Wednesday, July 29, 2009

Baru mengaji ilmu hakikat dah jadi ahli hakikat ?

Sebelum hendak mengaji ilmu hakikat banyak perkara-perkara penting yang aku nak perjelaskan di sini. Aku bukanlah nak melarang mengaji ilmu hakikat tetapi silakan mengaji kalau dah cukup syaratnya .

Ulamak-ulamak terdahulu sangat melarang keras mengaji ilmu hakikat sebelum kemas diri dengan ilmu syariaat dan ilmu tarekat. Perkemaskan diri dengan ilmu fardhu ain , usul , fekah dan tasauf , kemudian mula melangkah ke pengajian tarekat. cari guru2 atau syeikh2 tarekat yang muktabar. Selepas itu barulah boleh mengaji ilmu hakikat.

Aku bukan nak mengajar ilmu hakikat di sini sebabnya dah terlalu banyak penerangan-penerangan tentang ilmu hakikat terdapat dalam blog di sana sini dan juga di dunia luar. Cuma aku nak bagi tips dan panduan kepada sesiapa yg dah belajar ilmu hakikat. Semua tip-tips ini akau dapat daripada pengalaman-penagalaman yg sebelum ini. Ada juga yang aku dapat dari perkongsian ilmu dan pengalaman dengan orang lain.

Hendaklah difahami betul-betul wahai pembaca sekelian , apabila kita sudah melangkah ke pengajian ilmu hakikat bukan bermakna kita telah tahkik dan duduk di dalam makam ahli hakikat. Ahli hakikat adalah mereka-mereka yang telah mencapai makam-makam tertentu setelah menjalani mujahaddah dan riadhah. Seorang yg Ahli Hakikat adalah tidak sama dengan seorang yg hanya belajar ilmu Hakikat. Sebab segala pembelajaran ilmu itu hanya kupasan dari rasa ilmu yang dirumuskan oleh para-para sufi terdahulu. Mereka menceritakan dalam bentuk ilmu dan kenyataan bertulis.


bersambung

6 comments:

  1. terima kasih sudah memfollow blog saya....abang ini dari malaysia ya? salam kenal dari indonesia....

    o iya kita masih sama2 belajar semoga bisa saling melengkapi dan semoga ada titik temu di antara kita

    ReplyDelete
  2. salam. Saya Faisal dari Batam. Saya mohon izin untuk membaca, copy paste untuk dibaca offline dan memahami semampu saya didalam blog ini, dan kalau boleh dimana saya minta izin untuk menghubungi tuan dan bertanya hal-hal yang saya tidak tahu.

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam saudara Faisal , silakan ,boleh hubungi di email : alamsufisma@gmail.com atau add facebook saya.

    ReplyDelete
  4. saudara m4stono . iya saya dari malaysia , moyang saya dulu asal sulawesi . Semoga kita menjumpai titik temu insyaallah

    ReplyDelete
  5. Syukur, sama2 kita berkongsi pendapat..jangan dicerai antara syariat, tarikat, hakikat dan makrifat..enuntut secara tertib adalah terbaik agar tidak tersalah faham...mudahan kita semua dirahmati...ikutlah jejak nenek moyang kita, ambil ilmu depa, jgan taksub dengan kehebatan...yg acap kali berlaku ialah mencampur adukkan ilmu hakikat dengan kehebatan...perbetulkan niat kita..Insya Allah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..

    email saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...