sebab dia tahu sampai mana murid itu boleh pergi dan bagian-bagian yang dia patut dapat. Kalau bagian itu tidak ada pada dirinya (guru itu) dia akan pesan murid itu pergi cari seseorang yg boleh beri bagiannya itu. Tetapi guru yang nak pengaruh dia akan tahan anak muridnya dari pergi kepada guru2 yang lebih alim darinya sebab takut hilang pengaruh. In juga salah satu punca pepechana dalam kumpulan tarekat bila guru meninggal.

Pasir-pasir bertaburan di sana sini , tidak ada nilai pun , dipijak2 orang tetapi intan terpilih akan tersimpan di dalam peti khas dan di sorok takut ianya dicuri orang . Itulah ibaratnya guru-guru tarekat umum dibandingkan dengan guru murshid. Guru atau syeikh Tarekat itu masih lagi umum kalau dibandingkan dengan guru murshid. Jadi kenalah tahu kita menuntut ilmu itu ada tahap bertahap dan ada pelbagai level guru yang kita kena lalui. Dari guru umum kepada guru khusus dan murshid. dari guru murshid kepada guru bathin, Jibrail dan Allah swt. Dalam perjalanan itu kita akan kena lalui perkara-perkara pengalaman rohani yg hak dan batil. Hanya guru murshid yang dapat buka bab ini.


Figure: Maqam habib Nuh rh diambil dari dalam bangunan.

Diceritakan guru sahabatku itu, antara ramai simurid yang mengambil tarekah naqsahbandi di jerlun itu bukan semua dapat mengaji khusus dengan gurunya, Cuma yang ada bagian baru dapat ngaji dengan gurunya itu. Sebab gurunya itu bawa atas tarekah Ahmadiah habib Nuh rh tapi bukan Ahmadiahyang umum tu. Dan bapa saudara gurunya yg juga berguru dengan Habi Nuh rh membawa tarekah naqshabandi syeikh Wahhab Rokan Babussalam , Indonesia. Suatu masa dulu Jerlun dah dianggap duplicate dari Babussalam , Indonesia sampai anak murid2 Indonesia sendiri nak berbaiah dengan guru Jerlun bila masa dia balik ke Babussalam. Tapi guru Naqshabandi Jerlun ni pula mana murid2 yg dah lalui habis jalan suluk naqshabandi barulah di beri sambung dgn anak saudaranya (guru sahabatku) yang bawa Ahmadiah Habib Nuh rh mengikut bagian2 masing2.

Banyak lagi kisah yang aku nak kongsi sebenarnya tapi tak sempat , nanti aku akan sambung kisah2 ini. Kisah-kisan macam ni memang takde lah aku nak bagi nama kitab dan rujukannya pun , sebab ni kisah pengalaman dan perkongsian dari sahabat2 seperjuangan . Terpulanglah kepada pembaca untuk menilai dan biasanya orang 2 yg tempuh kisah2 macam ni akan lebih memahami.

Kisah rengkas Habib Nuh rh dan gambar-gambar di sekitar makam Habib Nuh rh
http://hassan1663.blogspot.com/2009/03/menziarahi-makam-habib-noh.html


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...