Saturday, December 4, 2010

Dimanakah KEBENARAN itu ?

Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhamamadin Wa 'ala Aalihi At Thoiyyibin Wat Tohirin . Amma Ba'du.

 Wahai pembaca yang aku kasihi,


KEBENARAN , AL HAQ , DIA lah kebenaran , itulah yg perlu dicari. Dalam mencari KEBENARAN ini janganlah kita terperangkap di dalam HIJAB KETAKSUBAN . Aliran dan Fahaman boleh menjadi HIJAB, Perguruan dan guru-guru juga boleh menjadi HIJAB. Taklid dan ikut-ikutan juga menjadi hijab. Ilmu tanpa keihklasan juga menjadi hijab. Keegoaan dan kesombongaan diri menjaadi hijab paaling besar. Sikap TAKSUB inilah yang akan menghijabkan kamu dalam mencari KEBENARAN.

Fahamilah. Kita tidak perlu takut menjadi sesat kerana kebenaran itu tetap dari Allah bukan dari syaitan. Dari itu, janganlah anda merasa ragu-ragu. Inilah jaminan Allah menerusi firman-Nya:

الحَقُّ مِن ربِّكَ فلا تَكُونَنَّ مِنَ المُمتَرِين

"Sesungguhnya kebenaran itu dari Tuhanmu, dari itu janganlah sekali-kali kamu tergolong dalam kalangan orang-orang yang ragu-ragu" [al-Baqarah: 147]

Jika kebenaran itu dari Allah s.w.t, maka apakah lagi yang membuatkan anda takut demi mencari kebenaran? Apakah Allah akan menyesatkan hamba-hamba-Nya kerana mencari kebenaran? Tidak sama sekali! Bahkan Allah pasti akan menunjukkan jalan untuk sampai kepada-Nya selagi anda berazam mencari sebuah kebenaran. Firman Allah:

والذين جاهدوا فينا لنَهدِيَنَّهُم سُبُلَنا وانَّ اللهَ لمعَ المُحسِنِين

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari kebenaran dan keredhaan) Kami, Kami pasti akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat baik” [al-Ankabut: 69]

Yang pasti, umat manusia disarankan agar mengkaji setiap fakta yang didengarinya bagi menentukan ianya benar atau salah?! Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zumar: 18

فبَشِّرْعِبَادِ الذين يَستَمِعونَ القَولَ فَيَتَّّبِعون أحْسَنَه * أولئك الذين هَدَاهُمُ الله واولئك هُمْ اُولو الألبَاب


“Berilah khabar gembira (syurga) kepada hamba-hamba-Ku yang mereka (bersikap) mendengar dengan teliti akan kata-kata (khabar) lalu mengikut yang terbaik. Mereka itulah orang-orang yang menerima petunjuk Allah dan mereka juga pakar berfikir”

Allah s.w.t telah menguatkuasakan perintah agar kita membuat penyelidikan bagi setiap fakta yang diterima. Inilah yang dinamakan Taufiq atau persediaan diri. Dengan itu kita tergolong dalam kumpulan mereka yang bijak dalam penggunaan akal fikiran. Setelah itu, ikutlah yang haq kerana itulah yang dinamakan hidayah Allah. Hidayah Allah tidak akan diberi tanpa usaha dan persediaan diri sebagaimana perut tidak akan kenyang tanpa menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Memang tidak dinafikan semua orang takut sesat. Al-maklum, neraka siapa yang mahu? Meskipun begitu, semua itu bukanlah satu alasan konkrit untuk kita menerima secara membabi-buta apa sahaja ‘sogokan’ ustaz dan ustazah tanpa sebarang persoalan dan pemikiran. Apakah fakta-fakta mereka semuanya benar dari Allah dan Rasul? Jika benar apakah jaminannya? .


Pengalamanku ingin dikongsikan buat pembaca sekelian supaya kamu tidak terhenti dalam mencari KEBENARAN pada sesuatu PERGURUAN atau GURU , pada sesuatu ALIRAN atau FAHAMAN . PENCARIAN tidaklah merosakkan Aqidah dan keimanan yang telah sedia ada. Ramai yang takut mencari dalam aliran diluar fahamannya kerana takut akan hal ini Adakah mana-mana dalil yang melarang kita mencari KEBENARAN dalam semua aliran yg ada ?

Kalau ada mana-mana golongan mengatakan kamilah golongan yang BENAR, bermakna mereka telah cuba meletakkan KEBENARAN itu hanya pada golongan mereka ,maka timbullah fahaman pelampau di situ semua yg bukan golongannya adalah SALAH. KEBENARAN itu hanya pada ISLAM bukan pada mana-mana golongan dan firqah.

KEBENARAN sudah ditunjuki oleh Nabi Saw untuk diikuti , Ikutlah Al Quran dan Ihtrah Ahlul Bait , Al Quran dan Sunnah  yang ada kebenaran di dalamnya. KEBENARAN sentiasa di pandu dengan petunjuk dari Allah Swt. KEBENARAN hanya pada NABI Saw yang bersifat SIDDIQ dan mereka2 yang  mencapai makam AS SIDDIQ AL AKBAR .






Dana Jihad akhir Zaman .......

6 comments:

  1. Kebenaran itu pahit dan kebanyakan manusia telah pun menetapkan kebenaran yg bagaimana mereka kehendaki. Kebenaran itu kekal dan tidak berubah mengikut zaman. Kebenaran juga adalah kunci kepada penguasaan alam semesta kerana bersamanya adalah ilmu yg dikurniakan tuhan yg melebihkan hamba tuhan keatas seluruh umat manusia di dunia ini. mahadaya-asalama@blogspot.com

    ReplyDelete
  2. SELAMAT DAN SEJAHTERA KEATASMU DUHAI SAUDARA SEAGAMAKU......

    aku ini juga sepertimu wasilah ilmu ku jua hampir sama dgn mu.....ku ambil ilmu ini dr ayahku dari pak abu dari kiai saleh dr hj fadhil bentan namun demikian lewat ini ramai yg mengaku mempunyai ilmu ini dr p.abu....benarlah kata ayahku ramai yg guna nama p.abu sedangkan org tue sendiri x kenal p.abu yg sebenar......sebelum aku berjumpa ayahku aku pernah berguru dgn arwah cicit pahlawan melayu mat kilau namun takdir tuhan memanggilnya pulang sebelum sempat aku habiskan pengajianku....namun begitu aku tetap bermohon agar di pertemukan guru yg mursyid maka setelah seberapa lama mencari akhirnya tuhan pertemukan ku dgn ayahku......kini pencarian selesai sudah yg tingal amali yg ku asah di samping mencari hasil nukilan ulamak terbilang..........terus terang aku katakan aku ingin minta tolong dr mu untuk berkongsi bg mendapatkan salinan kitab2 tua yg ada dlm simpanan mu dan jika perlu aku sendiri akan dtg bertemu dgn saudara.........mmg minat ku membaca kitab lagian pulak ayahku minta aku mencari kitab2 karangan wali2 allah ini untuk beliau baca......seolah aku terasa sesuatu yg hiba bila dia berkata dia nk baca karangan wali2 allah yg hebat semasa masih berjasad.....
    jika tidak menjadi keberatan saudara aku ingin dapatkan salinan kitab2 tua yg ada dlm simpanan saudara....jika keberatan aku tiada memaksa mungkin aku x dpt dr tangan saudara tp mgkin 1 hari dr hambanya yg lain pula yg pasti selagi belum tercapai hasrat dan amanat guruku selagi itu aku akan cari... harap dpt saudara beri respon pd pemintaan aku nie....biar pn jawapan saudara berbunyi tidak boleh sekalipun harap bg respon... email Mizal69gmail.com
    WASSALAM....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saudara , maaf kerana aku tak dapat menunaikan permintaan saudara untuk mendapatkan kitab2 tua kerana aku hanya menyimpannya sebagai "collector" bukan sebagai pembaca , Memang dulu aku suka baca dan tadah kitab depan guru , tapi amanat guru aku adalah aku dilarang membaca kitab selain Al Quran. Jadi aku tak suka galakkan sesiapa membaca kitab 2 tua kalau nak majukan diri ke alam kerohanian. Bagi mereka2 yg mula2 nak berjinak2 dengan kitab2 tua level syariat dan torekat taklah jadi masaaalah tapi jgn baca tanpa berguru.

    ReplyDelete
  4. yop, martabat 7 tu mike khatam ke yop.Mana La ta'yun nya yop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Martabat LAA TA'YUNN itu masih lagi ghaib al ghaibu, belum ada kenyataan .

      Delete
  5. Assalamu'alaikum..wrt, kita tidak akan dapat melihat kejayaan dan merasa kemanisan iman sebagaimana salafus-soleh, melainkan kita perlu bersungguh-sungguh dalam Iman dan mengamalkan Amalan Soleh. Allah s.w.t. akan menganugerahkan kita kekuatan iman dan takwa sama seperti para Nabi, Rasul dan para Wali sekiranya kita mengikut landasan yang sama dengan mereka. Wajiblah keatas ummat Islam meninggalkan dan menjauhi fahaman-fahaman yang terkeluar daripada Ahli sunnah wal jamaah kerana fahaman dan aturcara musuh-musuh Allah tidak akan membuahkan takwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mendapat petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah serta diberi jalan-jalan keluar daripada ujian dunia, nafsu, syaitan, iblis dan kafir musyrikin. Mereka sahajalah yang boleh menyatukan ummat ini. Bagi orang-orang kafir pula Al-Quran itu akan menambahkan kerugian bagi mereka.
    wassalam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...