Friday, May 31, 2013

Kemana Hala Tuju Aliran AQIDAH Umat Islam Masa Kini

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim ,

Alhamdulillahi Robbil 'Alamin Wassolatu  Wassalamu  'Ala Asyrafil Anbiaai Wal Mursalin Wa 'Ala Aalihi  At Thoyibbin Wat Thohirin  Ila Yaumil Qiamah . Amma Ba'du .

Aku mulai pembincangan ini dgn penuh kesyukuran dan memuji Hazrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurniaNYA jua  dapat aku melapangkan sedikit masa untuk menyambung posting-posting di Blog ini yang sudah agak lama terpinggir. Agak sekian lama aku tidak menyambung posting-posting di sini atas kerana kesibukan urusan seharianku.

Kali ini aku ingin berkongsi seperkara lagi mengenai bab yang paling utama dan teramat penting yakni soal Aqidah , usul/pokok Agama. Bab ini sangatlah penting kerana akan menjadi sia-sia segala amal ibadat kita sekiranya tidak disertai dengan Aqidah yang bersih dari syirik dan kekufuran.


Akhir-akhir ini seringkali aku mendengar, membaca dan berbincang secara online mengenai persolaan  Aqidah . Aku dapati terdapat segelintir dari kalangan umat islam di sini yang terseleweng dari pemahaman Aqidah yang sebenar tanpa mereka sedari . Inilaah yaang dikehendaki oleh musuh-musuh islam dari kelompok-kelompok dajjal yang mana fitnahnya semakin hampir dengan kita dan kuncu-kuncunya sudah berleluasa di sana sini .

Walaupun aku dari Aliran Syiah Ali (bukan Syiah Imamiah dan Syiah Rafidi) dan juga membawa perguruan Tuk Kenali serta Tukku Paluh ingin aku perjelaskan di sini bahawa Aliran Syiah Ali tidak menyalahi aliran ASWJ dalam soal Aqidah walaupun aku tidak mengikut aliran Imam Asyaari dan Imam Maturudi kerana aku mengambil ilmu Aqidah dr sumber Ihtrah Imam Ali as melalui ihtrah Imam Hasan as .

Dalam soal Aqidah Aliran Syiah Ali mengikut Aqidah menurut al Quran dan Sunnah  serta mengambil atas Fahaman Imam Ali as dan ihtrah2 ahlul bait as.  Jadi di sini tidak timbul Aliraan Syiah Ali itu menyalahi Aqidah ASWJ kerana kami tidaklah  termasuk di dalam sektor Syiah pun. 

Imam Ali as adalah merupakan induknya dan Imamul Muhtadin manakala Aliran ASWJ ini datang kemudian selepasnya dan meneruskan Aqidah Imam2 dan Ulamak terdahulu dari salafus solehin (bukan saalaafi wahhabi ) dan diteruskan oleh Ulamak Khalaf.

Berbalik kepada perkembangan yang tidak sihat ini sangat merbahaya dan merupakan racun yang sedang merosakkan Aqidah umat . Ini semuaa adalah hasil dari jarum dan fitnah akhir zaman yang di tabur oleh dajjal dan kuncu-kuncunya yang semakin hebat menyibar fitnah tanpa di sedari oleh jiwa-jiwa yang lalai dengan keenakkan dunia semata-mata .

 
 Fahaman Syiah Ali adalah menurut Imam Ali as dalam soal "AR RAHMAN ISTAWA 'ALA AL ARSY" 

Keruntuhan Aqidah yang berlaku di zaman sekarang ini kerana umat islam  sudah tidak mementingkan tuntutan menuntut Ilmu Ketuhanan yang asas , meninggalkan keterangan2 dari Al Quran dan penjelasan-penjelasan dari Imam-Imam  Ihtrah Ahlul Bait serta para Ulamak dari kalangan Salafus Solehin dan Khalaf  Solehin . 

Banyak istilah yang telah di salah tafsir  menurut aqal2 semata2 atas sebab2 tidak berguru, ahli hakikat yang mengambil fahaman singkat tanpa penelitian yg mendalam , juga golongan2 wahhabi yang kononnya mengikut jalaan2 slafus Soleh tapi padahal pegangan mereka amat juah berbeza dari Fahaman Para Salafussoleh itu sendiri.   



ALLAH MAUJUD BILLA MAKAN / ALLAH  UJUD TANPA BERTEMPAT 

Bila membincangkan mengenai ayat "AR RAHMAN ISTAWA 'ALA AL ARSY" / Tuhan Ar Rahman bersemayam/menguasai Arasy semua ilmuan2 terdahulu baik dari mana Aliran pun sudah menetapkan Aqidah yang paling benar ialah ALLAH Swt itu LAISAKAMISHLIHI SYAIUN/ TIDAK MENYAMAI SEGALAA SESUATU .  Kita wajiblah beriktikod dgn iktikod ini dan itulah yang paling sempurna dan menyamai Aqidah Sunnah , Ihtrah Ahlul Bait , Salafus Solehin ,dan Ulamak2 Usul dari Aliran Asyaari dan Maturidi (ASWJ) . Hanya kelompok Mujassimah dan Musyabbihah dari Aliran Salafi Wahhabiyyah yang menyalahi iktikod ini ...

Ini adalah pegangan Aqidah yang sebenar yang telah di perjelaskan oleh Nabi saw ,  Imam 2 Ihtrah Ahlul Bait dan Ulamak2 Muwahiddin sejak dulu (salafussoleh) dan aliran ASWJ. Fahmaan ini dipegangi oleh kesemua Aliran Syiah Ali, perguruaan Tuk Kenali , Tukku Paluh  dn jug Pengajiaan Pondok dari Kaum Tua yang juga Aswj.

Golongan2 Mujassimah dan Musyabbihah dan kini didokong oleh Wahhabi tidak berpegang sepertimana yang sepatutnya menurut Aqidah Sunnah kerana mendokong Fahaman Ibn Taimiyyah yang di popularkan semula oleh puak Mujassimah Hanabilah dan Syeikh Muhammad Ibn Wahhab . Sedangkan Ibn Taimiyyah sendiri sudah bertaubat dari fahaman tersebut. 

Rasulullah Saw bersabda:

اللهمّ أنت الأول فليس قبلك شيء, وأنت الاخر فليس بعدك شيء, وأنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء
Maksudnya:“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim.Isnad Sahih !!]

Dalam Hadits sahih lainnya Rasulullah Saw bersabda:

كان الله ولم يكن شيءٌ غيره

Mafhumnya:

“Allah ada azali dan selain-Nya tiada pun”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi]

Makna hadits ini bahwa Allah ada pada azal (keberadaan tanpa permulaan), tidak ada sesuatu (selain-Nya) bersama-Nya. Pada azal belum ada angin, cahaya, kegelapan, .Arsy, langit, manusia, jin, malaikat, waktu, tempat dan arah. Maka berarti Allah ada sebelum terciptanya tempat dan arah, maka Ia tidak memerlukan kepada keduanya dan Ia tidak berubah dari semula, yakni tetap ada tanpa tempat dan arah, karena berubah adalah ciri dari sesuatu yang baru (makhluk). Siapa yang memahami sabdaan Nabi Saw ini akan bersetuju dengan mana2 paandangan yang mengatakan "ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT" . 


bersambung ....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...